Nazri Dap Menang Banyak Pun Pm Tetap Melayu


 
BERITAHaspaizi ZainDiterbitkan:  Aug 7, 2023 2:27 PM⋅Dikemaskini: 2:27 PMMeskipun DAP menang besar dan bersama dalam kerajaan perpaduan, namun jawatan perdana menteri dan menteri besar tetap diterajui oleh orang Melayu, kata bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Nazri Aziz.
Jelasnya, dakwaan orang Melayu terhimpit dan tertekan di bawah kerajaan hari ini yang turut ditunjangi DAP adalah satu penipuan.
Sebaliknya, bekas menteri itu berkata, Perikatan Nasional (PN) sengaja memainkan isu perkauman kerana sedar pendekatan tersebut akan menguntungkan mereka.
"Duduk main isu perkauman susahlah, ia memberi gambaran seolah-olah Islam tertekan sentimen ini mestilah memihak kepada PN, sekarang ini 2023 sudah.
ADS"Kalau guna perkauman semata-mata nak tipu rakyat saja, seolah-olah kita main perkauman kita tipu rakyat seolah-olah orang Melayu Islam tertekan, ini tak betul.
"Macam dulu marah DAP, memang DAP dengan (masyarakat) Cina, tapi dia menang, dia tak jadi PM pun tak jadi MB pun.
“(Yang) jadi PM orang Melayu kita, jadi nak cerita kerajaan perpaduan ada DAP Melayu terancam itu menipu,” katanya ketika hadir pada ceramah perdana perpaduan yang dihadiri oleh Perdana Menteri , Anwar Ibrahim di Ukay Perdana, Gombak, malam tadi.Nazri juga mencabar pemimpin pembangkang supaya menamakan menteri besar bukan Melayu di negeri-negeri majoriti Melayu yang kerusinya banyak dimenangi oleh DAP.
Sebaliknya, menurut pemimpin Umno yang lantang itu, Perikatan Nasional (PN) sengaja menjadikan DAP sebagai senjata untuk menyerang kerajaan.
DAP cuba dilabelkan sebagai parti rasis yang memperjuangakan hak sama rata serta anti Raja-raja Melayu dan menentang Islam sebagai agama persekutuan.
Pada 2 Ogos lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP adalah akibat sikap campur tangan ke atas dasar membabitkan Islam.
Selain itu, kata Hadi, keputusan PAS memutuskan kerjasama dengan DAP dimuktamadkan susulan pergeseran mengenai beberapa isu yang gagal dipersetujui kedua-dua parti, antaranya hasrat untuk mengembalikan pilihan raya perbandaran.
Katanya, PAS menentang cadangan kembali mengadakan pilihan raya perbandaran yang dihapuskan selepas 13 Mei 1969 atas alasan pelaksanaannya boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
"Tiba-tiba ikut DAP (mahu kembali mengadakan pilihan raya perbandaran). PAS tidak bersetuju (cadangan berkenaan) dimasukkan dalam manifesto.
"Saya bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan pendirian PAS tidak bersetuju kerana ia adalah agenda politik. 
“Kalau buat pilihan raya perbandaran, habis balak ini DAP perintah. Dia perintah bandar, ikut kuasa dia apa dia hendak buat di dalam bandar," kata Abdul Hadi seperti dilaporkan media.
Sementara itu, Nazri mempersoalkan di mana ancaman yang diterima orang Melayu dalam situasi politik yang hari ini yang dikuasai Bumiputera.
"Macam di Perak, kalau ikut kerajaan perpaduan DAP punya calon MB, ada seorang Melayu (dalam DAP) tu. Tapi yang dapatnya orang Melayu BN.
"Jadi di mana orang Melayu terancam? Melainkan menggunakan perkauman untuk menipu (meraih sokongan).
"Saya harap pengundi faham, politik perkauman ini zaman 60-an, 70-an sekarang tak boleh dah. Kita kena sedarkan orang Melayu kita bahawa orang Melayu tak pernah terancam pun," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2023/08/nazri-dap-menang-banyak-pun-pm-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Percaya Dap Akan Sokong Agenda Islam Melayu Tun Faisal

Jangan Percaya Dap Akan Sokong Agenda Islam Melayu Tun Faisal

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 280 hits
agendaily com06 08 2023Datuk Tun Faisal Ismail Aziz Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengingatkan pengundi agar tidak terus percaya kepada janji DAP untuk menyokong agenda Islam dan Melayu Menurutnya selag...
Nazri Pm Mbs Still Malays Despite Dap Having Most Reps

Nazri Pm Mbs Still Malays Despite Dap Having Most Reps

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 165 hits
Regardless of DAP holding the most number of Parliament seats in the government former Umno supreme council member Nazri Abdul Aziz said the prime minister and menteri besar positions have remained with the Malays As such the former Padang ...
Lau Tanding Kerusi Melayu Kerana Takut Dap Kata Pemimpin Pas P Pinang

Lau Tanding Kerusi Melayu Kerana Takut Dap Kata Pemimpin Pas P Pinang

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 210 hits
Dominic Lau akan mewakili Perikatan Nasional di Bayan Lepas walaupun dibantah ahli PAS kawasan itu PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang membidas Presiden Gerakan Dominic Lau kerana didakwa memungkiri janjinya apabila bertanding d...
Saya Dah Banyak Kali Berkahwin Park Boyoung

Saya Dah Banyak Kali Berkahwin Park Boyoung

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 181 hits
Terbaru Park Bo young telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tayangan filemnya Concrete Utopia ARTIKEL BERKAITAN Dalam temu bual itu Park Bo young mendedahkan bahawa dia sering memainkan projek bergenre komedi romantik Oleh itu d...
Banyak Reviu Kritik Cgi Sumpahan Jerunei Daiyan Trisha Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dah Bayar Tapi Tak Siapkan Kerja

Banyak Reviu Kritik Cgi Sumpahan Jerunei Daiyan Trisha Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dah Bayar Tapi Tak Siapkan Kerja

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 273 hits
Filem Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong baru baru ini dikritik sesetengah warganet di media sosial gara gara CGI yang dikatakan seperti hasil pelajar filem 4 days ago Tak Best Langsung Tak Layak Masuk Cinema Macam Ke
Banyak Kali Datang Tapi Habok Apa Pun Tarak Rakyat Perli Sebab Tak Bawa Apa Perubahan Jabi Pekan Koboi Ja Kot

Banyak Kali Datang Tapi Habok Apa Pun Tarak Rakyat Perli Sebab Tak Bawa Apa Perubahan Jabi Pekan Koboi Ja Kot

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 271 hits
Banyok kali doh mari rumoh calon PAS ditegur pengundiOleh Ogos 2 2023 8 38pmCalon PAS di DUN Jabi Dr Azman Ibrahim mengunjungi warga emas yang uzur di Kampung Renek Jabi Foto NSTP Baharom BakarKUALA TERENGGANU Calon PAS Dr Azman Ibrahim aka...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil