Jangan Suka Dedah Dosa Aib Diri Sendiri


PEPATAH Melayu ada menyebut ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.
Kita sering diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam me­nuturkan sesuatu perkataan, begitu juga ketika melakukan sesuatu perbuatan.
Baru-baru ini, tular di media sosial yang memaparkan video seorang usahawan kosmetik mengaku dirinya tidak suka solat.
Menerusi rakaman video berdurasi 27 saat itu, wanita tersebut telah membuat pengakuan tersebut di Facebook Live dalam loghat Kelantan.
Walau apa pun tujuan dia berbuat demikian, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara kerana perbuatan tersebut bukan sahaja menimbulkan kemarahan masyarakat Islam, malah me­ngundang kemurkaan Allah SWT.
Video usahawan kosmetik itu adalah salah satu contoh per­buatan membuka aib diri sendiri di media sosial yang tanpa kita sedar semakin ramai orang bangga menayangkan kemaksiatan serta keburukan mereka di platform tersebut.
Lebih menjijikkan apabila terdapat individu yang tanpa segan silu merakam video kehidupan mereka sebagai pasangan gay untuk menjadi tatapan di media sosial.
Di mana letaknya akal dan kewarasan, sedangkan Allah telah menutup aib seseorang hamba-Nya, sebaliknya mereka pula berbangga menghebohkan per­buatan keji itu.
Memetik inti pati ceramah daripada pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata, Allah tidak akan mengampunkan dosa mereka yang membuka aib sendiri dan golongan itu sukar mendapat rahmat daripada-Nya.
“Kamu sudah melakukan dosa besar dan Allah telah menutup aib itu, tetapi kamu pula me­ngumumkan di hadapan ratusan ribu orang serta dikongsi jutaan manusia yang melihatnya.
“Kamu nak cabar siapa? Kamu nak mempermainkan siapa? Apakah kamu hendak beritahu bahawa walaupun bergelumang maksiat dan dosa, tetapi hidup penuh nikmat serta kebahagiaan?” katanya.
Jelasnya, semua orang akan diampunkan dosanya dan mendapat rahmat-Nya kecuali mujahir iaitu mereka yang apabila melakukan maksiat, Allah sudah tutup aibnya, tetapi dia dedahkan kepada orang ramai tentang perbuatan dosa tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pe­ngarah Institut Kajian Etnik Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, tindakan segelintir individu yang bangga menunjukkan perbuatan mungkar mereka adalah sesuatu yang tidak rasional sebagai seorang manusia normal.
“Satu kajian perlu dilaksanakan untuk mencari akar permasalahan yang menjadi punca kepada perbuatan ini sama ada ia disebabkan oleh gangguan mental atau perkara lain.
“Pihak berkuasa juga perlu sentiasa menapis bahan-bahan yang dimuat naik di media sosial agar kandungan tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Kartini memberitahu, mereka yang melakukan kesalahan itu perlu didekati dengan penuh hikmah agar mereka kembali ke pangkal jalan dan menginsafi perbuatan tersebut.
Katanya, bantuan kepada mereka yang mengalami gang­guan mental dan emosi juga perlu disediakan bagi memben­dung permasalahan tersebut daripada berulang kembali.
sumber: ZUBAIDAH IBRAHIM & Kosmo Online
The post Jangan suka dedah dosa, aib diri sendiri appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/jangan-suka-dedah-dosa-aib-diri-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pengakuan Berani Mati Usahawan Kosmetik Dedah Tak Suka Solat Ini Jawapan Mufti

Hiburan Pengakuan Berani Mati Usahawan Kosmetik Dedah Tak Suka Solat Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 247 hits
Semalam tular di media sosial apabila seorang usahawan kosmetik yang difahamkan berasal daripada Kelantan mengaku secara terang terangan bahawa dirinya tidak suka melaksanakan ibadah solat Hantaran video berdurasi 27 saat itu dilaporkan ial...
Fokus Pada Keupayaan Diri Sendiri Tanpa Perlu Berlumba Dengan Orang Lain

Fokus Pada Keupayaan Diri Sendiri Tanpa Perlu Berlumba Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 245 hits
Fokus keupayaan diri sendiri jangan berlumba bla bla bla Ya saya tahu Ramai sangat orang cakap perkara sama Dah biasa sangat ayat tu tapi tak apalah Teruskan baca The post appeared first on
Megawati Soal Dianggap Puji Diri Sendiri Saya Sudah Kenyang Pujian

Megawati Soal Dianggap Puji Diri Sendiri Saya Sudah Kenyang Pujian

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 267 hits
Megawati mengatakan bahwa sejak bayi sudah dijaga atau mendapat hak istimewa sebagai anak Presiden Soekarno Kelahirannya juga diumumkan oleh Kominfo yang pada masa itu menyebut jabatan Presiden sebagai paduka yang mulia
Berdiam Diri Selepas Kontroversi Buli Agensi Dedah Sudah Tamatkan Kontrak Jisoo

Berdiam Diri Selepas Kontroversi Buli Agensi Dedah Sudah Tamatkan Kontrak Jisoo

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 189 hits
Selepas kontroversi bulinya Jisoo dilihat lebih senang mendiamkan Selepas dibuang daripada drama River Where The Moon Rises dia kemudiannya mengalami kesukaran apabila pihak produksi drama tersebut menfailkan sama terhadap agensinya bagi me...
Badan Menggigil Jantung Berdegup Laju Ibu Jangan Biarkan Anxiety Burnout Kuasai Diri Terus Lawan

Badan Menggigil Jantung Berdegup Laju Ibu Jangan Biarkan Anxiety Burnout Kuasai Diri Terus Lawan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 266 hits
Pengalaman kita berdepan PKP dan 2 0 sudah semestinya banyak memberi kita pengajaran Dan sudah semestinya pengalaman ini semakin membuatkan kita mahir mengendalikan soal kemurungan rasa kebimbangan dan minda yang terlampau keletihan gara ga...
Unggah Foto Anak Sd Menyeberang Sungai Armand Maulana Ingatkan Diri Sendiri Masih Mengeluh

Unggah Foto Anak Sd Menyeberang Sungai Armand Maulana Ingatkan Diri Sendiri Masih Mengeluh

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 278 hits
Banyak yang kehidupannya lebih beruntung Armand juga ingatkan untuk selalu bersyukur kepada Sang Pencipta
Syarikat Arak Jangan Perasan Diri Special Sangat Pembela

Syarikat Arak Jangan Perasan Diri Special Sangat Pembela

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 193 hits
Dalam banyak perniagaan kenapa MICCI beria pertahan industri arak BANGI Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam hari ini menempelak kenyataan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia yang mempertikaikan keputusan kerajaan menutup ki...
Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 962 hits
JAGA HARGA DIRI Jangan sampai kau tak punya harga diri sendiri semata mata kerana CINTA Aku terlahir sederhana Hidup susah bagiku biasa Adakah orang orang yang telah berjaya pernah gagal Kereka mungkin akan bertanya kembali Kegagalan yang k...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

The Fight For Syria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told