Jangan Tidurkan Bayi Atas Sofa Tilam Lembut Bantal Letak Atas Tilam Padat Kemas


Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam. Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini. Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi:
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini. Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat. Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil. Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur. Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut. Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas. Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan. Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit. Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi. Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
Kredit: MyHealth
Gambar: Freepik
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Tidurkan Bayi Atas Sofa, Tilam Lembut, Bantal! Letak Atas Tilam Padat & Kemas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-tidurkan-bayi-atas-sofa-tilam-lembut-bantal-letak-atas-tilam-padat-kemas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Inilah Pemilik Tulisan Kemas Atas Kek Tak Sampai Sejam Dah Siap

Lelaki Inilah Pemilik Tulisan Kemas Atas Kek Tak Sampai Sejam Dah Siap

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 635 hits
Hari lahir adalah hari paling istimewa buat semua orang Ramai individu ingin menghadiahkan sesuatu yang menarik sebagai penghargaan kepada insan menyambut hari lahir antaranya adalah kek Baru baru ini tular gambar kek yang dihiasi dengan uc...
Jangan Perkenal Ubat Gigi Awal Sangat Untuk Gosok Gigi Bayi Ini Boleh Terjadi Kalau Anak Tertelan

Jangan Perkenal Ubat Gigi Awal Sangat Untuk Gosok Gigi Bayi Ini Boleh Terjadi Kalau Anak Tertelan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 410 hits
Penjagaan oral kanak kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi Penjagaan oral kanak kanak sinonim dengan penggunaan beru...
Jangan Minta Ibu Menyusu Bagi Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan Walaupun Seteguk Bahaya

Jangan Minta Ibu Menyusu Bagi Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan Walaupun Seteguk Bahaya

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 305 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Apabila Nama Rasulullah Saw Disebut Jangan Lokek Untuk Selawat Dan Salam Ke Atas Baginda

Apabila Nama Rasulullah Saw Disebut Jangan Lokek Untuk Selawat Dan Salam Ke Atas Baginda

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 273 hits
unable to retrieve full text content ANJURAN untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW begitu digalakkan bagi setiap umat Islam Ia bukan sekadar meniti pada bibir kita saat sedang menunaikan solat iaitu ketika bacaan tahiyat awal dan akhir...
Tilam Sofa Almari Paling Banyak Rosak

Tilam Sofa Almari Paling Banyak Rosak

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 284 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN FARALIZA Che Hussin 35 dan anaknya Mohd Syaq Fayat menjemur buku teks di hadapan rumah mereka di Rumah Mampu Milik Telok Kalong di Kemaman hari ini UTUSAN Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan KEMAMAN Tila...
Jangan Risikokan Nyawa Anak Orang Doktor Kongsi 6 Perkara Ketika Ziarah Bayi Baru Lahir

Jangan Risikokan Nyawa Anak Orang Doktor Kongsi 6 Perkara Ketika Ziarah Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 355 hits
Sistem imun bayi yang baru dilahirkan masih belum matang dan ini memudahkan mereka mendapat jangkitan Menjadi lumrah masyarakat akan teruja bila mendengar kelahiran baru dari keluarga mahupun kenalan Sifat bayi yang comel membuatkan ramai y...
Jangan Takut Takut Mandikan Anak Lepas Lahir Ini Panduan Mandikan Bayi Cara Tepat

Jangan Takut Takut Mandikan Anak Lepas Lahir Ini Panduan Mandikan Bayi Cara Tepat

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 372 hits
Bukan sahaja kekok malah pertama kali menjadi ibu dan ayah pastinya ada perasaan bimbang ketika memandikan anak Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah m...
Letak Dalam Kotak Penuh Gigitan Semut Pemancing Jumpa Bayi Perempuan Dalam Ladang Sawit

Letak Dalam Kotak Penuh Gigitan Semut Pemancing Jumpa Bayi Perempuan Dalam Ladang Sawit

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 198 hits
Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan menghidap sindrom down ditemukan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kemayan Bera Pahang Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata bayi itu ditemukan kira kira 1 45 tengah hari...
Letak Tapak Tangan Kanan Atas Dada Anak Sebut Ya Allah Lembutkan Hati Anakku

Letak Tapak Tangan Kanan Atas Dada Anak Sebut Ya Allah Lembutkan Hati Anakku

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 300 hits
Memang lumrah anak anak kecil yang nak membesar akan sentiasa menguji kesabaran ibu bapa Lagi dalam fasa nak belajar dan ingin tahu semua perkara Semangat ini bagus untuk membantu mereka mengenal dunia Namun adakalanya ia menjentik rasa sab...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage