Jangan Mudah Tertipu Dakwaan Kononnya Jadi Mangsa Pekerjaan Di Myanmar Pdrm


Kerajaan Kemboja Melaporkan Ada Mangsa Sindiket Pekerjaan Sebenarnya Berhutang Ahlong dan Kalah Dalam Perjudian Terkejut juga saya semasa menonton liputan khas sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dan Kemboja di slot rancangan 999, TV3 tadi. Sindiket penipuan ini didakwa aktif dan giat menipu rakyat negara kita Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan di sana. Namun begitu, setelah mangsa ke sana untuk bekerja, mangsa kemudiannya dipaksa menjadi buruh paksa dan juga buruh seks.
Sejak tahun lalu, banyak juga berita dan rayuan daripada ibu bapa yang meminta anak dan ahli keluarga mereka diselamatkan oleh kerajaan Malaysia. Dakwa mereka, anak mereka telah merayu supaya diselamatkan kerana telah ditipu ejen pekerjaan dan kini sedang ditahan secara haram. Kerajaan Malaysia juga dilihat telah banyak mengambil langkah pantas dan diplomatik dengan membawa pulang rakyat Malaysia yang sedang ditahan di sana.

Dalam perkembangan yang sama, lain pula nada PDRM di 999 TV3 tadi. Menurut jurucakap PDRM, ada di kalangan individu yang mendakwa mereka ‘ditipu’ ini sebenarnya tidak ditipu pun. Sebaliknya, ramai dari kalangan mereka sebenarnya terlibat dalam jenayah penipuan dan sedang diburu di sana. Tak kurang juga ada individu yang sedang ditahan di sana dan dipaksa bekerja sebenarnya terdiri daripada mereka yang kalah judi dan juga mereka yang tidak melangsaikan hutang.
Apabila siasatan dan serbuan dilakukan bersama pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan, barulah terbongkar rahsia sebenar penahanan mereka. Walaupun sedemikian, individu-individu ini tetap dibawa pulang atas faktor diplomatik dan undang-undang buruh yang menetapkan menjadi kesalahan sekiranya pekerja ditahan secara paksa.
Tambah PDRM lagi, ada juga individu-individu yang dibawa pulang ini pergi semula ke Myanmar untuk meneruskan aktiviti lama mereka kerana telah biasa dengan keadaan di sana. Pergerakan mereka telah dikesan melalui kerjasama dan risikan bersama PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia. Mereka yang dibawa pulang juga akan diperhatikan dengan ketat oleh pihak PDRM sepanjang tempoh mereka berada semula di Malaysia. Faktor desakan dan emosi ahli keluarga dijadikan alat untuk mengugut keluarga dan rakyat di Malaysia untuk menyalurkan bantuan sekaligus mendapatkan wang mudah.
Pihak PDRM menasihati pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam menerima dan membaca maklumat di internet. Kebanyakan dakwaan dipaksa menjadi buruh paksa ini tersebar di media sosial tanpa sumber dan maklumat yang sah. Kerajaan Malaysia menerusi PDRM dan pihak berkuasa Myanmar dan Kemboja sentiasa berkongsi maklumat dan siasatan pemerdagangan orang dari semasa ke semasa untuk membanteras sebarang jenayah rentas sempadan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/jangan-mudah-tertipu-dakwaan-kononnya-jadi-mangsa-pekerjaan-di-myanmar-pdrm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Yang Tak Faham Lihat Ni Dan Membaca Mudah Untuk Kefahaman Jangan Jadi Auns

Bagi Yang Tak Faham Lihat Ni Dan Membaca Mudah Untuk Kefahaman Jangan Jadi Auns

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 116 hits
Alhamdulillah ringgit mengukuh Aku dengar ada pembangkang kata ringgit naik pun tak ada kesan pada rakyat Benda mudah je Negara kita banyak import barang Urusan import eksport kebanyakannya gunakan dollar Amerika Contoh barang berharga US 1...
Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak

Tak Sangka Ada Masalah Hati Ibu Ini Pesan Jangan Ambil Mudah Masalah Kuning Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 169 hits
Masalah jaundis atau kuning adalah keadaan yang biasa dialami bayi selepas beberapa hari dilahirkan Biasanya keadaan ini berlaku sekitar dua atau tiga hari dilahirkan Apabila bayi jaundis kulit atau mata putih akan menjadi kekuningan Mengik...
Masakan Lebih Sedap Cepat Dan Mudah Dengan Santan Mawar

Masakan Lebih Sedap Cepat Dan Mudah Dengan Santan Mawar

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 125 hits
Kerja kerja memasak di dapur sememangnya mengambil masa yang agak lama serta prosesnya agak remeh dan memenatkan lebih lebih lagi bagi masakan Melayu yang banyak menggunakan bahan antara nya adalah santan Masakan seperti hidangan Rendang So...
Indonesia Jadi Ketua Asean 2023 Jokowi Akui Tidak Mudah

Indonesia Jadi Ketua Asean 2023 Jokowi Akui Tidak Mudah

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 118 hits
Presiden Joko Widodo secara resmi melakukan kick off keketuaan Indonesia pada ajang ASEAN 2023 Dalam sambutannya Jokowi menegaskan bahwa momentum Indonesia sebagai Ketua Asean tidak mudah
Pn Menang Mudah Di Negeri Sembilan

Pn Menang Mudah Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 257 hits
PN akan menyasarkan pengundi muda dan pengundi kali pertama yang dilihat menyokong gabungan itu pada PRU lalu sebagai antara strategi utama merampas Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri yang akan datang Walaupun tidak memegang sebarang ...
Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

Tengah Malam Pun Tak Tidur Lagi Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal Doktor Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 285 hits
Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal Tip y...
Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat

Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 186 hits
Baca Nasi Goreng Ikan Bilis Mudah Je Nak Buat Masak goreng dan makan sendiri lebih jimat dan bebas nak letak banyak mana ikan bilis tu Kenyang dan puas hati Hehe Bahan bahan 1 mangkuk nasi sejuk1 biji bawang besar hiris halus1 ulas bawang p...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan