Jangan Solat Di Lorong Kecemasan Lebuh Raya
SuaraMerdeka

Gambar tersebar di media sosial menunjukkan pengguna menunaikan solat  subuh di lorong kecemasan Lebuhraya KL-Karak akibat kesesakan lalu  lintas untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha. (Gambar  Instagram)    
  Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dinasihatkan  tidak menunaikan solat di lorong kecemasan lebuh raya itu atas faktor  keselamatan
 Pemegang konsesi Lebuhraya KLK dan Lebuhraya Pantai  Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad memaklumkan tindakan itu dikhuatiri  boleh menyebabkan penunggang motosikal atau kenderaan lain yang mungkin  tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan
 “Kami amat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK  dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam  perjalanan ke Pantai Timur setiap musim perayaan dan cuti umum
 “Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK juga ingin  memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya  agar tidak menunaikan ibadah solat di atas jalan, iaitu lorong kecemasan  atas faktor keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini
 BACA> Aidiladha: LPT sesak susulan warga kota balik kampung
 Terdahulu, gambar pengguna lebuh raya menunaikan solat  Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya KLK akibat kesesakan lalu lintas  untuk pulang ke kampung halaman bagi sambutan Aidiladha, tersebar di  media sosial
 Sementara itu, Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya  dapat merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti  rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 serta LKL ketika pulang  ke Lembah Klang
 “(Tindakan itu sebagai langkah persediaan dalam)  menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan mendadak dan kesesakan yang  bakal ditempuhi kelak.”
 Solat sebenarnya boleh dilakukan dalam kenderaan tanpa perlu membahayakan diri atau pengguna jalan raya lain. 
TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU 
~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @  kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam  pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula  persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka  Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa  menghadap kiblat. 
SOLAT DALAM KENDERAAN
~ Niatnya sebagai contoh: “Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala”
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI  SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk  bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut  masih ada
~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA’KAN SOLAT tersebut
 SUMBER: https://www.e-solat.gov.my/
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/jangan-solat-di-lorong-kecemasan-lebuh.html