Jangan Remehkan Kebaikan Kecil


  Perkara baik, biarpun balasan pahala kecil, jika selalu dilakukan, maka jumlahnya akan menjadi besar juga. Perkara kecil dan mudah boleh dilakukan selalu.

Umpamanya tidak sukar untuk kita senyum untuk melakukan sedekah. Lebih banyak orang menerima senyuman kita dan mereka terasa tenang atau gembira melihatnya, mengeratkan ukhuwah sesama muslim, bermakna kita telah bersedekah kepada banyak orang.   Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).” (Hadis riwayat Muslim)   Maka, hendaklah kita banyakkan senyuman dan melakukan perkara baik lain biarpun nampak remah atau dianggap tidak mendatangkan pahala. Rebutlah peluang disedikan Allah SWT dengan ikhlas dan mengikut aturannya.    Sesungguhnya, apa saja yang mendatangkan kebaikan atau mengelak daripada melakukan perkara buruk adalah satu kebajikan. Lakukan dengan ikhlas, kemudian terserahlah kepada Allah tentang memberi ganjarannya.   Sebenarnya, kita tidak mengetahui amalan manakah yang akan memasukkan kita ke dalam syurga dan mengelak daripada api neraka. Oleh itu, perbanyakan amalan baik walaupun perkara yang kecil.   Sabda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” (Hadis riwayat Muslim)   Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.   Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.   Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.   Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak” (Hadis riwayat Muslim)   Firman Allah SWT bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8).   Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seseorang berjalan di atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah mengampunkannya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2023/02/gfr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Kecil Anak Kejap Sangat Aisyah Hijanah Pesan Jaga Amanah Masa Dengan Anak Jangan Abaikan

Masa Kecil Anak Kejap Sangat Aisyah Hijanah Pesan Jaga Amanah Masa Dengan Anak Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 177 hits
Anak anak kita membesar dengan pantasnya Masa bersama mereka iaitu dari usia mereka lahir hingga sebelum masa untuk ke sekolah berlalu sangat pantas Jangan abaikan waktu waktu berharga ini Inilah yang cuba disampaikan oleh personaliti media...
Jangan Mudah Tertipu Dakwaan Kononnya Jadi Mangsa Pekerjaan Di Myanmar Pdrm

Jangan Mudah Tertipu Dakwaan Kononnya Jadi Mangsa Pekerjaan Di Myanmar Pdrm

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 151 hits
Kerajaan Kemboja Melaporkan Ada Mangsa Sindiket Pekerjaan Sebenarnya Berhutang Ahlong dan Kalah Dalam Perjudian Terkejut juga saya semasa menonton liputan khas sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dan Kemboja di slot rancangan 999 TV3 tad...
Raikan Setiap Hobi Rakan Jangan Dikritik

Raikan Setiap Hobi Rakan Jangan Dikritik

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 232 hits
RAIKAN SETIAP HOBI RAKAN JANGAN DIKRITIK Ye korang setiap orang ada hobi yang diminati Walaupun hobi mereka tu kita nampak pelik tapi tak salah kita raikan sahaja apa jua yang mereka minati Tak perlu kita nak merendah rendahkan setiap apa j...
Kentang Kalau Dah Rupa Macam Ni Terus Buang Jangan Fikir Bazir Kesannya Tu Bahaya

Kentang Kalau Dah Rupa Macam Ni Terus Buang Jangan Fikir Bazir Kesannya Tu Bahaya

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 291 hits
Kentang kalau dah rupa macam ni terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid Kalau tak nak buang tanam pun boleh Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur ki...
Kan Dah Kata Jangan Kurangkan Peruntukan Pn Nanti Lebai Dan Walaun Meroyan

Kan Dah Kata Jangan Kurangkan Peruntukan Pn Nanti Lebai Dan Walaun Meroyan

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 224 hits
Diaorg mana ada peruntukan X sedar ke diaorg tu pembangkang Masa depa jd kerajaan Pembakang mana dpt peruntukan Tanyalah Syed Saddiq tu
Anak Pun Ada Perasaan Jangan Gurau Panggil Dia Macam Macam Insecure Jadi Tak Yakin

Anak Pun Ada Perasaan Jangan Gurau Panggil Dia Macam Macam Insecure Jadi Tak Yakin

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 211 hits
Biarpun anak anak masih kecil mereka mempunyai perasaan malu Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ada masanya boleh membuatkan anak anak terasa hati Jika anak anak membesar dalam keadaan kurang keyakinan diri dan suka merasa dirinya...
The Panasdalam Bank Feat Jason Ranti Sudah Jangan Ke Jatinangor Chord

The Panasdalam Bank Feat Jason Ranti Sudah Jangan Ke Jatinangor Chord

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 248 hits
G C G CG C G CG D Em sudah jangan ke jatinangor Bm C D ia sudah ada yang punya G D Em lebih baik diam di siniBm C D temani aa bernyanyi G C G Cdi sini G D Em demi cinta engkau berikanBm C D buku buku dan cindera mata G D Em demi cinta engka...
Jangan Risau Atau Sedih Andai Manusia Tidak Menghargai Tapi Bersedihlah Jika Kita Tidak Berharga Di Sisi Allah

Jangan Risau Atau Sedih Andai Manusia Tidak Menghargai Tapi Bersedihlah Jika Kita Tidak Berharga Di Sisi Allah

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 183 hits
Tak perlulah berharap supaya orang menghargai apa yang kita pernah buat atau apa yang kita pernah tolong Berharap kita dihargai akan membuat kita jadi manusia penyedih dan suka mengungkit Biarlah tak dihargai tak apa teruskan memberi Daripa...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Guna Vaseline Untuk Kecantikan Ini Rahsia

Satay Buaya Dan Kisah Tom Yam Paste Yang Dibuang Di Airport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak