Cara Mudah Untuk Private Akaun Instagram
CARA MUDAH UNTUK PRIVATE AKAUN INSTAGRAM - Blog dalam pengubahsuaian.. Harap korang bersabar jap.. Aloha..Eceh!sebenarnya baru lepas tengok hawaiian dance kat Instagram. Sebab tu tetiba je keluar Aloha tu. Hahha. Saya ni jarang-jarang sangat dah buka Instagram. Dah lama tak update. Jiwa dah tak de kat sana. Kita banyak fokus blog saja sekarang ni. Pernah juga la terfikir nak tutup akaun IG. Tapi bila mengenangkan banyak gambar2 anak-anak yang jadi kenangan terus tak jadi la.
Sebenarnya kat Facebook pun dah tak de jiwa sangat. Kalau buka pun setakat share link blog. Ternampak post kawan2 yang kebetulan dok atas feed tu , kita komen2 la kejap. Saya ni sebenarnya anti sosial orang nya. Hahaha..Sebab tu blog saja lah tempat yang kena dengan jiwa saya ni
Sekarang ni saya cuma privatekan akauan IG saja. Masa nak private kan acc IG ni jenuh jugak la mencari kat mana nak nak setting private akauan. So hari ni saya share cara mudah private akaun instagram
1- Mula-mula log in ke acc IG korang dan kemudian klik pada 3 garisan belah kanan tu. Korang konfius tak belah mana kiri belah mana kanan? Hahah..
2- Kemudian akan keluar dia punya option. Sampai part ni la yang saya pening tu. Rupa-rupanya dia punya setting nun dok bawah sekali
Apa kejadah nya letak kat bawah sana. letak la kat atas sekali dengan option lain tu. memang dia saja tak nak bagi kita nampak setting tu sebab tak bagi kita private akauan gamaknya. Hahahah
Korang nampak tak kat bahagian bawah tu ada SETTING dengan icon bulat tu.
Ha.. Klik kat Setting tu je
3- Pilih la privacy.
4- Pilih account privacy dan tarik ke kanan untuk aktifkan private acc korang. Nanti kalau nak publickan semua, ikut cara yang sama ni jugak tau.
Bila korang nak privatekan akauan instagram , kat sini akan ada pilihan untuk korang private kan akaun pada followers korang yang korang tak suka dia. ahhah
Mana tahu kot2 serba salah nak block jadi korang boleh pilih acc mana korang nak tak bagi nampak post korang. Klik saja pada Review Followers.
Kalau tak nak, dan tak kisah semua followers tengok apa korang post tekan je lah cancel.
Senang je cara nak privatekan akaun Instagram ni. Ingatkan susah sangat.Tapi bila dia sorok SETTING tu la yang buat susah. Hahahah..
Ok la..Tu je la nak cerita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/07/cara-mudah-untuk-private-akaun-instagram.html