Jangan Susah Hati Allah Ada
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti
Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia
Di tangan anak
Di tangan suami
Walhal yang jaga kita itu Allah
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga
Itulah kita kata rezeki
Dan rezeki itu hak Allah
Yakin
Yakin
Yakin
Jangan runsingkan kerja Allah
Runsingkan kerja kita yang asyiktak siap ni
Jangan runsing belum ketemu jodohJangan ribut belum ada zuriatJangan sedih hanya kerana beranak sorangJangan kalut kalau hanya ada anak lelaki Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Masa depan kita sentiasa di 'tangan' Allah
Dan Allah itu adil
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat
Pendek kata Allah ada
Jangan takut..
Allah sentiasa bersama kita...
Aamiin..
FB Majlis Ilmu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/10/jangan-susah-hati-allah-ada.html