Daim Rakyat Tak Suka Kerajaan Layan Seperti Orang Bodoh


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak memperlekehkan rakyat dan melayan mereka seperti orang bodoh.
Tun Daim Zainuddin mengakui kegembiraan hasil kemenangan pilihan raya umum ke-14 semakin pudar, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata, perasaan itu kini digantikan dengan perasaan tidak puas hati yang semakin banyak.
“Saya yakin dengan rakyat. Mereka lebih pandai daripada sangkaan anda.
“Jika anda jujur, mereka akan faham. Jangan pandang mudah rakyat. Rakyat tidak suka kalau anda layan mereka seperti orang bodoh,” katanya dalam temu bual dengan akhbar Sunday Star.
Berkenaan pencapaian kerajaan PH, bekas menteri kewangan itu berkata, lebih penting ialah bagaimana rakyat menilai prestasi mereka.
“Pakatan perlu fokus pada kekuatannya, iaitu komitmen pada demokrasi dan janji untuk memperkuat institusi perlembagaan kita,” katanya.
Dalam temu bual 90 minit itu, ketika ditanya jika wujud masalah dari sudut perkongsian kuasa dan kebolehan menteri yang dilantik menganggotai Kabinet, Daim berkata, “PH masih di peringkat umur kanak-kanak”.
Berkenaan calon menggantikan Dr Mahathr Mohamad sebagai perdana menteri, Daim berkata, “individu yang mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen”.
“Perkara ini telah diputuskan. Saya tidak faham kenapa ia terus dibangkitkan.
“Ada beberapa pihak yang suka mengambil peluang di atas ketidakstabilan. Mari kita tumpukan perhatian kepada ekonomi, sekali gus menyelesaikan isu yang akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia,” jelasnya.
Daim turut berkata, tidak ada salahnya jika sebuah parti politik mahu bekerjasama dengan parti politik yang lain.
“Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda berkata kerjasama anda adalah bagi memperjuangkan kaum atau agama tertentu.”
Daim berkata, politik perkauman tidaklah semakin memecahbelahkan, sebaliknya politik kini semakin berpecah mengikut garis perkauman.
“Ia mungkin bermula sebagai satu bentuk “permainan” yang dimainkan oleh ahli politik untuk mendapat sokongan, tetapi akan tiba ketikanya apabila ahli politik tidak berupaya mengawal emosi dan tindakan penyokong mereka.
“Ahli politik akan membangkitkan semangat mereka sehingga ia meluap-luap, akan tetapi apabila ia tidak dapat dikawal, mereka (ahli politik) akan berlepas tangan. Negara rugi, rakyat akan menderita akibatnya,”
Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum dan agama.
“Kita tidak boleh lari daripada kenyataan ini. Malaysia dibangunkan dengan darah, peluh dan air mata semua kaum yang bekerja bersama-sama,” tegasnya.
KLIK BACA: Tun Mahathir akui sangat tua masa tak banyak lagi untuk jadi PM
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Daim: Rakyat tak suka kerajaan layan seperti orang bodoh appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191355/daim-rakyat-tak-suka-kerajaan-layan-seperti-orang-bodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Perlekeh Rakyat Daim Beritahu Kerajaan

Jangan Perlekeh Rakyat Daim Beritahu Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 330 hits
March 31 2019 1 02 PMBekas menteri kewangan Daim Zainuddin berkata rakyat tidak suka sekiranya mereka dilayan seperti orang bodoh PETALING JAYA Kerajaan Pakatan Harapan dinasihatkan supaya tidak memperlekehkan rakyat dan melayan mereka sepe...
Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 444 hits
Carousell salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia baru baru ini melancarkan kempen MakeSpaceForLove untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjual barangan bekas kekasih mereka di atas platform Kajian da...
Rakyat Lebih Kecewa Dengan Kerajaan Zahid

Rakyat Lebih Kecewa Dengan Kerajaan Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 427 hits
Saya ingin memetik kenyataan dalam sebuah akhbar yang mana Ketua Kerajaan PH sendiri melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran PH yang didakwanya kurang menunjukkan prestasi Menurut beliau lagi bukan hanya Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul...
Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

Jasa Kerajaan Pakatan Harapan Kepada Rakyat Malaysia Selepas 10 Bulan Memerintah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 791 hits
Malaysia Baru Selamatkan Malaysia Apa Yang Baru Dan Apa Yang Dah Selamat Dalam kempen PRU 14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak puak2 Pakatan Harapan jadikan slogan Malaysia Baru dan Selamatkan Malay...
Pekebun Hilang Rezeki Kerajaan Negeri Tegas Demi Rakyat

Pekebun Hilang Rezeki Kerajaan Negeri Tegas Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 389 hits
CAMERON HIGHLANDS Hilang punca pendapatan selain perlu menanggung bayaran balik pinjaman institusi kewangan itulah antara masalah yang dihadapi pekebun kecil Kuala Terla di sini berikutan tindakan Kerajaan Negeri Pahang menutup 11 kebun bul...
Prabowo Bocorkan Elite Yang Curi Duit Rakyat Suka Bagi Bagi Amplop

Prabowo Bocorkan Elite Yang Curi Duit Rakyat Suka Bagi Bagi Amplop

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 259 hits
Dalam setiap kampanyenya Capres nomor urut 02 Prabowo Subianto kerap menyindir elite Jakarta yang tak peduli dengan nasib rakyat Elite itu selalu disebut memikirkan diri sendiri dan kelompoknya saja Bahkan saat kampanye di Mataram 26 Maret ...
Prk Semenyih Jadi Bukti Rakyat Tolak Ph Yang Hanya Tahu Salahkan Kerajaan Dahulu Ismail Sabri

Prk Semenyih Jadi Bukti Rakyat Tolak Ph Yang Hanya Tahu Salahkan Kerajaan Dahulu Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 260 hits
SEMENYIH 24 Mac Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih memberi kesan yang amat besar kepada masyarakat Katanya ba
Kj Bidas Nga Kor Ming Perkataan Bodoh Dalam Dewan Rakyat

Kj Bidas Nga Kor Ming Perkataan Bodoh Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 331 hits
Kesucian Dewan Rakyat Tercemar Kerana Sikap Timbalan SpeakerTimbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat YB Nga Kor Ming telah meminta saya untuk membuat permohonan maaf kerana perkataan Taliban yang telah saya sebutkan ketika sesi Soalan Lisan di ...
Cukuplah Rakyat Sudah Benci Ph Guna Naratif Salah Kerajaan Dahulu Pas Kedah

Cukuplah Rakyat Sudah Benci Ph Guna Naratif Salah Kerajaan Dahulu Pas Kedah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 430 hits
Pas negeri ini sekali lagi mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan supaya berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu termasuk dalam soal pengurusan Lembaga Tabung Haji kerana rakyat sudah semakin benci dan muak dengan naratif seperti itu Dalam m...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga