Janji Orang Politik Boleh Dengar Tapi Jangan Terlalu Percaya


freemalaysiatoday.com
Hishamuddin Aun 30 Jul 2023, 9:00am

Silaplah jika mudah termakan jaminan dan ikrar kerana ia mungkin tidak bermakna apa-apa.

“Kalau dah free, tolong call balik.” Itu satu pesanan WhatsApp yang saya terima ketika sedang bekerja di tempat baru pada suatu malam kira-kira lima tahun lalu. Terdetik hati ketika itu apakah pesanan itu bermaksud kepada saya atau seorang pak menteri yang kebetulan namanya hampir serupa

Apa yang memusykilkan ketika itu ialah pesanan berkenaan datangnya daripada seorang pak menteri lain, yang mungkin tersilap hantar kerana nama kami berdua tentunya tidak pun berjarak dalam senarai “contact” telefon bimbitnya.

Lebih menimbulkan kehairanan, pesanan itu datangnya daripada pak menteri berkenaan yang sudah bertahun-tahun tidak berhubung selepas saya tidak lagi bergelar ketua pengarang sebuah akhbar nasional di sebalik kami sebelumnya boleh dikatakan agak rapat.

Untuk meleraikan kekusutan, saya membalas pesanannya itu dengan pertanyaan: “Datuk Seri hantar pesanan ini kepada saya atau…?”

Jawapannya sudah boleh saya jangka tetapi bukan bait-bait pesanan yang dikirimkannya di sebalik saya boleh berasa sedap hati sedikit kerana “contact” saya masih tersimpan di telefon bimbitnya dan belum dipadamkan.

“Macam mana pesanan ini sampai kepada you? I tersalah tekan kut,” jawab pak menteri itu, yang tidak pun bertanya khabar, atau mahu tahu sama ada saya masih bekerja atau di mana.

“Arrgghh”, fikir saya sambil beranggapan bukan semua menteri cerdik belaka atau pandai berbudi bahasa, lebih-lebih lagi memiliki sifat mengenang budi.

Bukan pun satu rahsia yang orang politik, terutama daripada parti pemerintah, dan orang surat khabar mempunyai hubungan istimewa, apatah lagi jika diambil kira kedua-duanya saling memerlukan dalam tugas harian masing-masing.

Barangkali tidak berkisar kepada semua, ada menteri yang jadi “favourite” dalam kalangan yang ramai sehingga mereka mendapat lebih sedikit keistimewaan dari segi liputan berita di samping komen mereka sering dicari dan didahulukan.

Ini biasanya bergantung kepada keakraban hubungan di samping persahabatan, yang tidak semestinya bertaraf sama dengan sesetengah menteri lain.

Malah, dalam kalangan menteri juga, ada orang surat khabar yang menjadi “favourite” mereka bagi mendapatkan pertolongan, yang bagaimanapun terbatas kepada bidang kerja masing-masing dan tidak berkaitan hal peribadi.

Namun, seperti yang pernah diberitahu seorang rakan sekerja yang lebih senior, menteri lazimnya sentiasa mahu berkawan dengan orang surat khabar atas dasar percaya selain dapat memudahkan urusan tetapi belum tentu menghargainya kemudian.

Tidak pun perlu sebarang temu janji atau perlu berhubung melalui setiausaha sulit kanan atau setiausaha akhbar, orang surat khabar boleh terus menelefon atau menghantar pesanan WhatsApp kepadanya, yang jarang sekali lambat berjawab.

“Bila kau dah duduk di kerusi panas itu, menteri yang akan cari kau, bukan sebaliknya,” kata rakan itu. Cuma, cakap-cakap rakan itu sebenarnya tidak lengkap kerana semua itu hanya bermaksud apabila jawatan paling kanan masih disandang.

Hilang jawatan bermakna hilanglah sebarang akses dan lebih mengguris hati lagi, hilanglah juga nilai persahabatan yang terjalin sebelumnya. Itu realiti pahit untuk ditelan seperti ditunjukkan oleh pak menteri pada awal tadi.

Ketika ura-ura saya akan hilang jawatan belum pun berusia 48 tahun pada pertengahan 2009, ada sekurang-kurangnya dua menteri menawarkan untuk membantu agar perkara itu tidak terjadi. Seorang daripada mereka jenuh meyakinkan bahawa dia berada dalam kedudukan untuk mempengaruhi keputusan supaya saya terus dikekalkan.

Pada hari sebelum pengumuman mengenai rombakan di organisasi media tempat saya bekerja dibuat, saya bertaruh RM10 dengan isteri mengenai berapa panggilan atau pesanan WhatsApp daripada menteri yang akan diterima keesokannya.

Isteri kata 10 menteri kerana dia tahu dengan siapa yang saya rapat sambil saya mengatakan tiga, termasuk daripada dua yang membuat jaminan tadi – tidak terkecuali seorang yang namanya hampir serupa dan sering menggelar saya sebagai “The Pontianak Man”.

Selepas 24 jam berlalu, dengan telefon bimbit dipastikan bercas penuh, tiada satu pun panggilan atau pesanan diterima. Tiada juga esok atau lusanya, malah tiada langsung kesudahannya, kecuali hanya beberapa rakan, itu pun segelintirnya buat kali terakhir.

Sedih? Sedih jugalah tapi saya sepatutnya tertawa atas kebodohan sendiri.

Kini, musim pilihan raya kembali lagi dan inilah musimnya ramai yang menabur pelbagai janji – itu sudah lumrah dalam menagih sokongan di peti-peti undi. Di sebalik sedikit yang akan dikotakan, banyak lagi bakal dimungkiri.

Janji barangkali boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Ada janji yang dibuat sebagai tukar ganti kepada sokongan, ada yang dibuat sebagai menagih pertolongan dan tidak kurang pula dilakukan sekadar untuk mengambil hati. Jarang sekali janji dibuat atas rasa berterima kasih atau membalas budi.

Namun, semudah sesuatu janji itu dibuat, semudah itu juga ia dikhianati tanpa sedikit pun rasa bersalah atau rasa khuatir didatangkan kifarat kemudian hari.

Barangkali kepada orang politik – bukanlah semua tapi harus majoriti – lafaz janji tidak pun mengikat mereka untuk ia dipatuhi. Janji lebih besar pula lazimnya dikhususkan kepada mereka yang berjawatan, yang boleh dituntut sebarang pulangan atau ditagih suatu bentuk keuntungan.

Kepada yang lain-lain pula, ia tidak lebih sekadar halwa telinga.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/janji-orang-politik-boleh-dengar-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sesekali Percaya Kepada Orang Kafir

Jangan Sesekali Percaya Kepada Orang Kafir

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 241 hits
Setelah Melaka jatuh di tangan kuasa Kafir Harbi Portugis kuasa2 Islam dan Senusantara telah berjihad menghalau Portugis di Melaka Ribuan jiwa terkorban kerananya Adakah ada yg berfikir mereka hanya bersenjatakan keris sahaja dan menyerahka...
Jangan Guna Isu Kalimah Allah Untuk Laba Politik Pm

Jangan Guna Isu Kalimah Allah Untuk Laba Politik Pm

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 175 hits
Semua pihak diingatkan agar tidak menjadikan isu kalimah Allah sebagai bahan politik untuk menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri kali ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu itu sudah dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Ha...
Ancaman Ai James Cameron Telah Beri Amaran Pada 1984 Tapi Ramai Tidak Mahu Dengar

Ancaman Ai James Cameron Telah Beri Amaran Pada 1984 Tapi Ramai Tidak Mahu Dengar

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 310 hits
Kecerdasan Buatan menimbulkan ancaman besar kepada Hollywood sehinggakan penggunaan AI telah menjadi topik yang hangat semasa mogok pelakon dan penulis Dan siapa yang lebih baik untuk bercakap mengenai ancaman AI sudah tentunya pemenang Osc...
Walaupun Aktif Bersukan Tapi Ramai Tak Tahu Jantung Sebenarnya Boleh Berhenti Bila Bila Masa Doktor Dedah Puncanya

Walaupun Aktif Bersukan Tapi Ramai Tak Tahu Jantung Sebenarnya Boleh Berhenti Bila Bila Masa Doktor Dedah Puncanya

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 201 hits
Walaupun aktif bersukan tapi ramai tak tahu jantung sebenarnya boleh berhenti bila bila masa Doktor dedah puncanya Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba 23 yang tiba tiba rebah di tengah padang semasa perlawana...
Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

Boleh Ja Bercakap Tentang Apa Nak Buat Majukan Negeri Dan Rakyat Tapi Dah Tak Buat Nak Cakap Apa Lagi Apa Pun Tak Buat

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 178 hits
Apa tak boleh cakap apa apa Boleh je Cakap la isu kebajikan rakyat isu ekonomi isu antarabangsa Banyak je isu boleh digunakan untuk PRN Tapi itu la Nak cerita isu tu semua tak reti Jadi terpaksa jugak mainkan isu 3R Nak tunggang sentimen ag...
Di Malaysia Bukan Tak Boleh Cakap Apa Apa Cuma Jangan Fitnah Dan Caci Maki Orang Lain

Di Malaysia Bukan Tak Boleh Cakap Apa Apa Cuma Jangan Fitnah Dan Caci Maki Orang Lain

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 347 hits
Di Malaysia tak boleh cakap apa apa dakwa SanusiSanusi Nor berkata dakwaan hasutan terhadapnya bermotifkan politik menjelang PRN enam negeri pada 12 Ogos ini Samuel ChuaSELAYANG Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendakwa kerajaan menyekat kebe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization