Jangan Mudah Terpedaya


MINGGU lepas kawan saya mengajak saya untuk sama-sama keluar membeli-belah kerana ada tawaran menarik. Dia memaklumkan kepada saya ada sebuah kedai kasut di pasar raya besar membuat tawaran yang sangat menarik. Mana tidaknya, tawaran hebat daripada sebuah kedai kasut berjenama yang memang terkenal dan memang kasut jenama tersebut sangat sedap dipakai.
Kawan saya bersungguh betul untuk merebut peluang tersebut. Sehari sebelum itu, dia sudah pergi untuk mencari benda lain sebenarnya dan ternampak orang ramai beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke premis yang menjual kasut berjenama terkenal tersebut.
Tentu kita semua boleh bayangkan berapa panjang barisan orang yang beratur sebab sekarang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Semua mesti ikut prosedur operasi standard (SOP).
Tawaran yang diberikan amat menarik. Jika membeli sepasang kasut daripada premis berkenaan, mereka boleh dapat sepasang lagi dengan harga RM1. Sangat menarik bukan? Mana pernah ada tawaran sebegitu dibuat sebelum ini. Tidak pernah saya dengar apatah lagi jika datangnya daripada kedai kasut berjenama yang memang harga kasutnya adalah ratusan ringgit.
Saya bukanlah orang yang suka membeli-belah sebenarnya. Bila mendengar tentang tawaran tersebut, sedikit pun ia tidak menarik minat saya. Banyak faktor yang membuat saya tidak tertarik. Antaranya malas hendak beratur panjang. Keduanya tawaran itu terlalu hebat atau dalam bahasa Inggeris selalunya disebut too good to be true.
Sebaik sahaja saya dimaklumkan bahawa sepasang kasut yang kedua akan dijual pada harga RM1, hati saya terus terdetik: betul ke kasut yang berjenama mahal begitu hendak dijual dengan harga RM1 sahaja apabila seseorang itu sudah membeli sepasang yang pertama dengan harga yang sudah ditetapkan? Kita tahu dalam tempoh PKP dan PKPB, jumlah jualan jatuh merudum. Berapa banyak kerugian yang dialami dalam tempoh tersebut. Adakah logik pada akal kita premis berkenaan akan sanggup menanggung kerugian dengan menjual kasut berjenama mahal itu dengan harga RM1?
Ringkas ceritanya, kawan saya pun pada esok harinya pergi lebih awal ke premis berkenaan agar tidak beratur terlalu lama. Seperti yang saya duga, dia memaklumkan bahawa dia terkejut dengan harga yang diletakkan pada setiap pasang kasut dalam premis tersebut.
Bukan sahaja fesyen yang lama tetapi harganya dinaikkan sekali ganda daripada harga biasa. Memang kawan saya jenis yang selalu semak harga kasut berkenaan dan dia tahu harga sebenar yang biasa dijual. Jika begitu hakikat sebenar, memang boleh sangat ditawarkan harga RM1 untuk satu pasang berikutnya malah jika hendak diberi percuma sekalipun tidak ada kerugian apa pun.
Begitulah bijaknya mereka membuat iklan untuk menarik minat pembeli. Pada saya, iklan sebegitu tidak patuh syariah sebab ada unsur tidak berkata benar. Malah ada unsur memperdaya pelanggan. Saya mungkin salah tetapi adalah sangat tidak wajar sekali pada saat PKPP pun belum habis, pelanggan sudah diperdaya.
Bayangkan mereka beratur panjang dan berdiri lama, apabila mengetahui hakikat sebenar, tentu sekali berasa hampa dan kecewa. Berbaloikah berdiri lama dan beratur panjang sedangkan tawaran itu hanya indah untuk didengar atau cantik untuk dibaca sahaja?
Akhir kalam, pesanan saya pada rakyat Malaysia, apa sahaja dalam dunia ini jika sesuatu itu ‘terlalu jauh untuk dikatakan betul’, jangan mudah terpedaya termasuklah dalam bab pelaburan. Wallahu a’lam.
* Dr Shamsiah Mohamad berpengalaman sebagai penyelidik isu-isu kewangan Islam dan Syariah
The post Jangan mudah terpedaya appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/09/jangan-mudah-terpedaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Rapat Rapat Memang Meriah Tapi Ibu Kena Tahu Risiko Jangan Ambil Mudah

Anak Rapat Rapat Memang Meriah Tapi Ibu Kena Tahu Risiko Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 449 hits
Mempunyai anak yang ramai memang dapat memeriahkan kehidupan dalam rumah tangga Lebih menyeronokkan apabila suami turut sama sama menolong menguruskan anak yang ramai kerana masing masing sibuk mencari rezeki Tak dinafikan bila mempunyai ra...
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 452 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
Penyertaan Pn Pemimpin Umno Jangan Ambil Mudah Dapatkan Mandat Ahli Dalam Pau Khas

Penyertaan Pn Pemimpin Umno Jangan Ambil Mudah Dapatkan Mandat Ahli Dalam Pau Khas

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 375 hits
Pemimpin UMNO tidak boleh mengambil jalan mudah dalam menentukan penyertaan parti dalam Perikatan Nasional hanya berdasarkan keputusan biro politik dan Majlis Tertinggi semata mata Keputusan sebesar ini untuk mematikan Barisan Nasional haru...
Hiburan Kini Buka Kedai Runcit Lan Solo Akui Tidak Mudah Untuk Hidup Senang Orang Tak Nampak Kami Struggle Dari Bawah

Hiburan Kini Buka Kedai Runcit Lan Solo Akui Tidak Mudah Untuk Hidup Senang Orang Tak Nampak Kami Struggle Dari Bawah

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 660 hits
Penyanyi Lan Solo yang kini hidup lebih selesa selepas memulakan perniagaan runcit iaitu Solo Borneo Mart mengakui masih ada tanggapan negatif daripada segelintir pihak tentang apa yang dikecapinya kini Empunya nama Mohamed Razlan Yusof ini...
Bangkit Keju Cair Di Mulut Sedap Berkrim Mudah Dibuat

Bangkit Keju Cair Di Mulut Sedap Berkrim Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 500 hits
Biskut bangkit adalah kuih warisan legend yang disukai sejak dulu hingga kini Tapi kini biskut bangkit selain dari bangkit santan dan kelapa turut juga mengalami inovasi dengan ramuan krim keju iaitu biskut bangkit keju Biskut Bangkit Keju ...
Cara Mudah Menabung Melalui My Goal Di Maybank2u

Cara Mudah Menabung Melalui My Goal Di Maybank2u

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 827 hits
Salam to all readers Bila meningkat dewasa ini amalam menabung memang aku titik beratkan Walaupun terkadang alpa juga bilamana alpa ketika shopping Tak beli menyesal dah beli pula rasa menyesal juga Menyesal perhabis duit tak tentu arah Bil...
Pg Mall Pembelian Online Lebih Mudah Dan Selamat

Pg Mall Pembelian Online Lebih Mudah Dan Selamat

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 455 hits
Sejak PKP fasa 1 yang bermula 18 Mac 2020 sampai sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan pembelian online dah jadi pilihan majoriti rakyat Malaysia Walaupun sekarang kita dah boleh bergerak ke sana sini tetapi masih ada ya...
Resepi Kuey Teow Kungfu Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

Resepi Kuey Teow Kungfu Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 577 hits
Assalamualaikum semua Dalam entri kali ini saya nak kongsikan Resepi kuey teow ini pernah kongsikan di channel Youtube saya Saja saya nak kongsikannya di sini pula Saya seorang suka makan kuey teow kungfu Jika saya makan dikedai banyak kalu...
Cara Mudah Untuk Private Akaun Instagram

Cara Mudah Untuk Private Akaun Instagram

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 1025 hits
CARA MUDAH UNTUK PRIVATE AKAUN INSTAGRAM Blog dalam pengubahsuaian Harap korang bersabar jap Aloha Eceh sebenarnya baru lepas tengok hawaiian dance kat Instagram Sebab tu tetiba je keluar Aloha tu Hahha Saya ni jarang jarang sangat dah buka...
Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asam Pedas Ikan Merah

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Saya Tahu Kekurangan Diri Niat Hanya Nak Sebarkan Gaya Hidup Sihat Isteri Dr Say

Semua Jawatan Pas Terbuka Ditandingi Kecuali Presiden Tuan Ibrahim

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect