Jangan Takut Jadi Single Tapi Takutlah Jika Berada Dalam Perhubungan Yang Sia Sia



Apabila sedang bersembang dengan ramai kenalan berkenaan dengan topik ‘single’, kebanyakan daripada mereka meletakkan beban bahawa orang yang berada dalam dunia ‘single’ ini pastinya seorang yang berada dalam zon kesedihan dan kelihatan simpati. Seakan ‘single’ ini satu ruang yang amat mengerikan untuk dilalui oleh kebanyakan orang pada hari ini

‘Single’ umpama satu bentuk hukuman seperti terkena penyakit bahaya atau penyakit seumpamanya yang sangat menakutkan dan menyedihkan. Walhal, persepsi sebegini tidak kukuh sama sekali. Banyak contoh mudah yang boleh didapati di luar sana yang menunjukkan bahawa dunia ‘single’ ini bukanlah sebagaimana yang sering ditafsirkan

Ramai sahaja yang menggunakan ruang sebagai ‘single’ untuk memenuhi keperluan dan potensi diri masing-masing. Apabila kita berada dalam hubungan yang tidak sihat dan penuh toksik, kita banyak mengeluarkan tenaga, emosi dan perhatian untuk si dia. Kita banyak mencuri masa-masa yang ada hanya semata-mata untuk memastikan si dia berada dalam keadaan baik dan dalam perhatian kita sentiasa

Kalau kita menghabiskan masa untuk orang yang sah atau orang yang tepat itu tidak mengapalah kerana pelaburan sebegini akan mendatangkan hasil yang baik, tetapi kita berbicara tentang orang yang belum nyata berada dalam hidup kita. Pernah saya lihat dalam satu video soal jawab antara love coach, Matthew Hussey dengan peserta wanita di dalam satu program live session beliau


Wanita tersebut mengadukan pada Matt bahawa dia sudah menghabiskan tiga tahun bersama dengan lelaki yang salah. Dipermudahkan lagi cerita, wanita itu memberitahu selama dia bersama dengan lelaki itu, dialah orang yang paling ‘try hard’ sementara lelaki itu selalu memberi respon dengan cara yang negatif dan kosong

Lalu Matt pun bertanya kepada wanita tersebut, mengapa dia susah untuk melepaskan lelaki itu walaupun dia sendiri akui yang diri dia tersakiti dan sering terganggu emosinya. Jawab wanita itu; “Saya takut untuk bersendiri” Saya yakin dan pasti bukan hanya wanita itu sahaja yang mengalami perkara ini. Pasti ada ramai di luar sana termasuk kenalan saya sendiri pun menghidap penyakit yang lebih kurang sama ini

Ada yang sanggup dikasari, dihina dan diganggu emosi saban hari kerana pada mereka benda yang paling menakutkan ialah bersendirian. Seakan-akan bersendirian ini satu musibah yang tidak patut dilalui. Kelmarin saya ada terbaca salah satu bab dalam buku yang ditulis oleh tokoh motivasi self-help terkenal iaitu Richard Templar yang berjudul The Rules Of Love

Diselitkan dalam buku itu bab ‘You won’t be happy with a partner until you can be happy on your own’ (kamu tidak boleh berbahagia dengan pasangan selagi kamu sendiri tidak bahagia dengan diri kamu sendiri). Dalam bab tersebut pun lebih kurang sama kesnya iaitu seorang perempuan yang takut untuk bersendirian, maka sebab itu dia bergerak dari satu lelaki kepada lelaki yang baru apabila putus hubungan

Apa yang kita perlu tahu ialah kebahagiaan itu ada dalam dada kita. Ramai tidak menyedari hakikat ini kerana dia belum kenal dengan dirinya sendiri. Apabila dia belum kenal diri sendiri, dia tidak tahu dengan cara bagaimanakah dia hendak membahagiakan dirinya. Contohnya kalau kita tidak kenal dengan seseorang, bagaimana untuk kita tahu apa yang disukainya, bukan

Adakah dia suka makan ikan? Dia bolehkah layan animasi? Persoalan ini yang akan terpancar dari fikiran kita. Begitulah perumpamaannya jika kita belum kenal diri kita ini siapa. Kita suka apa, apakah matlamat kita, apakah hala tuju kita dalam jangka masa pendek dan panjang, apakah limitasi kita

Apakah kelemahan kita, apa jalan hidup yang kita hendak pilih dan lalui sampai kita mati? Kesemua persoalan ini patut ditanyakan pada diri kita semenjak awal lagi. Apabila kita sudah mendapat jawapan yang konkrit dan jelas daripada persoalan-persoalan ini, maka tiada masalah langsung kalau kita ini ‘single‘ atau berpunya. Kerana diri kita sahaja sudah cukup bahagia

Kita tidak boleh bahagia jika hanya bergantung kepada faktor luaran- mengharapkan orang membahagiakan kita namun kita sendiri keliru dan termenung tentang diri sendiri. Bahagiakah begitu? Firman Allah;
قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 
“Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu dari apa yang mereka kumpulkan.” – (Surah Yunus 10: 58)
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam karyanya Miftah Dar Sa’adah mengungkapkan tanda kebahagiaan pada diri seseorang itu ada tiga iaitu:- #1- Bersyukur dengan nikmat yang diberikan. #2- Sabar ketika mendapat ujian dari Allah. #3- Bertaubat segera jika ada melakukan dosa. Selagi mana kita jelas dengan matlamat hidup kita tentulah kita dapat meraih kebahagiaan sebenar walaupun status kita masih bujang. Berhentilah dari meletakkan sangkaan meleset bahawa orang yang ‘single’ harus berasa sedih kerana keseorangan

Sumber: tzkrh via http://bit.ly/35q4ua5

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/12/jangan-takut-jadi-single-tapi-takutlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawak Seram Rare Bikin Penonton Takut Tapi Ketawa Tengok Sampai Habis Ada Twist

Lawak Seram Rare Bikin Penonton Takut Tapi Ketawa Tengok Sampai Habis Ada Twist

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 258 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

Hati Lembu Memang Sedap Dimakan Tapi Awas Ibu Hamil Takut Ganggu Perkembangan Bayi Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 287 hits
Keinginan makan makanan yang pelbagai sering terjadi ketika kehamilan Macam macam yang diidamkan kadang ada yang tak tercapai dek akal Tapi itu adalah kebiasaan bagi wanita hamil Selagi ia merupakan makanan pasti suami akan cuba realisasi a...
Golkar Kalbar Silakan Maju Munas Tapi Jangan Buruk Burukkan Calon Lain

Golkar Kalbar Silakan Maju Munas Tapi Jangan Buruk Burukkan Calon Lain

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 279 hits
Ketua DPD I Golkar Kalimantan Barat Ria Norsan menegaskan Golkar akan terus maju dan berkembang jika para pengurus dan kader kader terbaiknya kompak Perselisihan hanya akan menggerus keutuhan partai
Bukan Pura Pura Tapi Jangan Tunjuk Sangatlah

Bukan Pura Pura Tapi Jangan Tunjuk Sangatlah

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 337 hits
Assalammualaikum wbtBUKAN PURA PURA TAPI JANGAN TUNJUK SANGATLAH Kalau suka jangan suka sangat nanti boleh bertukar jadi benci Bila benci tu jangan benci sangat takut boleh jadi suka hujungnya Biasa biasa sahaja Sederhana itu lebih manis Ad...
Jangan Niaga Jersi Tiruan Takut Kena Tangkap Dari Peniaga Di Pasar Malam Kini Bergelar Jutawan

Jangan Niaga Jersi Tiruan Takut Kena Tangkap Dari Peniaga Di Pasar Malam Kini Bergelar Jutawan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 300 hits
Saya mahu bantu peniaga kecil perniaga jersi di pasar malam uptown dan bisnes online kenapa perlu berniaga takut takut sebab jual jersi tiruan saya bantu bagi jual jersi original dan sah disisi undang undang begitulah kata kata founder Blac...
Anak Buat Perangai Bukan Saja Saja Nak Perhatian Je Jangan Marah Tapi Layanlah

Anak Buat Perangai Bukan Saja Saja Nak Perhatian Je Jangan Marah Tapi Layanlah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 373 hits
Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa Seperti yang selalu katakan sebelum ini Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak anak kecil itu waktu ini InsyaAllah akan lebih mudah mengurus...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 678 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Jadi Perempuan Jangan Pernah Takut Jadi Janda

Jadi Perempuan Jangan Pernah Takut Jadi Janda

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 385 hits
WANITA JANGAN TAKUT JADI JANDAKebanyakan wanita yang bertanyakan kepada saya yang takut berpisah dengan suami yang bersikap teruk ni antara alasannya Takut anak anak tak dapat kasih sayang bapaBoleh kata majoriti kes yang berlaku kepada wan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah