Jangan Suka Suka Salin Baju Tanggal Seluar Depan Anak Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok


Sudah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memberi didikan serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Selain mengajar tentang adab, penting bagi ibu ayah untuk memberi pendedahan awal tentang pendidikan seks. Sesetengah perkara mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar terhadap tumbesaran mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh Akhi Al Jengkawi, sesetengah perbuatan ibu ayah akan tersimpan dalam minda separa sedar anak. Ia akan menyebabkan anak terbiasa dengan sesuatu perkara sehingga mempengaruhi perwatakan mereka ketika dewasa.

Ikuti penulisan penuh manfaat ini.
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar dalam.
Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun. Namun mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.
Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjebak pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video lucah sama jantina, gay.
Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman kanak-kanak.
Artikel Lain: [Jangan Biasakan Anak Rampas Barang Orang, Boleh Melarat Sampai Ke Besar!]
Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel dan melakukan onani dihadapan mereka pula.
Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.
Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.
Aku mendiamkan diri.
“Budak tu jadi gay?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Kelu tidak terkata.
*************

Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina, unwed pregnant, baby dumping.
Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!
Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka.

Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja di hadapan anak-anak.
Bagaimana kita nak educate anak mengenai private part, bad touch, safe touch, malu, kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik di depan mereka?
Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.
Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya.
Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan, meliwat dalam tandas, main ‘rogol-rogol’.

Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?
Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan sekelas.
Bila cikgu tanya, dia jawab biasa tengok parents buat macam tu. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Artikel Lain: [Doktor Pesan Mak Ayah Kena Selaly Peka, Awasi Objek Yang Masuk Dalam Mulut Anak. Jangan Sampai Ada Yang Cedera!]
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.

Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.
Ajar anak mengenali tubuh badan, fungsinya. Anak perlu tahu fungsi zakar dan faraj. Tanamkan rasa malu. Pisahkan tempat tidur. Jangan melucah depan anak.
Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal seksualiti, bukan porn, bukan pula rakan sebaya anak kita.
Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabie, menjadi mangsa sex grooming, pedofilia, dicabul dan dirogol.
Amin.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Ulang siar posting tahun 2017 dengan sedikit pembetulan dan penambahan point. Saya dah repost 6 kali dah rasanya. Semoga ada manfaat untuk yang baru baca.
#SexEdSpeaker
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker
The post Jangan Suka-Suka Salin Baju, Tanggal Seluar Depan Anak. Khuatir Itu Yang Dia Suka Tengok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-suka-suka-salin-baju-tanggal-seluar-depan-anak-khuatir-itu-yang-dia-suka-tengok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Makan Jajan Depan Anak Makan Makanan Yang Sihat Kalau Nak Anak Contohi

Jangan Makan Jajan Depan Anak Makan Makanan Yang Sihat Kalau Nak Anak Contohi

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 387 hits
Mengekalkan berat badan yang ideal merupakan sesuatu sangat sukar namun penting Ini kerana kekurangan atau terlebih berat badan akan memberi impak terhadap kesihatan anak anda dan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit kronik Berikut merup...
Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

Anak Sihat Aktif Tak Duduk Diam Suka Bertanya Itu Pun Rezeki Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 320 hits
Rezeki yang tak nampak tetapi situasi ini selalu berlaku dalam rumah Along sudah tu Jangan nyakat adik lagi Kang ada yang menangis Bek bek bek bek Along buat muka mengejek pada adiknya Uwekkk Angah balas dengan menjelirkan lidahnya Bingit r...
Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 383 hits
CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH Assalamualaikum Melihat keghairahan ibu bapa yang berkongsi mengenai anak anak mula memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu sesi persekolahan Ia pengalaman baru dan berbeza dari fasa se...
Jangan Guna Sudu Untuk Bagi Ubat Pada Anak Sukatan Sudu Tak Tepat Tak Sedar Beri Bahaya

Jangan Guna Sudu Untuk Bagi Ubat Pada Anak Sukatan Sudu Tak Tepat Tak Sedar Beri Bahaya

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 381 hits
Menurut kajian terkini penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengaki...
Jangan Letak Tv Kat Bilik Tidur Anak Doktor Ini Kongsikan Kesan Menonton Tv Kepada Anak Anak

Jangan Letak Tv Kat Bilik Tidur Anak Doktor Ini Kongsikan Kesan Menonton Tv Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 496 hits
Pasti ramai di antara ibu bapa yang akan membuka televisyen dan membiarkan anak anak mereka menontonnya untuk mengalihkan perhatian mereka semasa melakukan kerja kerja rumah Perkara tersebut secara tidak sedar telah dijadikan rutin harian a...
Kalau Takut Pru Itu Hal Pembangkang Jangan Cakap Bagi Pihak Umno

Kalau Takut Pru Itu Hal Pembangkang Jangan Cakap Bagi Pihak Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 292 hits
Pemimpin Pakatan Harapan tidak perlu bercakap bagi pihak UMNO berkaitan Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha Agung UMNO Shahril Hamdan berkata UMNO tidak mengundang pilihanraya ketika virus Covid 19 masih lagi merebak Menurutnya UMNO bukan pa...
Adik Doakan Mama Papa Tadi Bila Anak Selalu Mendoakan Kita Itu Tanda Kejayaan Kita Mendidik Anak

Adik Doakan Mama Papa Tadi Bila Anak Selalu Mendoakan Kita Itu Tanda Kejayaan Kita Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 382 hits
Adik doakan mama papa tadi dekat sekolah kalau anak anak sentiasa menyebut tentang doa kepada kedua ibu bapanya itu antara salah satu tanda kejayaan anda dan pasangan dalam mendidik anak anak Impian setiap ibu bapa pastinya ingin mendidik a...
Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai

Tak Mampu Beli Baju Raya Anak Pasangan Suami Isteri Gendong Anak Tak Berbaju Gembira Pilih Baju Terpakai

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 416 hits
Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru rumah cantik perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan Menurut perkongsian daripada pengguna Face...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign