Jangan Memandai Mandai Bagi Nasihat Perubatan Jika Anda Bukan Doktor


Oleh : Shamsul Ramli

Siang tadi di sekolah aku ada borak-borak dengan akak seorang ni, dia bagitau: "ni, dalam group whatsapp sekolah lama akak ni, baru dapat tau kawan baik akak dulu, anak dia baru disahkan kanser. Sedih betul kami bila dapat tahu. Budaknya muda lagi, tengah belajar di Unimas. Akak boleh cakap yang budak ni full package orangnya. Cerdik, cantik, baik budi bahasa. Dia punya tutur kata, alahai lembut betul Sham.

 
Kenapa la budak sebaik tu boleh kena kanser ye Sham...?"

Aku jawab:"kanser ni kak, dia tak memilih bulu, dia tak pilih orang. Orang baik kena kanser, orang jahat pun kena kanser. Ustaz kena, pencuri kena. Penyanyi kena, ahli sukan pun kena.

Kalau ikut yang tersurat, mungkin saja disebabkan oleh gaya hidup seseorang tu. Macam contoh saya, sah-sah la kena kanser sebab merokok. Ada juga yang dikaitkan dengan pemakanan yang kita ambil, ada juga disebabkan faktor persekitaran, dan ada juga disebabkan faktor genetik.

Tapi kalau ikut yang tersirat, mengapa Allah pilih seseorang itu untuk diuji dengan kanser, itu Wallahua'lam. Kuasa Allah kak. Mungkin saja Allah nak hapuskan dosa-dosa orang tu, nak naikkan darjat dia. Mungkin Allah nak bagi dia peringatan, sebagai amaran. Atau mungkin saja Allah nak uji orang-orang di sekeliling dia. Kan..."

Akak:"Herm ye la kuasa Allah la semua tu kan. Tapi kan Sham, mak dia cakap kanser anak dia ni dah melarat. Doktor memang ada suggest beberapa kaedah rawatan. Operation untuk buang kanser, kemudian nak buat kemoterapi. Tapi doktor tak boleh bagi jaminan la sebab kanser dia dah tahap 4. Eh Sham, biasa akak dengar bila tahap 4 ni peluang dah tipis ye Sham...?"

Aku:"Macam ni kak, doktor akan merawat ikut prosedur yang telah ditetapkan, mengikut kepakaran mereka masing-masing. Mereka tu pakar kak. Insha Allah mereka tahu apa yang mereka buat.

Tapi kak, doktor pun manusia juga. Mereka meramal mengikut pengalaman mereka, mengikut apa kata perubatan. Tapi sembuh ke gagal ke, sihat ke melarat ke, Allah juga yang tentukan kak.

Saya nak cerita sikit, saya sebenarnya dah ramai jumpa perkara-perkara ajaib ni kak. Ada tu yang doktor tak bagi harapan pun malah doktor cakap tinggal beberapa bulan sahaja untuk hidup, tetapi dengan kuasa Allah berjaya juga sembuh.

Ada yang sembuh kak, bukan takde. Ada...

Ada yang dapat pulih dari kanser, hidup sampai ke tua, dan akhirnya mati bukan disebabkan kanser pun. Insha Allah semuanya kerja tuhan kak. Yang penting kita ni usaha sahaja."

Akak:"Yela Sham kan moga-moga dia berjaya la dengan rawatan tu kan.

Tapi kan, yang akak geramnya dalam group tu dah ada yang pandai-pandai nak jadi doktor segera. Suruh makan itu la, suruh ambil vitamin ini la. Suruh jangan pergi kemo la, nanti jadi lagi teruk la, jadi botak la. Hishhh ada ke sampai cakap macam tu pulak dema-dema ni.

Akak tak nak bagi cadangan yang bukan-bukan, tak berani akak. Lagi pun akak tau, mak bapa dia lagi la nak anak dia sihat, lagi la tau macam mana nak mengatur rawatan untuk anak dia.

Akak cuma bagi kata-kata semangat je."

Aku:"haa elok sangat la tu kak. Betoi sesangat dah tu. Gitulah kekdah yang sebaik-baiknya..."

Kemudian kami berborak hal-hal lain, dan tak lama lepas tu aku minta diri, ada kelas.

Korang dapat apa yang aku nak sampaikan kat atas kan...?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/jangan-memandai-mandai-bagi-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung Doktor Pakar

Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 596 hits
Mengorek hidung dan memakan sisanya adalah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan dakwa seorang doktor terkenal di Austria Pakar paru paru yang beribu pejabat di Innsbruck Prof Dr Friedrich Bischinger berkata golongan yang me...
Nakal Lah Mommy To Be Ni Tidak Dengar Nasihat Doktor Netizen Kata Anzalna Nasir Nakal

Nakal Lah Mommy To Be Ni Tidak Dengar Nasihat Doktor Netizen Kata Anzalna Nasir Nakal

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 521 hits
Pelakon Anzalna Nasir kini sedang sarat mengandung dan meniti hari untuk melahirkan permata hati sulungnya itu Baru baru ini Anzalna telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya Kongsi pelakon yang berusia 31 t...
Jangan Ambil Mudah Batal Wuduk Kalau Muka Masih Bermekap Perempuan Kena Hadam Nasihat Prof Muhaya Ni

Jangan Ambil Mudah Batal Wuduk Kalau Muka Masih Bermekap Perempuan Kena Hadam Nasihat Prof Muhaya Ni

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 549 hits
Jangan Ambil Mudah Batal Wuduk Kalau Muka Masih Bermekap Perempuan Kena Hadam Nasihat Prof Muhaya Ni Sempurnanya solat itu bermula dengan sempurnanya wuduk itu Dan kalau solat kita tak sempurna gerenti hidup kita pun takkan sempurna Kunci s...
Jangan Lepas Tangan Pada Isteri Anak Dalam Kandungan Hakim Syarie Nasihat Pu Abu Lafaz Cerai Tak Sah

Jangan Lepas Tangan Pada Isteri Anak Dalam Kandungan Hakim Syarie Nasihat Pu Abu Lafaz Cerai Tak Sah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 800 hits
Kisah Ustaz selebriti pernah viral apabila tergamak menceraikan isteri yang sarat hamil anak pertama mereka PU Abu menceraikan isterinya kerana ingin mengahwini seorang janda yang juga merupakan kenalan lamanya Isu ini mencetuskan kemarahan...
Ada Sebab Kenapa Jangan Gosok Gigi Selepas Makan Sahur Ikuti Penjelasan Dari Doktor Ini

Ada Sebab Kenapa Jangan Gosok Gigi Selepas Makan Sahur Ikuti Penjelasan Dari Doktor Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 405 hits
Setiap kali bulan ramadan setiap orang pasti akan bangun sahur untuk melengkapkan lagi ibadah puasa dan menambah tenaga untuk berpuasa pada esok harinya Pasti ramai diantara kita yang suka memberus gigi sejurus selepas sahur bukan Yelah bil...
Jangan Harapkan Isteri Je Kita Pun Kena Beri Lebih Perhatian Pada Mereka Benda Ni Hubungan Dua Hala Take Note Papa

Jangan Harapkan Isteri Je Kita Pun Kena Beri Lebih Perhatian Pada Mereka Benda Ni Hubungan Dua Hala Take Note Papa

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 456 hits
Hidup berkeluarga ni sememangnya tidak mudah Ada pasang surutnya ada rasa bahagia dan sakitnya Jadi baik suami atau isteri kena saling memberi supaya kasih sayang makin kuat dan utuh Kena lebihkan perhatian jangan hanya harapkan isteri atau...
Jangan Hantar Zakir Naik Pulang

Jangan Hantar Zakir Naik Pulang

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 367 hits
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berucap sempena Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam 405 anjuran Pembela Ummah di hadapan Kompleks Sogo Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINALKUALA LUMPUR Jangan hantar pendakwah terkenal Dr Zakir Na...
Jangan Malu Didik Dan Sokong Anak Untuk Belajar Berniaga Bantu Anak Berdikari Kelak

Jangan Malu Didik Dan Sokong Anak Untuk Belajar Berniaga Bantu Anak Berdikari Kelak

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 518 hits
Jujurnya ada yang malu malu untuk berniaga sedangkan hakikatnya ilmu berniaga ini sudah tertulis di dalam al Quran sebagai resipi dan tip untuk berjaya Ajar dan didiklah anak anak kita untuk berniaga jangan malu sebaliknya sokong mereka Per...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus