Jangan Sampai Kami Orang Melayu Amuk Seluruh Negara Perkasa




Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi amaran keras terhadap pihak yang menurut mereka memperkotak-katikkan maruah orang Melayu.

Amaran itu dinyatakan presidennya Ibrahim Ali dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur hari ini yang disertai kira-kira 300 hadirin.

"Zaman retorik, bersyarah sudah berakhir. Bagi Perkasa, kesabaran Melayu sudah berakhir. Hari ini hanya mesej pusingan pertama.

"Selepas ini kami tidak akan berdiam diri lagi. Kalau perlu Perkasa akan mengamuk di seluruh Malaysia," katanya ketika berucap di himpunan itu.

Himpunan itu diadakn bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan.



Sumber : Malaysiakini

Himpunan 8 Dis: Adakah ia sembah derhaka?



Mufti Kelantan, Mohammad Shukri Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Dis ini tidak perlu diadakan

Beliau menyatakan begitu kerana kerajaan Malaysia menegaskan bahawa Icerd tidak akan diluluskan, dan perhimpunan yang dicadangkan itu boleh mengundang suasana serta perkara yang tidak diingini

Ia adalah demi keselamatan dan ketenteraman awam

Ramai sedia maklum rakyat Islam dan Melayu menghormati dan mematuhi kenyataan mufti sebagai pandangan yang rasmi dan sah

Pandangan ini sangat-sangat dipegang kuat dalam masyarakat tradisi yang konservatif terutamanya yang sebahagian besar orang Islam dan Melayu di Kelantan dan Terengganu

Pada masa sama semua sultan dan raja Melayu ialah ketua agama Islam. Mufti pula duduk di bawah sultan atau raja sebagai penasihat rasmi utama

Beberapa hari selepas kenyataan mufti Kelantan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah mengeluarkan kenyataan yang kelihatan selari dengan semangat tentang perlunya menjaga keamanan dan ketenteraman awam

Mufti dilantik sultan
Baginda bertitah supaya tidak "menyalakan puntung kebencian dan pemusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini."
Semasa berucap di Universiti Sultan Azlan Shah, baginda juga menyebut ada ahli politik yang bersifat berdendam

Ini adalah pandangan-pandangan yang bernas serta nasihat yang bijaksana daripada baginda iaitu tokoh terpelajar dan memiliki pendidikan tinggi

Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan membantah Icerd akan diteruskan juga


Pandangan ini jelas bertentangan dengan nasihat mufti yang dilantik oleh sultan Kelantan.

Ia juga bertentangan dengan semangat dan roh titah Sultan Nazrin yang menggesa supaya situasi yang boleh menimbulkan pergeseran agama dan bangsa mesti dielakkan.

Bukankah parti Mohd Amar - PAS - sendiri ingin menjunjung kepimpinan ulama? Justeru nasihat mufti Kelantan sebagai ulama tertinggi negeri yang dilantik oleh sultan sepatutnya mesti dipatuhi.

Bukankah Mohd Amar juga menyatakan mereka berhimpun membantah Icerd kerana kononnya hendak menghormati sultan dan raja Melayu?

Sudah disahkan tak diterima

Kenapakah titah dan saranan bijaksana Sultan Nazrin tidak diendahkan?

Adakah kata-kata mereka untuk menghormati raja-raja dan ulama itu hanya permainan politik untuk mencari pengaruh? Rakyat tentu inginkan jawapan kepada ini semua.

Ada juga pimpinan tertinggi PAS - misalnya presiden parti itu sendiri - menyatakan himpunan membantah Icerd adalah untuk "mengajar menteri" kerajaan PH hari ini.

Kenapakah ia tidak dilakukan semasa BN memerintah apabila isu wang Tabung Haji dilaporkan diseleweng?

Adakah himpunan membantah Icerd - yang kerajaan telah sahkan tidak akan diterima - benar-benar untuk mendaulatkan dan menjaga raja dan agama?

Kalau jawapannya ya, kenapa pandangan Raja Nazrin dan mufti Kelantan tidak dihormati dan ditolak begitu sahaja?

Apakah agenda di sebalik perancangan pakatan halus ini yang boleh mengugat keamanan negara tidak sampai tujuh bulan PH memerintah?

Apa motifnya mereka sebenarnya?

Icerd ditolak kononnya untuk memelihara kedaulatan raja dan memelihara kedudukan Islam.

Namun, tindakan penolakan pandangan mufti dan titah Raja Nazrin oleh PAS dan Umno menunjukkan pendirian mereka adalah di sebaliknya.

Adakah ini sembah derhaka kepada titah timbalan Yang di-Pertuan Agong dan tindakan terang-terangan mengingkari nasihat mufti yang dilantik sultan?

Adakah perhimpunan membantah Icerd itu sebenarnya hanyalah untuk kelangsungan hubungan kerjasama PAS dan Umno?

RAJA BAHRIN SHAH ialah pemimpin Amanah, timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga senator dari Terengganu

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/12/jangan-sampai-kami-orang-melayu-amuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bimbang Amuk Melayu Pro F Dr Teo Kok Seong Ulas

Bimbang Amuk Melayu Pro F Dr Teo Kok Seong Ulas

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR 21 Nov Kebimbangan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap usaha me ng u bah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar ke saksamaan fahaman Barat me rupakan perkara serius dan tidak boleh d...
Melayu Jangan Lupa Sejarah Yang Diberi Kerakyataan Jangan Biadap

Melayu Jangan Lupa Sejarah Yang Diberi Kerakyataan Jangan Biadap

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 263 hits
SENJATA ORANG MELAYU ADALAH FAKTA SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN NEGARA TANAH MELAYU Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Ismail Mina Ahmad menyeru rakyat di negara ini agar memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan Kredit
039 Jangan Kecewakan Saya Dan Negara 039

039 Jangan Kecewakan Saya Dan Negara 039

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 226 hits
PUTRAJAYA Jangan kecewakan saya dan negara kita kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil membabitkan Malaysia menentang Vietnam pada 11 Disember ini Dal...
Lagi Laporan Polis Di Seluruh Negara Kerajaan Ph Di Gesa Bertindak

Lagi Laporan Polis Di Seluruh Negara Kerajaan Ph Di Gesa Bertindak

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR 23 Nov Gesaan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan untuk menuntut tindakan memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy terus dibuat yang membabitkan laporan polis di seluruh negara Hari ini Pergerakan Wanit...
Jokowi Jangan Bermimpi Jadi Negara Maju Kalau Tidak Kerja Keras

Jokowi Jangan Bermimpi Jadi Negara Maju Kalau Tidak Kerja Keras

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 268 hits
Presiden Joko Widodo mengatakan empat tahun belakangan ini pemerintah telah fokus membangun infrastruktur untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Namun untuk tahun depan pemerintah akan menggeser program prioritasnya dari infrastruktur ke pe...
Jangan Halang Pas Demo Icerd Rakyat Hakim Negara Idris Ahmad

Jangan Halang Pas Demo Icerd Rakyat Hakim Negara Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 447 hits
Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan terutama bekas anggota parti itu bahawa mereka pernah menjadi kaki demo supaya jangan lupa dengan apa yang pernah mereka lakukan dulu Idris berkata bermacam macam usaha dil...
Muhyiddin Ingatkan Perkasa Jangan Cetus Ketegangan Kaum

Muhyiddin Ingatkan Perkasa Jangan Cetus Ketegangan Kaum

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 211 hits
Diterbitkan 1 Dis 2018 7 06 petangMenteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengingatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa supaya tidak mengeluakan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum pada himpunan yang diadakan di Kuala Lumpur esok Elakk...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof