Jangan Makan Jajan Depan Anak Makan Makanan Yang Sihat Kalau Nak Anak Contohi


Mengekalkan berat badan yang ideal merupakan sesuatu sangat sukar namun penting. Ini kerana kekurangan atau terlebih berat badan akan memberi impak terhadap kesihatan anak anda dan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit kronik. Berikut merupakan 10 panduan anak anda mempunyai berat badan ideal.

Pilih makanan yang sihat
Kanak-kanak lebih cenderung menggemari makanan yang kurang bernutrisi. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi penentu dalam pemilihan stok makanan yang selalunya disimpan di rumah kerana kanak-kanak akan makan makanan yang terdapat di peti ais atau di meja makan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pembelian makanan yang tidak sihat. Namun begitu, anda masih boleh sekali sekala membeli snek kegemaran anak anda.
Biarkan mereka memilih makanan sendiri
Anda boleh membenarkan anak anda memilih jenis dan kuantiti makanan yang ingin dimakan mereka berdasarkan pilihan makanan sihat yang terdapat di rumah. Pendekatan ini sekaligus dapat mengajar anak anda membuat pilihan makanan yang sihat. Walaupun pendekatan ini kelihatan memberi banyak kebebasan kepada anda, ini tidak akan menjadi masalah sekiranya pilihan makanan mereka adalah hanya dalam kalangan makanan yang sihat.
Jangan terlebih makan
Pastikan anak anda berhenti makan apabila mereka sudah kekenyangan. Kebanyakan ibu bapa cenderung menyuruh anak mereka menghabiskan makanan mereka. Namun begitu, pendekatan ini hany akan membuat mereka tidak dapat mengikut kemahuan tubuh badan mereka sendiri.
Anda hanya perlu membiarkan mereka dan jangan menyuruh anak anda menghabiskan makanan mereka jika mereka sudah mengadu kenyang. Ini akan mengelakkan mereka terlebih makan dari yang sepatutnya.
Biarkan anak anda mencuba aneka jenis makanan
Kecenderungan terhadap sesuatu makanan akan bermula sejak awal usia lagi. Oleh itu, anda perlu menawarkan aneka makanan kepada mereka. Anda boleh mula memberikan aneka jenis makanan baharu kepada anak anda tetapi jangan memaksa mereka. Sebaliknya, tawarkan mereka secebis daripada makanan itu untuk mereka mencubanya.
Pelbagaikan menu
Kanak-kanak mungkin ada makanan kegemarannya tersendiri. Namun begitu, mereka juga mungkin ingin mencuba makanan baharu jika menepati citarasanya. Ketika makan di luar, biarkan anak anda mencuba makanan baharu yang tidak pernah dicuba oleh mereka. Anda juga boleh menawarkan makanan anda sedikit atau memesan pemanis mulut untuk mereka mencubanya.
Minum minuman yang kurang kalori
Minuman soda atau bergula mempunyai kalori tambahan dan tidak bagus untuk anak anda. Ini hanya akan meninggikan risiko anak anda mengalami obesiti. Sebaliknya, galakkan anak anda untuk minum lebih banyak air putih dan susu yang sememangnya merupakan minuman terbaik untuk mereka. Kanak-kanak juga tidak memerlukan jus yang banyak walaupun ia merupakan jus yang asli. 4 hingga 6 auns sehari sudah memadai buat mereka.
Kawal pengambilan gula
Pengambilan manisan tidak menjadi masalah buat kanak-kanak namun jangan jadikan manisan ini sebagai punca utama anak anda mahu makan malam. Apabila manisan ini menjadi habuan kerana berjaya menghabiskan makan malam, kanak-kanak akan menganggap nilai manisan adalah lebih tinggi berbanding makan malam mereka. Anda perlu memastikan mereka tidak melebihkan manisan daripada makanan lain.
Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran
Apabila makanan digunakan sebagai bentuk ganjaran di atas suatu pencapaian, mereka akan mula menganggap makanan adalah satu cara untuk mengawal tekanan dan emosi mereka. Sebaliknya, anda boleh menunjukkan penghargaan anda dengan ungkapan, pujian, pelukan dan perhatian berbanding pemberian makanan.
Jangan galakkan perbuatan makan sambil menonton televisyen
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengurangkan waktu menonton televisyen juga dapat mengurangkan lemak dalam badan mereka. Makan di hadapan televisyen akan membuatkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kekenyangan mereka lalu mengundang kepada masalah terlebih makan. Anda perlu hadkan waktu mereka dengan televisyen atau komputer dan biarkan mereka akan melakukan aktiviti lain yang lebih sihat.
Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak akan menjadikan ibu bapanya sebagai role model. Oleh itu, anda sendiri perlu mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Sebagai contoh yang baik, tunjukkan kepada mereka bahawa anda juga makan makanan atau snek yang sihat, makan di tempat makan yang sepatutnya serta tidak pernah terlepas waktu makan. Elakkan makan snek yang tidak berkhasiat di hadapan anak.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Makan Jajan Depan Anak. Makan Makanan Yang Sihat Kalau Nak Anak Contohi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-makan-jajan-depan-anak-makan-makanan-yang-sihat-kalau-nak-anak-contohi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tekstur Makanan Bantu Anak Cakap Ajar Makan Sendiri Jangan Takut Rumah Bersepah

Tekstur Makanan Bantu Anak Cakap Ajar Makan Sendiri Jangan Takut Rumah Bersepah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 485 hits
Tekstur makanan bantu anak bercakap Ini yang ramai ibu tak tahu tetapi sebenarnya ia sangat membantu anak anak di peringkat awal Menurut Dietitian ibu kena ambil tahu hal ini untuk perkembangan anak secara konsisten dan tidak terlewat berba...
Jangan Cepat Sangat Nak Tolong Anak Biar Dia Belajar Sendiri Berdiri Duduk Dan Melangkah

Jangan Cepat Sangat Nak Tolong Anak Biar Dia Belajar Sendiri Berdiri Duduk Dan Melangkah

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 360 hits
Pertama kali bergelar ibu dan bapa sudah tentu wujud perasaan teruja dengan tahap perkembangan bayi Antara proses yang paling ditunggu tunggu adalah menyaksikan anak mula berjalan kan Bila anak mula berjalan Apabila si manja sudah boleh men...
Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 368 hits
Perkembangan sosial kanak kanak bermula sejak bayi lagi Ia merupakan satu proses dimana mereka belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan budaya dan masyarakat setempat Apabila anak sudah mula pandai bercakap me...
Kena Selalu Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Jantung Sihat Dan Hidup Lebih Lama

Kena Selalu Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Jantung Sihat Dan Hidup Lebih Lama

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 475 hits
Pernah makan ubi keledek yang berwarna ungu seperti di atas Ubi keledek ungu atau selalu kita lihat dilabel sebagai Japanese Sweet Potato Katanya lebih sedap malah berkhasiat Satsuma imo atau Japanese sweet potato atau ubi keledek ungu bent...
Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Menyebabkan Hilang Ingatan

Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Menyebabkan Hilang Ingatan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 381 hits
Makan makanan pedas didapati boleh menyebabkan hilang ingatan menurut beberapa kajian yang dibuat oleh Universiti of South Australia dan Qatar University Mereka mendapati individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi un...
Muffin Raya Gebu Gebas Resipi Super Senang Anak Makan Berebut

Muffin Raya Gebu Gebas Resipi Super Senang Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 512 hits
Selain kek dan puding muffin juga tidak ketinggalan hebatnya di hari raya Muffin raya cute yang disediakan oleh cikgu masakan popular ini paling mudah hendak disediakan Bukan hanya mudah bahkan muffin raya ini cukup gebu lembut dan lembap L...
Mana Satu Yang Betul Entah La Kalau Nak Cari Makan Tolak Gps Juga

Mana Satu Yang Betul Entah La Kalau Nak Cari Makan Tolak Gps Juga

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 415 hits
Abang johari kata bukan gabongan Pakatan kerajaan PN tetapi apabila bentuk kerajaan PN mereka bersama kerajaan PN bersama PAS Ini tektik Abang Johari nak kekal kuasa maka rakyat Sarawak masa pilihanraya Negeri kena jatuh kerajaan GPS Sarawa...
Ketupat Daun Pisang Sedap Lembut Boleh Buat Bila Bila Masa Kalau Nak Makan

Ketupat Daun Pisang Sedap Lembut Boleh Buat Bila Bila Masa Kalau Nak Makan

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 845 hits
Walaupun hari raya pertama dah berlalu mood nak makan ketupat masih lagi ada Kali ini anda yang susah nak jumpa daun palas untuk buat ketupat boleh bungkus je guna daun pisang Aroma daun pisang tu lagi membangkitkan selera dan wangi je Resi...
Lelaki Lari Dari Pusat Kuarantin Sebab Nak Makan Mi Siap Post Gambar Di Facebook

Lelaki Lari Dari Pusat Kuarantin Sebab Nak Makan Mi Siap Post Gambar Di Facebook

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 497 hits
Sehingga ke hari ini masih ada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan ini termasuklah individu yang menjalani kuarantin cuba melarikan diri Seorang lelaki di Sibu Sarawak dikuarantin selama 14 hari di sebuah hotel Namun pada ha...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad