Jangan Pernah Mengata Anak Orang Meragam


Jangan Pernah Mengata Anak Orang Meragam! Persoalan terdetik dalam hati ini kadangkala tanpa sengaja mak ayah akan terbuat juga. Tengok anak orang tantrum depan mata, kita pun berkata-kata sendiri dalam hati ‘kenapalah mak ayah dia tak pujuk’, ‘ini mesti salah asuhan mak ayah’ dan macam-macamlah.
Bak pesan Bonda Nor, Allah itu Maha Mendengar mak ayah. Biar pun kata-kata itu cuma dituturkan dalam hati, namun bila Allah nak uji, kita akan alami apa yang mak ayah anak tantrum itu alami.
Macam mana nak perbaiki kembali diri? Inilah cara yang Bonda Nor ajar.
Pernah Tak Rasa Terdetik Hati Rasa Tak Puas Hati.. Saya mengendalikan satu seminar parenting. Pasangan muda itu mengadukan kisah si manja mereka yang tantrum. Asyik menangis, menangis, menjerit, mengamuk. Dah buat macam-macam cara. Tak menjadi, katanya.
“Pernah tak dulu rasa rimas tengok anak orang menangis? Pernah tak terdetik kat hati tentang rasa tak puas hati pada mak ayah budak tu?”
Mereka terkejut mendengar soalan saya. Akhirnya, pelan-pelan si suami mengangguk. Pernah. Lalu segera saya menitipkan pesan.
“Banyakkan istighfar. Kalau boleh solat sunat taubat. Kadang ketika hati kita terlanjur menghakimi apa yang jadi pada orang lain, Allah akan bagi kita rasa apa yang dia rasa.” Saya tak bercakap kosong. Saya berbekalkan pengalaman sendiri.

Pesan Saya Ini Atas Dasar Pengalaman Sendiri Saya seorang ibu yang tegas. Anak pertama, kedua dan ketiga saya walaupun meragam, saya masih mampu kawal mereka dengan baik. Mereka tahu limit masing-masing. Tahu bila mama dah tarik muka masam, maknanya mereka perlu berhenti meragam.
Satu ketika, seorang anak kecil menangis tak henti-henti. Waktu tu saya letih dan nak tidur. Tangisannya benar-benar mengganggu saya.
Mula-mula saya sabar. Budak menangis? Biasalah. Tapi anak kecil itu terus menangis. Meraung. 15 minit. Setengah jam. Satu jam. Ya Allah. Saya dah mula mengeluh. Rimas!
‘Manalah mak budak ni? Takkan tak boleh nak kawal anak sendiri? Budak je kot!’
Kata-kata yang tak terluah. Cuma keluhan dalam hati.
Nah! Allah Beri Saya Rasa Apa Yang Mak Budak Tu Rasa Selepas itu saya mengandungkan anak keempat. Nah, Allah beri saya rasa apa yang mak budak tu rasa! Kali ini saya dapat anak jenis tantrum. Kalau mengamuk, habis-habisan. Kalau menangis, satu jam pun dia boleh meraung dan mengongoi secara berterusan.
Ketika itulah baru saya tahu bahawa memang ada kes anak menangis yang sukar dikendalikan. Memang ada! Dan segarang-garang saya, sepandai-pandai saya cuba menggunakan segala mak nenek psikologi yang ada, tetap gagal. Tetap tak mampu nak kawal! Astaghfirullah.
Jangan main-main dengan persoalan lintasan hati. Mulut tak ucap pun. Tak ada hati sesiapa yang kita sakitkan pun. Tapi Allah Maha Mendengar. Dan Allah bersedia untuk ‘mengajar’ agar kita cepat tersedar. Pengajarannya besar. Jangan nak rasa diri lebih baik daripada orang! Jangan jadi macam syaitan yang rasa dirinya lebih baik daripada Adam!
Allah.. Allah..

Bila Rasa Terdetik Dalam Hati, Cepat-cepat Istighfar Sungguh sejak peristiwa tu, bila sesekali terdetik rasa tak puas hati dengan orang itu ini, saya cepat-cepat bilas dengan istighfar. Takut nak kutuk orang. Takut Allah balikkan pada diri sendiri. Lintasan hati je pun! Tapi saya dah rasa kesannya. Ya Allah, takutnya! Seksa!
Baru-baru ni saya berbual dengan seorang ‘kakak’ yang saya hormati. Tersentak saya bila beliau menceritakan tentang anaknya yang ditangkap polis kerana kes dadah. Sungguh, saya sangat mengagumi kebaikan dan ketenangannya. Tampak keibuan. Tampak wibawa. Suaminya juga orang hebat. Orang yang dihormati dalam masyarakat.
Tapi anaknya terlibat dengan dadah. Dah beberapa kali ditangkap polis. Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?
“Dulu, ada anak kawan akak terlibat dengan dadah. Mak ustazah. Ayah ada PHD. Terdetik kat hati akak, agaknya mak budak ni sibuk sangat sambung belajar ambil master sampai anak-anak terbiar macam tu.
Masa tu, akak sendiri pun sedang teringin nak ambil master. Nak sangat. Tapi akak batalkan. Sebab akak takut anak akak jadi terbiar macam anak dia. Akak ingat bila akak tak ambil master, anak akak baik-baik je. Tapi tak!
Allah tunjukkan pada akak satu pengajaran. Takdir Allah ni jangan kita nak pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Jangan kita pandai-pandai nak judge orang itu orang ini. Akak tak ambil master sebab takut anak terlibat dengan dadah macam anak dia. Tapi anak akak sama juga, Menagih juga! Allah…”
Allah Ajar.. ‘Jangan Pandai Pandai Nak Judge Orang Itu Ini’
Berderau darah saya mendengar ceritanya. Menggeletar jiwa memikirkan betapa Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar walaupun pada sekecil-kecil perkara yang terlintas di fikiran kita.
Kalau hal yang terlintas di fikiran pun kita Allah balas, apatah lagi jika yang kita cakap dengan lepas. Kita tengok orang itu perangai begini dan begini, kita kutuk, kita caci. Hati-hati, terlalu besar potensi untuk keburukan itu berbalik pada diri sendiri!
Cuba kita tengok pasangan kita, anak-anak kita. Apa yang kita tak puas hati dengan dia? Apa masalah dia? Kita duduk diam-diam, kita muhasabah balik diri kita. Kita cuba cari punca. Adakah semua masalah yang berlaku itu ujian atau hukuman?
Takut-takut kesilapan yang dilakukan oleh mereka itu sebenarnya berpunca daripada kejahatan mulut kita sendiri atau pun mungkin pada sekecil-kecil perkara yang terlintas di dalam hati.
Insya-Allah, sama-sama kita cuci balik semua kesilapan kita dengan banyakkan beristighfar dan solat sunat taubat. Mudah-mudahan Allah terima dan perbetulkan kembali hidup kita.
Kami memohon keampunan-Mu, Ya Allah.
Sumber: Bonda Nor Via Mingguan Wanita
The post Jangan Pernah Mengata Anak Orang Meragam! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jangan-pernah-mengata-anak-orang-meragam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Panik Walaupun Anak Dah Darjah Satu Dan Tak Boleh Membaca

Jangan Panik Walaupun Anak Dah Darjah Satu Dan Tak Boleh Membaca

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 395 hits
Oleh Anak tak boleh baca lagi semasa darjah satu Ok sebelum mak ayah panik kita cek dulu 1 Anak anda ada sebarang masalah pembelajaran atau kesihatan yang disahkan oleh pakar Jika tiada JANGAN PANIK 2 Anak anda boleh bercakap dan berkomunik...
Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang

Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 617 hits
Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang Wanita hatinya setipis kulit bawang Diciptakan dengan penuh kelembutan kasih sayang dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya ...
Telinga Anak Masuk Lipas Mama Jangan Cuba Keluarkan Tapi Ikut Tip Dari Doktor Ni

Telinga Anak Masuk Lipas Mama Jangan Cuba Keluarkan Tapi Ikut Tip Dari Doktor Ni

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 345 hits
Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut Sebenarnya bi...
Smiggle Dan At Takathur Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan Sejak Kecil Ni Tanggungjawab Kita

Smiggle Dan At Takathur Didik Anak Jangan Bermegah Dengan Kemewahan Sejak Kecil Ni Tanggungjawab Kita

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 378 hits
Hari ni mama berlumba lumba nak penuhi permintaan anak Belikan beg bekas air bekas pensil dan pelbagai aksesori berjenama Tak salah pun jika berkemampuan namun janganlah didik anak kita untuk bermegah megah dengan orang lain yang tidak mamp...
Kalau Anak Ada Ekzema Ini Yang Jangan Dan Perlu Mama Papa Ambil Tahu

Kalau Anak Ada Ekzema Ini Yang Jangan Dan Perlu Mama Papa Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 367 hits
Ekzema biasa terjadi kepada bayi atau kanak kanak Ia adalah radang kulit yang disertai dengan bengkak gatal dan ruam merah Kadang kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan Lazimnya ekzem...
Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Tapi Didik Anak Kita Jadi Pemaaf

Jangan Ajar Anak Salahkan Orang Lain Tapi Didik Anak Kita Jadi Pemaaf

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 345 hits
Bila anak kita menangis terlanggar kerusi tersepak batu atau apa saja kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek objek berkenaan Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain Kita nampak hal ini seakan remeh ...
Pernah Tak Anak Anda Menyusun Barang Mainan Dengan Sangat Teliti Inilah Sebabnya

Pernah Tak Anak Anda Menyusun Barang Mainan Dengan Sangat Teliti Inilah Sebabnya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 264 hits
Dari perspektif psikologi kanak kanak menyusan barang permainan merupakan satu bentuk keseronokan untuk meneroka sekeliling Ia boleh terjadi kerana dua perkara iaitu pertama obsessive dan habitual Apabila mereka bermain seorang diri mereka ...
Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

Ambil Flight Malam Supaya Anak Tidur Lama Ezzaty Abdullah Kongsi Tip Mudah Anak Tak Meragam Dalam Flight

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 398 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah dan suami Azwan kombos bersama anaknya Harum Dahlia kelihatan berada di Dhubai Apa yang menariknya Pelakon andainya takdir 2 ini telah berkongsi tip kendali bayi ketika dalam penerbangan Beliau telah berkongsi tip di...
Jangan Risau Anak Susah Dengar Cakap Tapi Takutlah Jika Mereka Perhati Perbuatan Mak Ayah

Jangan Risau Anak Susah Dengar Cakap Tapi Takutlah Jika Mereka Perhati Perbuatan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 366 hits
Jangan takut anak anak susah nak dengar cakap Tapi takutlah anak anak kerana mereka sentiasa memerhatikan kita Sebab itulah tanda parenting yang baik sebenarnya bukan terletak kepada bagaimana anak kita behave tetapi sebenarnya terletak kep...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik