Jangan Percaya Dap Akan Sokong Agenda Islam Melayu Tun Faisal


agendaily.com06/08/2023Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengingatkan pengundi agar tidak terus percaya kepada janji DAP untuk menyokong agenda Islam dan Melayu.

Menurutnya, selagi tiada perjanjian bertulis, jangan terpedaya dengan parti itu.

“Begitu terdesaknya PH-BN hari ini selepas melihat besarnya gelombang rakyat dan gelombang Sanusi sehingga DAP pun kata mereka boleh menyokong agenda Islam dan Melayu.

“Jangan tertipu kerana dulu Lee Kuan Yew sanggup pakai songkok untuk raih undi Melayu Singapura. Othman Wok juga dipergunakan untuk mempengaruhi orang Melayu.

“Selagi tiada perjanjian bertulis, jangan sesekali kita terpedaya dengan DAP. Cukuplah rakyat tertipu dengan dua orang Melayu PKR dan Melayu UMNO.

“Seorang Melayu PKR menipu rakyat dengan pelbagai janji dan tuduhan palsu. Seorang lagi Melayu UMNO yang sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menipu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mencabar Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk membuat perjanjian bertulis dan pindaan Perlembagaan DAP mengenai dasar serta ideologi parti itu.

“Jika Anthony Loke tidak berani dan tidak mampu, maka ia hanya satu lagi penipuan PH-BN kerana terdesak untuk meraih undi Melayu,” katanya.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang perlu dimasukkan dalam perjanjian tersebut termasuklah membatalkan Deklarasi Setapak, agenda Malaysian Malaysia dan yang seumpama dengannya.

“Menggantikan dan memansuhkan segala pernyataan dalam Perlembagaan DAP yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular dan menyatakan sokongan dan pengakuan bahawa Agama Persekutuan adalah Islam.

“Menghentikan segala agenda kesamarataan agama dan mesti mengakui kedudukan Islam di dalam negara ini mengatasi kedudukan mana-mana agama dan kepercayaan.

“Menghentikan segala agenda kesamarataan kaum dan memperakui peruntukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di dalam perlembagaan termasuk tindakan-tindakan kerajaan untuk memastikan ia berkuat kuasa dan terlaksana,” katanya.

Selain itu, beliau turut menuntut DAP menyokong RUU355 dan pelaksanaannya di negeri serta menyokong segala usaha mengukuhkan kuasa dan kedudukan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam

“Menyokong enakmen yang menghalang penyebaran agama lain terhadap umat Islam dan enakmen yang menghalang umat Islam daripada menukar agama dan murtad.

“Menyokong dan meneruskan rayuan terhadap kes Kalimah Allah dan menyokong usaha untuk menghalang Kalimah Allah menggantikan Biblical God,” katanya.

Malah bekas pemimpin UMNO itu menyeru agar segala agenda liberal dan asing yang mahu menyamaratakan kedudukan agama dan kaum menggugat kedudukan Raja-raja Melayu dihentikan dan dihalang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/jangan-percaya-dap-akan-sokong-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap S Interference With Islam A Reason Why Ties Severed Says Hadi

Dap S Interference With Islam A Reason Why Ties Severed Says Hadi

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 381 hits
The Marang MP added that PAS opposed the proposal to reintroduce municipal elections which were abolished after the May 13 1969 incident as its implementation caused tensions between racial groups DAP s interference with matters involving I...
Lau Tanding Kerusi Melayu Kerana Takut Dap Kata Pemimpin Pas P Pinang

Lau Tanding Kerusi Melayu Kerana Takut Dap Kata Pemimpin Pas P Pinang

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 260 hits
Dominic Lau akan mewakili Perikatan Nasional di Bayan Lepas walaupun dibantah ahli PAS kawasan itu PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang membidas Presiden Gerakan Dominic Lau kerana didakwa memungkiri janjinya apabila bertanding d...
Janji Orang Politik Boleh Dengar Tapi Jangan Terlalu Percaya

Janji Orang Politik Boleh Dengar Tapi Jangan Terlalu Percaya

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 252 hits
freemalaysiatoday com 30 Jul 2023 9 00amSilaplah jika mudah termakan jaminan dan ikrar kerana ia mungkin tidak bermakna apa apa Kalau dah free tolong call balik Itu satu pesanan WhatsApp yang saya terima ketika sedang bekerja di tempat baru...
Nazri Dap Menang Banyak Pun Pm Tetap Melayu

Nazri Dap Menang Banyak Pun Pm Tetap Melayu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 339 hits
BERITAHaspaizi ZainMeskipun DAP menang besar dan bersama dalam kerajaan perpaduan namun jawatan perdana menteri dan menteri besar tetap diterajui oleh orang Melayu kata bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno Nazri Aziz Jelasnya dakwaan oran...
Jangan Pandang Mudah Faktor Sanusi Kata Pemimpin Dap

Jangan Pandang Mudah Faktor Sanusi Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 363 hits
Seorang pemimpin kanan DAP berkata insiden baru baru ini seperti Sanusi Nor ditahan pada 3 pagi bertukar menjadi kelebihan buat Perikatan Nasional Seorang pemimpin kanan DAP berkata Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak boleh memandang...
Dapat Skrip Setiap Pagi Mimi Lana Minta Jangan Banding Drama Melayu Dengan K Drama

Dapat Skrip Setiap Pagi Mimi Lana Minta Jangan Banding Drama Melayu Dengan K Drama

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 534 hits
Umum mengetahui bahawa K Dram sudah jauh ke hadapan kalau nak dibandingkan dengan drama dari negara lain termasuklah Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Mimi Lana telah menyertai Amelia Henderson di Studio Sembang bagi berkongsi tentan...
Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Awie Alif Ba Ta Chord

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dalam 5 Tahun 31 Billion Duit Sakaw Dirampas

Ketua Pemuda Umno Mahu Apa Sebenarnya

Royal99 13 October Royal99 Top 36 By Edgar

Kingromans 13 Kingromans Top 21 By Christa

Ayat Ayat Penyubur Tanaman

Cara Hilangkan Iklan Di Semua Hp Redmi