Jangan Sampai Gemuk Mendadak Makan Dalam Piring Kecil Antara Cara Kawal Nafsu Makan Di Aidilfitri
HARI raya adalah peluang untuk kita menikmati pelbagai juadah enak seperti lemang, rendang, ketupat, soto ayam, lontong, mi kari dan aneka biskut raya.
Namun bagaimana hendak mengawal pemakanan sedang nafsu sedang membuak-buak minta disuapkan juadah yang enak?
Sebenarnya tak sukar pun untuk mengawal nafsu makan kerana sepanjang Ramadan, badan manusia sudah mengadaptasi dengan pengambilan makanan yang kurang memandangkan kita hanya makan ketika waktu sahur dan berbuka puasa.
Makanlah secara sederhana ketika hari raya.
Tidak hanya itu, ramai yang lebih banyak minum air berbanding makan ketika berbuka puasa kerana ingin menghilangkan rasa dahaga.
Namun siapa boleh tahan dengan aroma pelbagai juadah menyelarakan dan ia mampu menggugat iman seseorang! Mustahil kita hanya boleh tengok sahaja tanpa menikmatinya.
Makan tidak salah tetapi kita harus bijak mengawal pengambilan kalori agar berat badan tidak mendadak naik selain terhindar daripada sebarang penyakit seperti darah tinggi dan diabetes.
Berikut merupakan tip untuk menjaga pemakanan ketika musim perayaan, apatah lagi banyak undangan rumah terbuka perlu dipenuhi!
1. Makanan bersantan
Pada dasarnya, santan tidak mengandungi kolesterol namun apabila makanan bersantan sering dipanaskan berulang kali ia akan membentuk lapisan minyak.
Kadar minyak yang terbentuk itu akan menjadikan ia lemak tepu dan menghasilkan kolesterol jahat dalam badan.
Sebaik-baiknya masak santan dalam tempoh yang lama atau masukkan bahan itu pada akhir masakan. Jangan makan kuah bersantan berlebihan dan makan dalam bahagian kecil.
2. Makanan berlemak
Apa sahaja juadah Aidilfitri yang tidak berlemak? Hampir semuanya tinggi dengan lemak dan kalori. Bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan, tambahkan sayur-sayuran atau ulam-ulaman dalam diet sebagai sumber serat.
3. Manisan, kuih-muih
Biskut raya adalah hidangan yang cukup sebati ketika hari raya. Itu belum termasuk pelbagai jenis kek dan minuman yang tinggi kandungan gula.
Hidangan ini yang diperbuat daripada tepung dan gula mempunyai kandungan karbohidrat. Jadi apabila tenaga dalam badan tidak digunakan, ia akan disimpan sebagai lemak dan akhirnya boleh meningkatkan risiko diabetes.
Boleh makan tetapi apa kata gunakan piring yang kecil untuk mengajar diri agar tidak makan berlebihan. Nak lebih selamat, jauhkan diri daripada balang kuih raya!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2022/05/jangan-sampai-gemuk-mendadak-makan.html