Jangan Perkecil Kebijaksanaan Rakyat Mca Sabah Beritahu Maszlee


Tracy Patrick Wanita MCA Sabah Dr Pamelo Yong berkata, menteri pendidikan sepatutnya merangka dasar yang berkesan bagi menjamin pelajar sekolah di Sabah dan Sarawak dapat menghadiri kelas dengan  lebih mudah.KOTA KINABALU: Ketua Wanita MCA Sabah Dr Pamela Yong menolak penjelasan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa kenyataan beliau mahu menjadikan Sabah dan Sarawak “medan dakwah” telah disalah tafsir.

Bercakap kepada FMT hari ini, Yong berkata penjelasan Mszlee lebih mengecewakan kerana ia memperkecilkan kebijaksanaan rakyat.
Ketua Wanita MCA Sabah, Dr Pamela Yong.“Siapakah yang tidak tahu perkataan ‘dakwah’ biasanya digunakan dalam konteks penyebaran agama, dan dipopularkan oleh bekas menteri pendidikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan 1980-an dahulu?

“Lebih buruk lagi, Maszlee berkata, ‘dakwah” dalam Islam bererti melakukan kerja-kerja baik, yang juga boleh dilakukan oleh orang bukan-Islam.”

“Apakah sebenarnya maksud beliau? Bahawa orang bukan-Islam kini tidak membuat kerja-kerja baik, justeru sangat memerlukan pedoman sedemikian?

“Andaian begitu tidak selayaknya dibuat oleh seorang menteri pusat dan hanya berperanan menyemai benih sikap saling tidak mempercayai selain menyuburkan rasa mulia dalam satu kumpulan masyarakat terhadap yang lain,” katanya.

Maszlee sebelum ini menggunakan istilah “dakwah” ketika menggesa guru agama dari Semenanjung supaya terus kekal berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, istilah tersebut perlu dilihat dalam konteks lebih luas, bukannya terhad kepada usaha pengislaman orang bukan Islam.

“Dakwah dalam Islam harus difahami sebagai usaha membawa manusia kepada kebaikan dan ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara, termasuk sebagai pendidik atau guru.

Merujuk kepada isu kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak, menteri itu berkata, istilah yang digunakan dalam kenyataannya telah disalah tafsir sebagai usaha mengislamkan orang bukan-Islam di 2 negeri itu.

Yong berkata, Maszlee tampak sibuk dengan perkara remeh seperti menukar kasut dan stokin putih pelajar sekolah kepada warna hitam dan meminta hotel membenarkan kolam renang mereka digunakan pelajar sekolah untuk belajar berenang, sedangkan beliau sepatutnya memberi perhatian kepada “isu besar” dalam pendidikan.

Ini termasuklah pengagihan peruntukan sebanyak RM50 juta yang dijanjikan kepada sekolah Cina dan pengiktirafan segera Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC).

Selain itu katanya, Maszlee sepatutnya merangka dasar yang berkesan bagi menjamin pelajar sekolah di Sabah dan Sarawak dapat menghadiri kelas dengan lebih mudah.

Beliau berkata, ini kerana ramai kanak-kanak pribumi di kawasan terpencil yang terpaksa berjalan kaki dan menyeberangi sungai selama beberapa jam untuk ke sekolah.

“Pendidikan adalah jalan keluar daripada kemiskinan. Maszlee perlu lebih prihatin terhadap usaha membina lebih banyak sekolah atau aling tidak asrama untuk pelajar luar bandar bagi meningkatkan akses pendidikan, selain kelas tuisyen lepas sekolah bagi memperkukuh proses pembelajaran mereka.

“Menteri pendidikan perlu berhenti menyalahgunakan kuasa beliau dalam usahanya menjadikan sekolah di Sabah dan Sarawak sebagai pusat “pembasuhan otak” dan mengeksploitasi kanak-kanak luar bandar untuk dijadikan sasaran mudah beliau.

“Saya juga mengalu-alukan respons Timbalan Menteri Pendidikan, Teoh Nie Ching, dalam isu ini. Sikap diamnya sangat mendukacitakan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/jangan-perkecil-kebijaksanaan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Insult People S Intelligence Sabah Mca Tells Maszlee

Don T Insult People S Intelligence Sabah Mca Tells Maszlee

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 359 hits
Sabah MCA Wanita chief Dr Pamela Yong says the education minister should concentrate on providing easier accessibility for Sabah and Sarawak schoolchildren who now have to travel long distances on foot or by boat KOTA KINABALU Sabah MCA Wan...
Who Will Hold Govt Accountable If Everyone Jumps Ship Mca Asks After Sabah Exodus

Who Will Hold Govt Accountable If Everyone Jumps Ship Mca Asks After Sabah Exodus

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 343 hits
The Sabah Umno leaders who quit the party on Wednesday and pledged support for the Pakatan Harapan government PETALING JAYA MCA today criticised the exodus of leaders from Sabah Umno and their pledge of loyalty to Pakatan Harapan asking who...
Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

Kenyataan Waytha Isu Icerd Kerajaan Ph Jangan Cuba Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR 12 Dis UMNO mendesak agar kerajaan pimpinan Pakatan Harapan membuat pendirian tegas berkaitan kenyataan Menteri Perpaduan Senator P Waytha Moorthy iaitu Malaysia akan memberi komitmen untuk tanda tangan enam triti hak asasi man...
Jangan Halang Pas Demo Icerd Rakyat Hakim Negara Idris Ahmad

Jangan Halang Pas Demo Icerd Rakyat Hakim Negara Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 496 hits
Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan terutama bekas anggota parti itu bahawa mereka pernah menjadi kaki demo supaya jangan lupa dengan apa yang pernah mereka lakukan dulu Idris berkata bermacam macam usaha dil...
Prabowo Sebut Indonesia Akan Punah Mendagri Sindir Jangan Buat Pesimis Rakyat

Prabowo Sebut Indonesia Akan Punah Mendagri Sindir Jangan Buat Pesimis Rakyat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 260 hits
Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo menanggapi pernyataan Capres nomor urut 02 Prabowo Subianto yang menyebut Indonesia akan punah jika dia tidak terpilih pada Pilpres 2019 Menurut Tjahjo sebagai calon pemimpin seharusnya Prabowo tidak membu...
Jangan Pecat Waytha Maszlee Mereka Aset Kj

Jangan Pecat Waytha Maszlee Mereka Aset Kj

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 408 hits
Jangan terkejut di saat ratusan ribu orang menandatangani petisyen mendesak supaya Dr Mahathir Mohamad memecat P Waythamoorthy seorang bekas pemimpin kanan Umno tampil membela senator terbabit Hanya menggunakan ciapan di Twitter Khairy Jama...
Guru Terengganu Kelantan Dinasihat Terus Berbakti Di Sabah Sarawak Maszlee

Guru Terengganu Kelantan Dinasihat Terus Berbakti Di Sabah Sarawak Maszlee

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal Sehubungan itu Menterinya Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara sebalik...
Umno Sabah Lumpuh 13 Wakil Rakyat Pemimpin Kanan Keluar Parti

Umno Sabah Lumpuh 13 Wakil Rakyat Pemimpin Kanan Keluar Parti

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 684 hits
December 12 2018 2 27 PMHajiji Md Noor bercakap kepada media sambil ditemani Adun Karanaan Masidi Manjun dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee KOTA KINABALU Umno Sabah kini lumpuh apabila Pengerusinya Datuk Hajiji Mohd Noor bersama sekum...
Sabah Council Of Churches Urges Maszlee To Respect Constitution

Sabah Council Of Churches Urges Maszlee To Respect Constitution

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 367 hits
KOTA KINABALU Following his remarks on turning Sabah and Sarawak into medan dakwah for Islamic religious teachers Education Minister Dr Maszlee Malik has been asked to respect the Constitution with regards to the rights of the two states In...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9