Jangan Menang Sorak






 Saya sebenarnya dah semi retired dalam menulis ni, bila dengar pula berita terbaharu terus jadi nak fully retired, mana tak nya, paper untuk publication pun dah 3 minggu berhutang dengan supervisor, but I digress. 













Masalah dengan ahli politik dekat Malaysia ini, banyak yang ortodoks dan konvensional, nak untuk accelerate Malaysia yang dah ketinggalan 20 tahun akibat caca-marba politik, kita kena ada ahli politik yang luar biasa dan banyak idea. Bukan ahli politik yang pandai mengampu sahaja.


Kes malam ini teringat pula masa PRN Melaka 2021, dengan keputusan cerdik ambil bekas adun UMNO bertanding, habis ghuyub.


Politik ini adalah persepsi, kalau masuk bertanding politik tak ada visi dan misi, tal ada political will,  jadilah macam PN, naik atas pentas memaki hamun dan pakat fitnah parti lawan, sebab apa? Sebab kosong idea, tak ada apa pembaharuan di bawa. 


Lepas tu pakat tak boleh lawan idea, petik siapa lawan mereka dengan ugutan syurga dan neraka. Boleh aje nak menang politik dengan momokkan pihak lawan, buat taktik bumi hangus, dapat jadi kerajaan satu apa pun tak jalan. Benda macam ini boleh berjalan untuk mereka yang lemah IQ dan golongan yang lemah IQ ini akan sentiasa ada setiap masa.


Tapi dalam masa yang sama, nak dapatkan sokongan, jangan lupa pula golongan pertengahan dan atas yang jadi core supporter dari dulu. To be frank, luar biasa kerajaan Madani bagi saya ada 2, PMX dan Menteri Ekonomi. Kalau hilang salah satu akan jadi macam kerajaan biasa-biasa sahaja. 


Kekuatan Anwar dari segi hubungan luar negara dan cari pelabur tapi kalau ekonomi hancur tak jalan juga. 


Macam analogi rumah tangga, suami boleh bina kerjaya di pejabat sebab rumahtangga di jaga baik oleh isteri, kalau salah satu tak berfungsi, hilang harmoni, tiada Yin dan Yang. Tapi banyak kes ada ketua keluarga yang lupa diri ingat kejayaan yang di raih itu sebab kehebatan sendiri tapi lupa support structure yang membolehkan dia berdiri megah di pejabat itu sebenaranya berada di rumah. 


Nak cerita benda luar biasa tentang Kementerian Ekonomi ini, tengok apa pencapaian berbanding kerajaan dulu. Contoh Malaysia dinobat peneraju data terbuka nombor satu di dunia dari no 67. Benda ini besar sebab apa? Sebab pelabur akan tengok benda ini sebagai keterbukaan kerajaan untuk berkongsi data, cuba bandingkan dengan korea utara, kenapa tak ada pelabur masuk? 


Satu lagi contoh bila ada kemahuan politik, baca deal kenapa Malaysia bayar RM1.12 bilion kepada ARM dapatkan akses IP reka bentuk cip. 


Kalau nak tahu ARM chipset ( banyak dalam guna dalam phone dan peranti voltage rendah) projection dia akan hampir ke parity dengan X86 dalam tahun 2029, X86 based ini macam Intel dan AMD CPU, tapi kalau nak masuk cip design untuk X86 memang tak lepas, sebab ip patent X86 yang pegang hanya Intel dan AMD. Macam mana saya tahu? Sebab saya gamers, jadi bab-bab CPU/GPU ni memang saya cakna.


Kalau berjaya project ARM ini, Malaysia akan ada 10,000 expert tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam cip design. Kalau 10K high skill worker, maka janji Rafizi masa PRU15 nak jadikan gaji perkerja Malaysia at least 70% dengan Gaji Singapura dah tercapai. 


Itu belum masuk bab IPR lagi ( kalau nak senang bagi aje pinjaman tekun tapi rate yang Berjaya berapa percent?) , subsidi upah nak match gaji pekerja ikut market and Carbon Capture Utilization and Storage.


Kita faham orang macam Rafizi ini jenis straight to the point, bila tak ada senanglah nak berkerjasama dengan UMNO PRU16. Nak berkerja sama tak ada masalah, tapi jangan alienated penyokong sendiri.


Kalau kita nak kerjasama kena ada leverage, kalau kita yang terhegeh-hegeh tapi tak ada kekuatan nanti jadi macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. 


Show, don't just tell.


Kalau contoh Kerajaan Madani berjaya tingkat aset dan pendapatan negara melalui formula tersebut lebih mudah golongan atas pagar hendak bagi kepercayaan untuk memimpin penggal kedua. 


Tapi kalau Menteri Eknonomi orang lain, yang mana tak ada political will, kirim salam sahajalah, maknanya PH tak ada beza pun dengan parti-parti yang lain dalam Madani albeit PN lebih teruk dari auto-pilot, langsung tak tahu apa-apa.


Betullah, ujian masa ada kuasa itu lebih payah dari masa tak ada kuasa, tapi bila ada kuasa tak nak dengar nasihat yang tak sedap di halwa telinga, padah bila banyak penasihat jadi punahsihat.


Itulah, kadang-kadang tak tahu nak gelak ke nak menangis, jangan menang sorak kampung tergadai sudahlah. 


MMMS








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/jangan-menang-sorak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pilih Kasih

Jangan Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 141 hits
Adil senang disebut tapi susah nak dilaksanakan Apa itu adil Kalau ikut syarak adil tu maknanya meletakkan sesuatu kena pada tempatnya Lawan kepada sikap adil ialah zalim Adil ni sifat yang ada pada Allah mustahil bagi manusia nak adil maca...
Jangan Tunggu Sakit Mulakan Kebersihan Anak Hari Ini

Jangan Tunggu Sakit Mulakan Kebersihan Anak Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 168 hits
Kebersihan bukan sekadar soal penampilan tetapi asas penting dalam membentuk gaya hidup sihat dan berdisiplin Bagi kanak kanak amalan menjaga kebersihan perlu diterapkan seawal mungkin Namun usaha ini memerlukan kerjasama erat antara anak d...
Woiiiitttt Jangan Lari Nak Bagi Surat Saman Rafidah Jangan Ghaib Kata Khalid Samad Isu Terkait Fitnah Yang Dibuat R

Woiiiitttt Jangan Lari Nak Bagi Surat Saman Rafidah Jangan Ghaib Kata Khalid Samad Isu Terkait Fitnah Yang Dibuat R

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 131 hits
Surat saman terhadap pelakon dan pempengaruh Rafidah Ibrahim telah disiapkan namun usaha untuk menyerahkannya masih gagal kerana individu itu dikatakan tidak dapat dikesan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata saman t...
Jangan Kejar Jodoh Sampai Lupa Allah Tapi Kejarlah Redha Allah Nanti Jodoh Akan Kejar Kita

Jangan Kejar Jodoh Sampai Lupa Allah Tapi Kejarlah Redha Allah Nanti Jodoh Akan Kejar Kita

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 133 hits
Berikan yang Terbaik untuk Allah Allah Akan Berikan yang Terbaik untuk Kita Termasuk Soal Jodoh Ramai orang sanggup buat apa sahaja demi cinta Berkorban masa duit tenaga perasaan semua semata mata nak dapatkan pasangan yang sempurna Tapi ka...
Jangan Terlalu Percaya Kerana Kadang Orang Yang Paling Kita Sayang Itulah Yang Paling Menyakitkan Kita

Jangan Terlalu Percaya Kerana Kadang Orang Yang Paling Kita Sayang Itulah Yang Paling Menyakitkan Kita

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 114 hits
Jangan Terlalu Percaya Kadang Orang yang Dekat Itu yang Menikam Kita dari Belakang Dalam hidup kepercayaan itu mahal Kita tak bagi pada semua orang Kita hanya bagi pada yang rapat pada keluarga sahabat dan orang yang kita anggap cinta Merek...
Pm Anwar Seru Tingkat Kerjasama Muafakat Jangan Seteru Dengan Semenanjung

Pm Anwar Seru Tingkat Kerjasama Muafakat Jangan Seteru Dengan Semenanjung

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 118 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTAWAU 11 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan negeri ...
Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Ini Realiti Pedih Tapi Benar

Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Ini Realiti Pedih Tapi Benar

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 155 hits
Anak buat perangai Tantrum tiba tiba Tak dengar kata walaupun dah ulang banyak kali Lagi kita marah lagi dia buat Sounds familiar Jangan risau ini bukan bermaksud anak tu nakal sangat ini normal Ya betul wahai parents Anda tak keseorangan d...
Nak Berjuang Jangan Terpedaya Dengan Lebai

Nak Berjuang Jangan Terpedaya Dengan Lebai

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 97 hits
HarapandailyMay 14 2025 Oleh NORMAN RADZUAN Mana pejuang Melayu yang siang malam menulis menghentam kesilapan Jalur Gemilang Macam orang kena sawan menulis pagi petang siang malam apabila bangsa Cina lakukan kesilapan Apabila kena bangsa se...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Okcasino 4 November Okcasino Top 31 By Clair

Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Kalah Pemilihan Rafizi Bukan Hati Tisu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Youmna El Sayed Ungkap Rahasia Keteguhan Gaza

Ebook Ecah Karya Syaz Eym

Mawat Dayang Bintang Chord

Tino Amee Melissa Francis Hepi Ba Ari Gawai Chord

Modern Primitive Sideburn S Royal Enfield Guerrilla 450 Street Tracker

Ais Krim Dulang