Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang



(Malaysia Gazette) – SEMALAM peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melahirkan rasa hairan bagaimanakah seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman gantung boleh diberikan akses untuk bertemu seorang individu ternama ‘VVIP’ di luar penjara Kajang.
Banduan yang dimaksudkan oleh Shafee adalah bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang menunggu hukuman gantung selepas didapati membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Shafee bagaimanapun berkata, maklumat itu tidak dapat disahkan olehnya sebaliknya dimaklumkan kepadanya oleh sumber yang boleh dipercayai.
“Pertemuan antara Azilah dan VVIP ini telah mengambil tempat pada awal Februari tahun ini. Bagaimanakah seorang banduan hukuman gantung boleh keluar dan bertemu VVIP ini di luar? Bagaimana ini berlaku?
“Tentunya saya tidak dapat sahkan maklumat ini tetapi pemberi maklumat yang boleh dipercayai. Pertemuan ini bukan dalam penjara sebaliknya luar penjara. Apabila seorang banduan yang sudah ditetapkan hukuman gantung, bagaimanakah dia boleh di bawa keluar begitu?

“Ini sudah melanggar undang-undang dan protokol. Saya sedang tunggu pengesahan rasmi ketika ini,” katanya kepada pemberita.
Sebagai orang yang berpengalaman luas dan arif dalam bidang perundangan, tidak mungkin Shafee sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan itu.
Jika perkara itu benar-benar berlaku seperti didakwa, nampaknya ‘peristiwa hitam 1989’ pasti akan kembali mencalarkan imej negara.
Kisahnya begini.
Akhbar Malay Mail pada 19 Ogos 1989 secara eksklusif membuat pendedahan ‘berani mati’ bagaimana seorang ahli perniagaan bernama Abdullah Ang mendapat layanan ‘SUPER VVIP’ ketika ditahan di Penjara Kajang.
Selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat keluar masuk Penjara Kajang – macam Penjara Kajang tu dia punya!
Untuk rekod, Abdullah Ang pernah dilantik menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC) dan mempunyai ramai kenalan rapat di kalangan pemimpin dan pegawai kanan kerajaan.
Abdullah Ang telah dihukum penjara lapan tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 (diringankan kemudiannya atas rayuan) setelah dia mengaku salah atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM 338,808.80.
Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur! Abdullah ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih. Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan dan jurugambar mereka untuk menjejaki banduan bernama Abdullah Ang ini.
Dalam laporan Malay Mail itu juga memperlihatkan bagaimana Abdullah dengan selamba berada di kilang pakaian keluarganya. Malah tidak ada juga sebarang wadar atau pegawai penjara yang mengiringinya ketika itu
Apa yang berlaku begitu mengejutkan rakyat Malaysia kerana bagaimana Abdullah, seorang banduan, boleh dilihat keluar masuk dari penjara dan bagaimana kelengkapan selnya begitu hebat seolah-olah dalam sebuah hotel!
Namun ketika jurugambar Malay Mail sedang asyik sedang merakamkan kelibatnya, Abdullah terperasan dan terus menutup wajahnya dengan menggunakan sehelai tuala.

Bila kes ini diajukan kepada pegawai penjara, mereka mendakwa Abdullah terlibat dalam sebuah sistem dimana ia merupakan persediaan pra-pembebasan untuk seseorang banduan dibenarkan bekerja di luar untuk membiasakan diri mereka bila bebas kelak.
Namun menurut Allahyarham Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dalam tulisannya, Abdullah sebenarnya diberi keistimewaan dengan berulang alik antara penjara Kajang dengan bandar raya untuk minum teh tarik, membaca akhbar dan menguruskan pernigaannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Pun begitu, kata ZAM, di sebalik ketidakjujurannya, Abdullah Ang mempunyai perwatakan luar biasa. Dia dapat menjelmakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai kualiti yang diperlukan dalam dunia perniagaan dan perusahaan. Mudah mengenengahkan dirinya di semua peringkat, tidak segan dan malu, berani dan sanggup bersikap rakus apabila perlu.
” Perwatakannya yang istimewa inilah membolehkannya mengadakan hubungan yang rapat dengan pegawai- pegawai penjara Kajang sehingga dia diberikan layanan istimewa untuk bebas keluar masuk penjara bagi menikmati suasana di luar,” ujarnya
Yang pasti, keistimewaan yang dinikmati Abdullah juga adalah kerana pengaruh dan hubungan baiknya dengan pemimpin tertinggi negara.
Disebabkan kes Abdullah Ang jugalah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu.

Dalam kes Azilah, dia mungkin tidak mendapat layanan ‘istimewa’ sedemikian rupa tetapi akses untuk bertemu orang di luar penjara sebenarnya sudah jadi satu keistimewaan yang luar biasa bagi banduan akhir sepertinya.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai dakwaan Shafee.
Sejujurnya kita berharap sangat apa yang dikatakan itu tidak berlaku kerana secara amnya, kita masih melihat integriti Jabatan Penjara ketika ini berada di tahap tertinggi, apatah lagi pelbagai penambahbaikan yang dibuat oleh Jabatan Penjara pasca skandal yang melibatkan Abdullah Ang kira-kira 30 tahun lalu.
Cukuplah kes Abdullah Ang merosakkan segala-galanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/12/18/jangan-sampai-skandal-abdullah-ang-berulang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahfud Md Jangan Lawan Kekuasaan Mengatasnamakan Islam Dengan Kekerasan

Mahfud Md Jangan Lawan Kekuasaan Mengatasnamakan Islam Dengan Kekerasan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 326 hits
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Mahfud MD mengatakan bahwa agama Islam tidak mengajarkan umat manusia melawan kekuasaan dengan mengatasnamakan Islam dengan cara kekerasan Mahfud mengatakan Islam adalah agama yang Rahma...
Woiiii Jangan Mengada Ngada La Kalau Nak Jadi Pemimpin

Woiiii Jangan Mengada Ngada La Kalau Nak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 372 hits
Kalau dalam Kongres AMK semalam kumpulan pro Azmin Ali yang diketuai oleh Hilman Idham telah meninggalkan dewan pada sebelah petang kononnya kerana faktor keselamatan hari ini Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetuai penyokongnya keluar ...
Jangan Mudah Terasa Hati

Jangan Mudah Terasa Hati

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 560 hits
Nizam Aka Kenapa Azmin tiba2 mudah terasa hati dgn kenyataan sejarah Si Kitul dan Raja Mendaliar Sdangkan sejarah itu dah berkali2 dia dgr malah beliau sendiri selalu membawa crita itu dlm ucapannya Apakah Azmin skrg ini merasakan watak Si ...
Anak Kita Lahir Nurse Doktor Orang Pertama Puji Comelnya Jangan Lupa Ucap Terima Kasih

Anak Kita Lahir Nurse Doktor Orang Pertama Puji Comelnya Jangan Lupa Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 430 hits
Saat melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan itulah perjuangan antara hidup dan mati Perjuangan untuk melahirkan zuriat yang ditunggu tunggu setelah membawa perut selama 9 bulan lamanya Namun antara rasa sebak gembira dan terhar...
Jangan Sekadar Bilas Bilas Tak Bersih Botol Susu Tak Sabun Steril Membiak Kuman

Jangan Sekadar Bilas Bilas Tak Bersih Botol Susu Tak Sabun Steril Membiak Kuman

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 321 hits
Bagi anak anak yang menggunakan botol susu sangat penting bayi ibu ayah membersihkannya dengan baik bagi mengelakkan pencemaran yang merosakkan kualiti susu Nampak remeh tetapi kepentingan untuk mencucinya dengan baik perlu dititikberatkan ...
Jangan Mengelak Kamu Kenal Rumah Kondang Ini Kan Ketahui 9 Faktanya Biar Berasa Milik Sendiri

Jangan Mengelak Kamu Kenal Rumah Kondang Ini Kan Ketahui 9 Faktanya Biar Berasa Milik Sendiri

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 366 hits
Sedari dulu pengen tinggal di rumah semewah ini tapi apalah daya sebagai rakyat jelata cukup menatapnya di layar kaca udah cukup
Jangan Lupa Esok

Jangan Lupa Esok

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 228 hits
Ia akan berlangsung esok Laptop bawah RM1 000 atau monitor semurah RM99 saja Wow itulah yang akan ditawarkan sempena pembukaan pertama stor konsep Taiwan Excellence bersama Pantheon Esports di pusat beli belah Mesa Mall Nilai pada 10 Disemb...
Jangan Bina Rumah Tangga Atas Air Mata Isteri

Jangan Bina Rumah Tangga Atas Air Mata Isteri

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 415 hits
Menurut Ebit kebahagiaan dalam perkahwinan itu apabila kita memberi dan bukan hanya menuntut hak dari pasangan saja Pendek kata setiap pasangan perlu saling bantu membantu dalam perkahwinan Isteri Amanah Allah Bukan Tak Suka Diceraikan Saja...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport