Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu



1. Salah satu tabiat saya adalah tidak suka menyimpan barang-barang lama. Jadi awal tahun 2025 ni, saya clearkan beberapa perkara penting dalam hidup.  2. Saya lihat semula contact dalam hp saya. Saya clearkan semua. Masyaallah yang dah meninggalpun masih ada. Saya delete nombor contact kenalan atau sauadara mara. Delete.  3. Saya delete juga no contact yang sudah tidak berkait dengan saya lagi atau yang sudah lama tidak ada hubungan lagi. Juga no hp yang saya tidak pernah hubungi mereka. Mereka juga tidak pernah hubungi saya. Jika dah lebih lima tahun. Delete.  4. Saya leave group wasap dan telegram yang tidak aktif lagi. Dan saya clearkan semua memori di dalam group tersebut termasuk foto-foto dan chart tidak berkaitan. Pagi ni hampir 25 group wasap saya keluar dan 6 group telegram.  5. Saya clearkan dan delete ribuan foto yang dihantar melalui wasap. Ia sangat memberatkan memori hp saya sebetulnya. Juga video-video yang mengambil banyak space hp kita.  6. Tinggalkan beban tidak perlu dalam hp kita. Ia bukan hanya mengganggu, malahan langsung tidak memberi impak positif kepada kemajuan dan perkembangan diri kita.  7. Saya juga unfriend kenalan FB. Ramai yang sudah tiada, yang tidak wujud, yang tidak aktif, yang tidak pernah up status sendiri bertahun-tahun. Saya unfriend juga mereka yang selalu pos tentang negatif, komen-komen buruk, beremosi dalam status mereka. Saya unfriend juga mereka yang lock profile mereka.  8. Tahun baru ni, saya kecilkan circle tidak perlu, yang tidak menyokong kemajuan kita. Tinggalkan gangguan-gangguan yang boleh menyebabkan kita stuck pada level yang sama. Mereka menjadi rantaian yang merosakkan kemajuan dan perubahan diri sendiri. Maka deletelah. Let go semua itu. Jangan takut untuk bertindak.  9. Saya juga selalu kemaskan barang keperluan peribadi saya. Baju-baju yang lama tak pakai, baju kurang, jubah, blouse, seluar, skirt, kebanyakannya masih sangat cantik, saya akan sedekahkan. Nampak lebih kemas wordrobe saya. Terang rasa mata saya, terang juga hati saya. Senyum dan senang hati bila saya clearkan wordrobe saya. Happy sangat.  10. Saya keluarkan shawl atau tudung atau anak tudung yang dah tak pakai lebih dari setahun. Sejadah-sejadah yang banyak dan tidak terpakaipun, dikumpulkan dan saya sedekahkan. Begitu juga buku-buku bacaan Yassin dan tahlil, saya kumpulkan dan sedekahkan.  11. Purses, dompet, handbag lama juga saya kumpulkan, dan sedekahkan. Kebanyakannya masih baik keadaannya tetapi saya tidak gunakan lebih dari setahun, Woww, saya rasa happy apabila wordrobe saya kosong dan nampak tidak semak. Kemas, tersusun dan sangat menggembirakan. Dan saya mendapat energi baru dan fokus baru.  12. Kasut dan sandal, juga saya keluarkan dari kotak dan sedekahkan. Saya pakai kasut saiz 4.5 atau saiz 5. Saya sedekahkan kepada mereka yang mempunyai saiz kaki yang sama.  13. Jangan semakkan fikiran kita dengan perkara tidak perlu. Sedekahkan. Let go apa yang tidak membantu. Pahala pun dapat dari sedekah kita tu. Dosa pun kurang kerana ia mengelakkan pembaziran. Orang pun gembira kerana mereka mendapat barangan yang masih cantik, masih berguna, berkualiti dan ada harganya. Mereka gembira saya pun bahagia.  14. Tahun baru ni, kita mesti berazam untuk menambahkan aset. Baju, handbag, kasut, shawl, purses mahal bolehlah dipadamkan daripada fikiran kita. No new handbag, no new shawl. Kereta juga saya let go. BMW X5 pun saya dah jual. Dapat cash, saya buat simpanan emas. Pakai kereta yang biasa pun ok, guna kereta Malaysia pun bagus, tak kurang apapun. Kurangkan liabiliti. Pembaziran kita elakkan. Tahun baru 2025 ni kita stop kejar liabilities. Apa yang telan duit kita, makan duit kita, padamkan. Ajak anak-anak kita juga. Buat bersama-sama biar mereka faham.  Tahun ni kita mesti berusaha tambah simpanan emas, pelbagaikan simpanan kita, ASB, Tabung Haji, KWSP, buat hibah, beli rumah buat sewa. Alhamdulillah. Fokus pada goals baru kita. Buat yang memberi value kepada hidup kita sahaja. Untuk pendapatan pasif kita.  15. Office pun saya let go. Saya jual semuanya. Tiada beban dan kos tidak perlu lagi. Masa dah tiba untuk kita fokus kepada yang menambahkan value sahaja. Circle saya juga semakin kecil. Saya rasa semakin OK. Saya kekal bersilaturrahim dengan sesiapapun tapi tidak buang masa kepada hal remeh temeh. Network bisnes pun yang baru. Yang lama, mereka pilih mentor baru. Alhamdulillah, Saya happy, Allah tunaikan doa saya. Beransur- ansur mereka pergi sendiri. Itu pilihan mereka, saya menghormatinya. Dan saya tidak kehilangan apapun. Saya doakan kejayaan lebih besar untuk mereka. Jangan sedih-sedih apabila kita ditinggalkan. Nanti Allah gantikan yang lebih baik untuk kita. Percayalah.  16. Jangan peduli dengan apapun tanggapan orang. Kita bukan hidup dalam genggaman tangan orang lain. Kehidupan kita adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Kitalah yang menentukan warnanya. Jika kita mara maju ke hadapan, pasti kemenangan akan jadi milik kita.  17. Malam tadi selepas solat Isyak berjemaah dengan anak menantu, kami duduk semeja. Baru berkesempatan untuk berkumpul semua. Saya berikan mereka sekeping A4 paper sehelai seorang, kami buat review tahun 2024 dan target serta sasaran untuk tahun 2025. Semua tulis nama mereka sendiri.  18. Mereka senaraikan apa pencapaian mereka sepanjang tahun 2024. Apa yang membahagiakan mereka tahun lalu. Dari perkara kecil sehingga perkara besar yang mereka dah capai sepanjang tahun 2024. Maka mereka senaraikan. Wah semua baru nampak bahawa begitu banyak yang mereka telah diusahakan mengikut keadaan masing-masing. Semua pencapaian itu adalah dari ilmu, usaha, pengorbanan, kerja keras dan doa mereka. Semua nampak hasilnya. Kagum sekali. Tahniah kepada suami, Aimi, Adib, Tya, Irah dan Aisyah. Mama bangga dengan semua pencapaian kalian. Tidak kira walau sekecil apapun. Mama doakan kejayaan lebih besar untuk tahun ini.  19. Selepas itu mereka senaraikan pula perkara yang telah mereka setkan pada awal tahun 2024 dahulu tetapi tidak tercapai. Saya minta mereka tulis sebab-sebab tidak dapat dicapai, mungkin kurang ilmu, mungkin kerana tidak fokus, mungkin kurang disiplin atau hal-hal berpunca dari kawalan di luar diri sendiri. Mereka senaraikan. Semua nampak kesilapan dan kelemahan sendiri untuk diperbaiki.  20. Kemudian saya minta mereka setkan target dan impian untuk tahun 2025. Baik yang kecil mahupun yang besar. Wah bukan main semangat lagi. Ada yang nak beli rumah, ada yang nak tambah simpanan emas, nak jimat duit belanja, nak tambah ilmu dan skils baru, ada yang nak tambah beri duit untuk mama dan abah, ada yang nak kahwin, ada yang upgrade result akademik, ada yang nak gi umrah dan nak tambah pendapatan baru. Ada juga yang nak buat landskap kolam ikan dan sebagainya. Saya juga membuat impian baru bersama-sama mereka. Dan share idea dengan suami, anak dan menantu. Semua nampak happy dan semangat.  21. Mereka mesti senaraikan apakah kekuatan dan persiapan diri mereka, saya meminta mereka menyiapkan enam aspek dalam hidup iaitu…
 Pertama, aspek spiritual, hubungan dengan Allah, bacaan Al-Quran, doa, perbaiki solat, solat sunat dan sebagainya.  Kedua, aspek fizikal, buat excersice, turunkan berat badan, kurangkan pemakanan manis, berminyak. Tambahkan serat, protein dan seumpamanya.  Ketiga, aspek financial. Tambahkan pendapatan, tambahkan simpanan, kurangkan pembaziran dan sebagainya.  Keempat dari aspek emosi, banyak bersyukur dan berterima kasih, memaafkan, padamkan emosi marah, dengki, irihati. Tambahkan keyakinan dan percaya diri. Emosi akan lebih stabil. Hidup lebih rasional dan ia akan membuka lebih banyak kejayaan.  Kelima iaitu Komunikasi/circle. Perbaiki skils komunikasi dan luaskan circle positif. Luaskan pergaulan agar dapat meluaskan skop kejayaan.  Keenam adalah intelektual. Apakah bahasa baru yang ingin dikuasai, sklis baru, ilmu baru, membaca buku baru, hadiri seminar berkaitan dengan skils baru yang diperlukan
 22. Alhamdulillah, mereka nampak view yang lebih jelas tentang halatuju mereka untuk tahun 2025. Kita pilih yang perlu untuk hidup kita dan keluarga kita. Untuk kewangan kita. Untuk kejayaan kita. Untuk legasi kehidupan kita seterusnya. Kita tahu apa yang kita mahu. High value person. Insyaallah. Moga Allah memperkenankannya. Amin Ya Rabbal Alamin 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/01/jangan-semakkan-kepala-dengan-perkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vokalis Wanita Tendang Kepala Penonton

Vokalis Wanita Tendang Kepala Penonton

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 758 hits
JAKARTA Seorang penyanyi kumpulan muzik Defective di Indonesia menerima kecaman kerana menendang kepala penonton ketika melakukan aksi moshing lapor portal berita Abatanews Kejadian berlaku semasa kumpulan heavy metal itu mengadakan persemb...
Kepala Kanak Kanak Tiga Tahun Tersepit Tiang Rumah

Kepala Kanak Kanak Tiga Tahun Tersepit Tiang Rumah

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 116 hits
Sinar HarianRakaman tular di X menunjukkan kepala kanak kanak perempuan tersepit pada tiang rumah di Kecamatan Rangkasbiung Kabuten Lebak Wilayah Banten Indonesia Foto Sinar HarianJAKARTA Rakaman tular di X menunjukkan kepala kanak kanak pe...
Zila Bakarin Kongsi Detik Penghijrahan Kepala Rasa Sejuk Pakai Selendang Tak Mahu Suami Disoal Allah

Zila Bakarin Kongsi Detik Penghijrahan Kepala Rasa Sejuk Pakai Selendang Tak Mahu Suami Disoal Allah

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 103 hits
Pelakon Zila Bakarin kongsi detik penghijrahan secara mendadak yang dibuatnya menerusi siaran podcast Borak Selebriti yang dikendalikan DJ Radio Dina Nadzir dan Falyq Hikyle selepas nekad berhijab sejak Februari 2020 Zila atau Rosmawati Bak...
Missen Cafe Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Missen Cafe Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 119 hits
Missen Cafe BertamAku pernah review cafe ni dalam blog aku ni korang boleh baca Masa tu sebelum covid lockdown dah lama la aku tak datang sini balik Cafe ni menu diorang berkonsepkan western jadi oleh yang demikian maka aku pun mengoder la ...
Kari Kepala Ikan Lauk Dinner Malam Semalam

Kari Kepala Ikan Lauk Dinner Malam Semalam

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum Dah la balik lambat sampai sebab highway ada accident dan jalan jammed dari Bangi sampai dh lambat adik SA si Ateh cakap nak tido kat rumah gigihlah SA masak kari kepala ikan dah sudah masak Ateh msg kata x jadi tido kat rum...
Tnb Harus Bela Rakyat Bukan Perah Rakyat Jangan Ikut Mahazalim

Tnb Harus Bela Rakyat Bukan Perah Rakyat Jangan Ikut Mahazalim

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 201 hits
Terbaca satu posting kenapa TNB nak sedangkan untung TNB hampir RM1 5 bilion Untuk info aku pun tak pasti berapa keuntungan TNB Aku tulis ni Tapi berapa keuntungan TNB tak jejaskan isi posting aku ni Yang penting TNB untung dan tak rugi Mas...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing