Jangan Perlekeh Rakyat Daim Beritahu Kerajaan


FMT Reporters
-March 31, 2019 1:02 PM
Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin berkata, rakyat tidak suka sekiranya mereka dilayan seperti orang bodoh.
PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak memperlekehkan rakyat dan melayan mereka seperti orang bodoh.

Mengakui bahawa “perasaan seronok” yang terhasil daripada pilihan raya umum ke-14 tahun lepas semakin menghilang, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin berkata, perasaan itu kini digantikan dengan perasaan tidak puas hati yang semakin banyak.

“Saya yakin dengan rakyat. Mereka lebih pandai daripada sangkaan anda.

“Jika anda jujur, mereka akan faham. Jangan pandaang mudah rakyat. Rakyat tidak suka kalau anda layan mereka seperti orang bodoh,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar Sunday Star.

Ketika ditanya tentang pencapaian kerajaan PH, bekas menteri kewangan itu berkata, lebih penting ialah bagaimana rakyat menilai prestasi itu.

Katanya, PH masih “sangat muda” dan pemimpinnya mesti meneroka matlamat dan prinsip bersama yang boleh dikongsi dan perjuangkan oleh kesemua anggota pakatan politik itu.

“Pakatan perlu fokus pada kekuatannya, iaitu komitmen pada demokrasi dan janji untuk memperkuat institusi perlembagaan kita,” kata beliau.

Dalam temu bual 90 minit itu, ketika ditanya jika wujud masalah dari sudut perkongsian kuasa dan kebolehan menteri yang dilantik menganggotai Kabinet, Daim berkata, “PH masih di peringkat umur kanak-kanak”.

“Jadi isu awal seperti perkongsian kuasa akan timbul kerana tidak semua orang tidak mementingkan diri sendiri.

“Bagaimanapun perwakilan parti komponen dalam Kabinet seimbang. Tidak seperti Barisan Nasional (BN), PH tidak mengamalkan kaedah perwakilan berkadar. Semua anggota setaraf,” katanya.

Daim juga mengemukakan pandangannya mengenai beberapa isu lain.

Pengganti Dr Mahathir

Ditanya tentang calon terbaik bagi menggantikan Dr Mahathr Mohamad sebagai perdana menteri, Daim berkata, “individu yang mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen”.

“…tetapi perkara ini telah diputuskan. Saya tidak faham kenapa ia terus dibangkitkan.

“Ada beberapa pihak yang suka mengambil peluang di atas ketidakstabilan. Mari kita tumpukan perhatian kepada ekonomi, sekali gus menyelesaikan isu yang akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.”

Daim berkata, tidak ada salahnya jika sebuah parti politik mahu bekerjasama dengan parti politik yang lain.

“Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda berkata kerjasama anda adalah bagi memperjuangkan kaum atau agama tertentu.”

Politik perkauman

Daim berkata, politik perkauman tidaklah semakin memecahbelahkan, sebaliknya politik kini semakin berpecah mengikut garis perkauman.

“Ia mungkin bermula sebagai satu bentuk “permainan” yang dimainkan oleh ahli politik untuk mendapat sokongan, tetapi akan tiba ketikanya apabila ahli politik tidak berupaya mengawal emosi dan tindakan penyokong mereka.

“Ahli politik akan membangkitkan semangat mereka sehingga ia meluap-luap, akan tetapi apabila ia tidak dapat dikawal, mereka (ahli politik) akan berlepas tangan. Negara rugi, rakyat akan menderita akibatnya,”

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

“Kita tidak boleh lari daripada kenyataan ini. Malaysia dibangunkan dengan darah, peluh dan air mata semua kaum yang bekerja bersama-sama.”

Mengetuai CEP dan rundingan ECRL

Ketika ditanya apakah beliau bimbang sekiranya pelantikannya sebagai pengerusi CEP dan mengetuai beberapa tugas kerajaan seperti rundingan ECRL dengan China tidak diterima baik dalam kalangan sesetengah anggota PH, Daim berkata, beliau tidak terdengar rasa tidak puas hati sebegitu.

Sebilangan penulis blog mencadangkan saya tidak mengetuai rundingan tersebut.

“Hakikatnya tidak ramai menteri dalam PH yang mempunyai apa-apa pengalaman berunding dengan China. Saya mendapat peluang dan mempunyai pengalaman bekerja dengan kerajaan China selama bertahun-tahun dan berjaya menjalin hubungan berharga dengan mereka.

“Saya percaya sekiranya negara mendapat manfaat daripada rundingan yang saya kendalikan sekarang, maka mereka yang dikatakan tidak gembira itu akan menerimanya dengan baik.”

Beliau bersetuju dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa rundingan itu mengambil masa dan rumit.

“Beliau (Lim) sibuk dan untuk mengurus semua rundingan 2 hala ini akan menyebabkan beliau terpaksa menghabiskan masanya untuk satu perkara sahaja.

“Saya telah membantu kerajaan dalam isu rundingan 2 hala sejak tahun 80-an. Saya gembira sekiranya dapat menyerahkan rundingan itu kepada mana-mana orang yang berminat. Saya tahu (Tan Sri) Rafidah Aziz, antara lain, ada pengalaman dalam bidang ini.”

Ditanya sama ada beliau akan mengubah mana-mana syor CEP dalam keadaan sekarang, Daim berkata, “saya tidak boleh beritahu anda tentang itu kerana ia bermakna saya akan mendedahkan kandungan laporan CEP. Hanya perdana menteri boleh berbuat demikian.

“Sebagai anggota CEP kami tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

“Ada yang menulis dan berkata bahawa CEP menggugat kedudukan Kabinet. Jelas ada pihak yang tidak memahami Perlembagaan kita. Untuk pengetahuan anda, sesetengah negara mempunyai CEP dalam versi tertentu sebagai sebuah institusi kekal. Anda fikir ia menggugat Kabinet mereka?”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/jangan-perlekeh-rakyat-daim-beritahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daim Rakyat Tak Suka Kerajaan Layan Seperti Orang Bodoh

Daim Rakyat Tak Suka Kerajaan Layan Seperti Orang Bodoh

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 388 hits
Kerajaan Pakatan Harapan dinasihatkan supaya tidak memperlekehkan rakyat dan melayan mereka seperti orang bodoh Tun Daim Zainuddin mengakui kegembiraan hasil kemenangan pilihan raya umum ke 14 semakin pudar pengerusi Majlis Penasihat Keraja...
Jangan Perlekeh Kerjaya Di Bidang Seni Cikgu Hafiz

Jangan Perlekeh Kerjaya Di Bidang Seni Cikgu Hafiz

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 482 hits
Imej via JANGAN PERNAH HINA KERJAYA SENI Artikel ini saya ingin kongsikan kepada semua terutamanya kepada adik adik yang kreatif dan minat dalam bidang seni namun masih keliru untuk memilih bidang pengajian Saya juga pernah alami situasi ya...
Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 766 hits
Malaysia Baru Selamatkan Malaysia Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malay...
Rum Jangan Cuba Sabotaj Usaha Kerajaan Pakatan Harapan Dalam Me Reformasikan Ktmb

Rum Jangan Cuba Sabotaj Usaha Kerajaan Pakatan Harapan Dalam Me Reformasikan Ktmb

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 457 hits
Kami di KLChronicle merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Railwaymen Union Malaysia yang telah mempersoalkan keputusan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan usaha usaha yang akan dan bakal dilakukan oleh Menteri...
Rakyat Lebih Kecewa Dengan Kerajaan Zahid

Rakyat Lebih Kecewa Dengan Kerajaan Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 352 hits
Saya ingin memetik kenyataan dalam sebuah akhbar yang mana Ketua Kerajaan PH sendiri melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran PH yang didakwanya kurang menunjukkan prestasi Menurut beliau lagi bukan hanya Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul...
Jokowi Minta Amien Rais Jangan Menakut Nakuti Rakyat Soal People Power

Jokowi Minta Amien Rais Jangan Menakut Nakuti Rakyat Soal People Power

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 294 hits
Jokowi Minta Amien Rais Jangan Menakut nakuti Rakyat soal People Power Menurut Jokowi sudah ada mekanisme aturan yang berlaku Jika Amien merasa ada kecurangan Jokowi sarankan mantan ketua MPR itu untuk melaporkan ke Bawaslu atau polisi bila...
Projek Hub Kapal Pemimpin Ph Jangan Memperbodohkan Rakyat

Projek Hub Kapal Pemimpin Ph Jangan Memperbodohkan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 263 hits
Janganlah memperbodohkan rakyat lagi sudah hampir setahun dibohongi janji janji palsu selama ini Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah yang mempertikaikan kesibukan Exco Perdagangan Antarabangsa Pelabu...
Malaysia Wan Azizah Ph Bukan Kerajaan Sepenggal Jangan Bagi Bn Perintah Malaysia Lagi

Malaysia Wan Azizah Ph Bukan Kerajaan Sepenggal Jangan Bagi Bn Perintah Malaysia Lagi

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 297 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Foto Astro AwaniTERENGGANU Rakyat diharap jangan labelkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan sepenggal dan dibandingkan dengan rejim Umno BN yang merosakkan negara selepas diberi pe...
Pekebun Hilang Rezeki Kerajaan Negeri Tegas Demi Rakyat

Pekebun Hilang Rezeki Kerajaan Negeri Tegas Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 361 hits
CAMERON HIGHLANDS Hilang punca pendapatan selain perlu menanggung bayaran balik pinjaman institusi kewangan itulah antara masalah yang dihadapi pekebun kecil Kuala Terla di sini berikutan tindakan Kerajaan Negeri Pahang menutup 11 kebun bul...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui