Jangan Rimas Kalau Nurse Datang Ke Rumah Lepas Bersalin Terutama Hari 1 2 3 4 6 8 10 15 Dan 20


Postnatal bermaksud tempoh masa selepas kelahiran sehingga alat kelamin dan rahim kembali normal. Ia dikira bermula dari selepas kelahiran uri (fasa ketiga proses kelahiran) sehingga tempoh masa 42 hari. Ia juga dikenali sebagai tempoh waktu berpantang bagi ibu selepas bersalin.
Artikel Menarik: Jangan Pandang Rendah Kuasa Pelukan, Anak Lebih Bijak & Positif Jika Sering Dipeluk!

Semasa postnatal, berlaku perubahan hormon yang mempengaruhi fizikal dan emosi ibu. Oleh yang demikian penjagaan posnatal adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang sihat.
Jagaan perawatan postnatal di rumah dilakukan mengikut hari ke 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20 selepas kelahiran bagi ibu tanpa risiko. Ibu yang berisiko sebagai contoh mereka yang menghidapi darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya memerlukan jagaan perawatan postnatal yang lebih kerap mengikut keperluan untuk mengesan awal keadaan luar biasa atau komplikasi supaya rujukan segera dapat dibuat ke klinik atau hospital.
Bagaimanakah jururawat boleh datang untuk membuat perawatan postnatal di rumah?
Setiap kelahiran di hospital, Pusat Bersalin Alternatif (ABC) atau di rumah perlu dimaklumkan kepada jururawat di klinik kesihatan atau klinik desa yang berhampiran supaya Jururawat Kesihatan atau Jururawat Masyarakat dapat melakukan perawatan postnatal kepada ibu di rumah.

Suami atau waris ibu perlu memaklumkan kepada Jururawat di klinik terdekat mengikut alamat rumah ibu sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas kelahiran. Dengan demikian, jururawat akan datang ke rumah mengikut piawai jadual lawatan yang telah ditetapkan. Bagi ibu yang tiada masalah kesihatan, lawatan akan diadakan pada hari ke 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20 selepas kelahiran. Bagi ibu berisiko yang mengalami masalah kesihatan, lawatan ke rumah akan dilakukan dengan lebih kerap mengikut keadaan. Pada hari ke 30, ibu perlu datang ke klinik kesihatan atau klinik desa untuk pemeriksaan rutin postnatal dan memulakan perancang keluarga bagi menjarakkan kelahiran mengikut kaedah yang sesuai mengikut keadaan ibu.Bilakah jururawat datang ke rumah untuk melakukan perawatan postnatal?
Apakah yang dilakukan semasa Jururawat membuat lawatan ke rumah?
Semasa lawatan ke rumah, jururawat akan memeriksa ibu dan bayi mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jika jururawat mengesan keadaan tidak normal pada ibu dan bayi, rawatan atau rujukan ke klinik atau hospital akan dilakukan.

Pemeriksaan terhadap ibu:
Pemerhatian secara menyeluruh terhadap kesihatan ibu termasuk kebersihan diri
Pemeriksaan tanda vital iaitu:
Suhu badan, tekanan darah, denyutan nadi dan pernafasan ibu. Ketinggian rahim diukur semasa setiap lawatan untuk mengesan pengecutan/ involusi rahim Pemeriksaan payudara bertujuan mengesan sebarang masalah penyusuan seperti bengkak, puting merekah, puting tenggelam atau kurang pengaliran susu supaya dapat memberi runding cara penyusuan. Pemerhatian terhadap penyusuan susu ibu dan memberi runding cara penyusuan susu ibu. Pemeriksaan luka perineum/ luka pembedahan
Memeriksa darah nifas (Lokia) bertujuan untuk mengesan keadaan luar biasa darah nifas. Sebagai contoh:- Jumlah darah nifas yang keluar berlebihan atau sentiasa berwarna merah menunjukkan pendarahan luar biasa dan memerlukan rujukan segera ke hospital. Darah nifas yang berwarna coklat dan berbau busuk menunjukkan jangkitan/infeksi dan perlu dirujuk ke klinik/hospital. Memeriksa tanda dan gejala Deep Vein Thrombosis (pembekuan darah di dalam salur darah di kaki) / Pulmonary Thromboembolism (penyekatan salur darah oleh darah beku di paru-paru) seperti sakit dada, susah bernafas, bengkak dan kemerahan di kaki,atau sakit betis Pemeriksaan terhadap pembuangan air kecil dan air besar. Ibu adalah digalakkan membuang air kecil dalam masa 6-8 jam selepas bersalin untuk keselesaan dan menggalakan kontraksi rahim dengan berkesan bagi proses pengecutan rahim. Ibu juga dinasihatkan untuk membuang air besar selepas 24 jam bersalin. Jika ibu tidak membuang air besar selepas 48 jam, rawatan perlu diberikan. Artikel Menarik: Turunkan Jaundis Dengan 1 Cara Saja, Bukan Amalkan Petua Pelik-Pelik, Salah Tu
Pemeriksaan terhadap bayi
Pemeriksaan secara menyeluruh terhadap bayi termasuk:
Berat badan Suhu Mata Jaundis (kuning) Kulit Pusat Pembuangan air kecil dan air besar
Pendidikan Kesihatan yang berkaitan seperti:
Penyusuan susu ibu Penjagaan bayi baru lahir Pengesanan dan pengendalian jaundis di kalangan bayi Pemakanan ibu postnatal Kebersihan diri dan penjagaan luka episiotomy/luka pembedahan Kepentingan pengambilan ubat yang dibekalkan Senaman dan ambulasi awal bertujuan menggalakkan pengeluaran darah nifas dalam membantu mengembalikan tonus otot organ reproduktif dan pengaliran darah yang baik.
Senaman dan ambulasi awal seperti:
-Senaman ringan postnatal
-Senaman pelvic floor
-Perancang keluarga bertujuan menjarakkan kelahiran
-Kepentingan lawatan susulan ke klinik

 
Adakah jururawat berbincang bersama ibu/ suami/ waris mengenai penemuan hasil pemeriksaan kesihatan ibu?
Setiap penemuan hasil pemeriksaan terhadap ibu dan bayi sama ada normal atau tidak normal perlu dibincangkan bersama ibu/ suami/ waris. Jururawat juga akan memaklumkan kepada ibu/ suami/ waris sekiranya perlu rujukan kepada Pegawai Perubatan di klinik atau hospital. Oleh yang demikian, penglibatan dan kerjasama ibu/ suami/ waris adalah amat diperlukan semasa jururawat melakukan perawatan postnatal di rumah. Ini bagi memastikan agar ibu/ suami/ waris tahu akan keadaan kesihatan ibu di samping mengambil bahagian dalam memberi penjagaan yang optimum terhadap diri ibu dan bayi.
Adakah perkhidmatan lawatan ke rumah untuk perawatan postnatal dikenakan bayaran?
Perkhidmatan perawatan postnatal di rumah dijalankan secara percuma bagi semua warganegara Malaysia.
Bayaran hanya dikenakan kepada ibu yang bukan warganegara Malaysia berdasarkan Perintah Fi (Perubatan & Kos Perkhidmatan) 2014 yang ditetapkan bagi warga asing.

Kredit: KKM
Bahan Rujukan
Perinatal Care Manual 3rd Edition. 2013. Ministry of Health Malaysia
Garis Panduan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) di Klinik Kesihatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia , 2013
Modul Latihan Ulangkaji Jagaan Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Untuk Jururawat Kesihatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Rimas Kalau Nurse Datang Ke Rumah Lepas Bersalin, Terutama Hari 1, 2, 3, 4, 6, 8, 10, 15 dan 20! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-rimas-kalau-nurse-datang-ke-rumah-lepas-bersalin-terutama-hari-1-2-3-4-6-8-10-15-dan-20/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Terlalu Rindu Kanak Kanak Redah Malam Ziarah Kubur Ibu Meninggal 4 Hari Lepas Bersalin

Kerana Terlalu Rindu Kanak Kanak Redah Malam Ziarah Kubur Ibu Meninggal 4 Hari Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 418 hits
Perasaan rindu kepada insan yang sudah tiada merupakan satu rasa yang sangat berat Lebih lebih lagi individu yang meninggal dunia adalah orang yang paling kita sayang seperti ibu atau bapa Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosia...
Rindu Sangat Mama Pergi Lepas 4 Hari Bersalin Anak Jalan Dalam Gelap Pergi Kubur

Rindu Sangat Mama Pergi Lepas 4 Hari Bersalin Anak Jalan Dalam Gelap Pergi Kubur

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 303 hits
Saya nak pergi kubur mama saya saya rindu mama saya Ini kata kata jujur dari anak anak yang kehilangan ibu selepas empat hari bersalin Dalam kegelapan malam itu anak yang berusia dalam lingkungan 12 8 9 tahun dan 5 6 tahun itu sanggup datan...
Random Photos 5 Hari Duduk Rumah Pkp 2 0

Random Photos 5 Hari Duduk Rumah Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 326 hits
assalamualaikum salam sejahtera selamat petang Malaysia hari kelima PKP 2 0 di Melaka and menyaksikan semlm pecah rekod lagi kes positif covid 19 tertinggi iaitu seramai 4 029 orang sedihnya takotnya moga kita semua teruslah jaga s o p kura...
Ini Sebabnya Isteri Jadi Makin Sensitif Lepas Bersalin Emosi Kacau Bilau Suami Bantulah

Ini Sebabnya Isteri Jadi Makin Sensitif Lepas Bersalin Emosi Kacau Bilau Suami Bantulah

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 238 hits
Pengalaman melahirkan anak sudah cukup membuatkan ada ibu yang trauma dengan proses kelahiran ditambah proses bersalin yang memenatkan Ini mungkin biasa Namun satu hal yang membuatkan perubahan besar berlaku pada wanita selepas melahirkan a...
Dua Hari Lepas Mesyuarat Tanpa Pelitup Hari Ini Dah Sah Kena Covid 19

Dua Hari Lepas Mesyuarat Tanpa Pelitup Hari Ini Dah Sah Kena Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 228 hits
malaysiadateline com Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini disahkan positif Covid 19 Pengarah Pilihan Raya Umno itu dikesan menghadiri mesyuarat dua hari lalu bersama dengan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid H...
Baru Semalam Tular Hari Ini Ebit Lew Dah Sampai Ziarah Makcik Hilang Rumah Dibawa Banjir

Baru Semalam Tular Hari Ini Ebit Lew Dah Sampai Ziarah Makcik Hilang Rumah Dibawa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 422 hits
Sejak semalam tular di media sosial gambar seorang warga emas duduk di batu melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyut dibawa arus banjir di Kampun Ajai Ulu Dong Pahang Tular di media sosialPastinya gambar diperoleh dari Bernama dan di...
Hari Kedua Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Untuk Pkp 2 0

Hari Kedua Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Untuk Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 397 hits
Sekolah encik suami merupakan sekolah kecil Bila ada PKP dilaksanakan pihak sekolah mengambil inisiatif dengan mencetak kerja kerja sekolah untuk para pelajar sekali untuk dua minggu Kemudian setiap kelas akan ada sorang runner yang terdiri...
6 Hari Terputus Bekalan Makanan Elektrik Ebit Lew Datang Hulur Sumbangan Di Kampung Orang Asli

6 Hari Terputus Bekalan Makanan Elektrik Ebit Lew Datang Hulur Sumbangan Di Kampung Orang Asli

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 297 hits
26 total views 26 views today Banjir yang telah melanda beberapa buah negeri telah mengakibatkan kemudahan awam kenderaan dan kediaman penduduk terjejas Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara sehingga keadaan sem...
Suami Peganglah Tangan Isteri Ketika Dia Bersalin Jangan Panik Cuba 3 Tip Ini Untuk Bantu Isteri

Suami Peganglah Tangan Isteri Ketika Dia Bersalin Jangan Panik Cuba 3 Tip Ini Untuk Bantu Isteri

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 283 hits
Ramai bakal bapa yang ingin memberi sokongan kepada pasangan mereka semasa proses kelahiran namun tidak semua yang tahu perkara yang perlu mereka lakukan bagi membantu isteri masing masing Artikel ini menyediakan beberapa tip untuk membantu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now