Rafizi Akhirnya Dedah Niat Sebenar Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr


 

April 17, 2022 Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menegaskan kepulangannya ke arena politik adalah untuk membantu parti memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) walaupun berdepan pelbagai halangan seperti kesuntukan masa dan membina naratif positif terhadap rakyat.

Dalam ucaptama sempena siri jelajah kempen ‘Yakini Rakyat’ yang diadakan di sebuah hotel di sini, beliau mahu anggota parti terus menumpukan fokus memperolehi sebanyak kerusi parlimen di negeri ini, seperti mana yang dilakukan pada PRU-14 lalu.
“Kemenangan besar di Johor dengan tujuh kerusi parlimen dalam keadaan kerusi-kerusi seperti Sekijang, Segamat dan Ledang amat sukar untuk dimenangi, mampu dilakukan KEADILAN berbanding parti-parti lain menunjukkan KEADILAN mampu bangkit semula selepas pemilihan parti selesai kelak,” ujarnya.

Beliau turut mengimbau kembali pengkhianatan yang dilakukan memberi pengajaran kepada parti agar lebih berhati-hati dalam soal pemilihan calon bagi menghadapi PRU-15 kelak.
Mekanisme sedia ada katanya, sudah cukup untuk parti menang besar di Johor antara tujuh malah 10 kerusi parlimen di negeri ini walaupun hanya menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu.
Ia tidak mustahil dilakukan di seluruh negara dengan meletakkan syarat bahawa calon-calon pilihan raya adalah yang teruji, setia kepada perjuangan parti dan boleh bekerja bersama rakyat sama ada sebagai aktivis parti atau sudah menjadi wakil rakyat.
Hadir pada jelajah kempen berkenaan ialah calon Naib-Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; bekas Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin; calon Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail; calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Zainol dan calon Timbalan Ketua AMK yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat.
Yang turut hadir mewakili pemimpin KEADILAN negeri ialah Ahli Parlimen Ledang yang juga Pengerusi MPN KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Mengulas lanjut, beliau menyeru anggota parti agar segera mendaftar sebagai pengundi atas talian (PAT) bagi membolehkan anggota sendiri memilih pemimpin mereka yang benar-benar bekerja demi parti dan rakyat.
“Saya ulangi gesaan agar calon-calon yang bertanding bagi jawatan utama parti supaya menyatakan dengan jelas hala tuju dan perancangan parti memenangi PRU-15 yang mungkin diadakan dalam tempoh empat bulan dari sekarang,” tambahnya.
Terdahulu, seramai kira-kira 400 anggota parti mewakili 26 cabang keseluruhan di negeri ini hadir menyambut Rafizi dan pasukan kempennya yang tiba kira-kira jam 9.35 pagi walaupun terlewat sedikit kerana berlaku kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pagi tadi.

Bekas Naib Presiden KEADILAN bersama pasukan kempen beliau dijangka akan menyantuni anggota parti bagi Negeri Sembilan dan Melaka di Tampin sebentar pagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/rafizi-akhirnya-dedah-niat-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Akan Pertahan Jawatan Presiden Pkr

Anwar Ibrahim Akan Pertahan Jawatan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 198 hits
Anwar Ibrahim Akan Pertahan Jawatan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat pada pemilihan parti yang akan diadakan pada 13 Mei depan Perkara itu dimaklumkan oleh...
Report Rafizi Tells Pkr And Pakatan Not To Daydream About Easily Retaining Selangor In Ge15

Report Rafizi Tells Pkr And Pakatan Not To Daydream About Easily Retaining Selangor In Ge15

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 191 hits
PKR vice president Rafizi Ramli has warned his party PKR and its coalition Pakatan Harapan to not be overconfident about retaining control of Selangor for another term in the next general election He also reminded members of PKR that since ...
Rafizi Urges Rivals In Pkr Polls To Unveil Their Plans For The Party

Rafizi Urges Rivals In Pkr Polls To Unveil Their Plans For The Party

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 215 hits
Rafizi Ramli who is eyeing the deputy president post in the upcoming PKR election urged contender Saifuddin Nasution Ismail to reveal his position on the party s direction and strategy to face the general election It is time for other candi...
Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 239 hits
Rafizi Ramli and Saifuddin Nasution Ismail have announced that they will go for the PKR deputy president s post PETALING JAYA An analyst foresees a split in PKR as a result of the battle for the deputy president s post between secretary gen...
Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

Pertembungan Rafizi Saifuddin Bakal Pecah Belahkan Pkr

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 156 hits
Pertembungan Rafizi Saifuddin bakal pecah belahkan PKR Seorang penganalisis meramalkan berlaku perpecahan dalam PKR akibat perebutan jawatan timbalan presiden antara Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Rafizi Ramli ...
Rafizi Bentang Hala Tuju Umum Cai Untuk Hadapi Pemilihan Pkr

Rafizi Bentang Hala Tuju Umum Cai Untuk Hadapi Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 183 hits
Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan jawatan kanan KEADILAN bagi sesi 2022 ke 2025 Saya mengajak seberapa ramai anggota KEADILAN yang belum mendaftar sebagai Pengundi Atas Talian un...
Rafizi Ramli Tb Pendedahan Yang Ramai Tidak Percaya Tapi Akhirnya

Rafizi Ramli Tb Pendedahan Yang Ramai Tidak Percaya Tapi Akhirnya

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 184 hits
TAHAP KRITIKAL KATEGORI 1MDB SATU LAGI PENDEDAHAN RAFIZI RAMLI SEBELUM INI RAMAI YANG TIDAK PERCAYA DAN AKHIRNYA MEREKA SEKARANG TERPAKSA MENCARI DALIL Sumber Video TY Invoke
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 232 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo