Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik


Puteri Balqis – Biodata & Fakta Menarik
Puteri Balqis adalah antara salah satu pelakon cilik yang terkenal dan sering muncul di kaca televisyen. 
Meningkat dewasa, Puteri Balqis terus aktif mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan hiburan tanah air. Beliau juga aktif dalam media sosial dan suka menulis puisi. 
Mari kenali sosok anak muda ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Rosyam Nor – Biodata & Update Terkini (Drama “Keluarga Itu”)
Siapa Puteri Balqis? Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish adalah merupakan seorang pelakon, model, pempengaruh (influencer), penyanyi dan juga penulis buku puisi. 
Dengan bakatnya yang serba boleh, Puteri Balqis berjaya menempah nama dalam dunia seni sejak dari kecil lagi.
Aqish mula dikenali melalui penampilan pertamanya dalam drama Gemilang pada tahun 2011 sebagai pelakon pembantu sebelum meraih peranan utama dalam drama Bicara Hati pada tahun 2012. 
Sejak itu, nama beliau semakin melonjak naik sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak paling berbakat di negara ini.
Puteri Balqis telah membintangi pelbagai drama terkenal seperti Astana Cinta Aleesa (2014), Akulah Balqis (2015) dan Andainya Takdir. 
Beliau juga terlibat dalam beberapa telefilem termasuk Pelarian (2012), yang mana lakonannya berjaya memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012. 
Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menjadi pelakon termuda yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia. 
Selain daripada dunia lakonan, Aqish juga melibatkan diri bidang penulisan dan menerbitkan buku puisi bertajuk “38 Poems of Puteri Balqis”. Buku keduanya yang bertajuk “The Cry of The Crow” bakal diterbitkan tidak lama lagi. 
Biodata Puteri Balqis  Nama Penuh: Puteri Balqis binti Azizi Nama Panggilan: Aqish Tarikh Lahir: 12 April 2007 Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia Umur: 18 tahun (pada tahun 2025) Kerjaya: Pelakon, model, pempengaruh (influencer), penyanyi, penulis buku puisi Instagram: @morosechild Kerjaya Memulakan kerjaya lakonan pada usia 2 tahun Penampilan pertama di televisyen dalam drama “Gemilang” (2011) Memegang watak utama pertama dalam “Bicara Hati” (2012) Filem sulung “Strawberi Cinta” (2012) Membintangi drama TV terkenal seperti “Takdir Qismah” (2012), “Astana Cinta Aleesa” (2014), dan “Akulah Balqis” (2015) Membintangi filem-filem seperti “1 Lawan Satu” (2013), “Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!” (2016), dan “KL Special Force” (2018) Terlibat dalam siri antarabangsa HBO Asia “Halfworlds” Membintangi pelbagai drama televisyen termasuk yang terbaru drama”Keluarga Itu”.  Filem terbaru akan datang bertajuk “The Damned” bakal ditayangkan 5 Jun 2025. 
BACA JUGA: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan Episod 1-30
Pencapaian Memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012 untuk telefilem “Pelarian”. Memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-18 pada 2014. Menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin. Memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014, mengalahkan pelakon veteran antarabangsa seperti Joan Chen. Dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee untuk telefilem “Di Mana Kan Ku Cari Ganti”. Disenaraikan oleh Harian Metro sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global pada Jun 2018. Kehidupan Peribadi Di sebalik kejayaannya, kehidupan peribadi Puteri Balqis tidaklah semudah yang disangka. Beliau pernah melalui fasa sukar dalam kehidupannya, termasuk cabaran kewangan dan masalah kesihatan yang menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika daripada dunia hiburan. 
Ibubapanya telah bercerai dan beliau tinggal bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz. 
Dalam satu hantaran Instagramnya (@morosechild), Balqis menyatakan bahawa beliau telah disahkan menghidap autoimmune oleh pihak doktor setelah beberapa kali ujian kesihatan dilakukan ke atasnya.
Dalam kepahitan hidup, Balqis telah menulis sebuah memoir bertajuk “38 Poems of Puteri Balqis”. Buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidupnya. 
Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapinya, namun dengan semangat dan bakat luar biasa yang dimilikinya, Puteri Balqis masih lagi kekal teguh dalamindustri seni dan berusaha membina kerjaya yang lebih gemilang. 
Fakta Menarik Puteri Balqis memulakan kerjaya lakonan pada usia 2 tahun. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 pada usia 7 tahun, mengalahkan pelakon veteran antarabangsa seperti Joan Chen. Bakat lakonan Puteri Balqis diwarisi daripada datuknya, Mohd Aziz Arifin atau Ken Arifin, yang merupakan pelakon terkenal seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Pada usia 17 tahun, Puteri Balqis telah diberi kepercayaan untuk melakonkan watak wanita dewasa dalam drama terbarunya.  Balqis menjadikan bintang Hollywood Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan. Beliau merupakan pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 melalui drama “Akulah Balqis”.  Dalam drama rantaian terbaru “Keluarga Itu”, Puteri Balqis memegang watak Dhamiah. Watak ini dilaporkan memberi tekanan kepada Balqis sehingga menyebabkan rambutnya beruban!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/puteri-balqis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=puteri-balqis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Marah Semasa Masak Fakta Menarik Tentang Bubur Lambuk Ramai Tak Tahu

Jangan Marah Semasa Masak Fakta Menarik Tentang Bubur Lambuk Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 176 hits
Fakta menarik tentang bubur lambuk yang ramai tak tahu Bubur lambuk adalah juadah istimewa yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan Namun ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik keenakan dan tradisi penyediaannya terdapat pelbagai fakta m...
Dari Legoland Ke Aeon 5 Tempat Menarik Untuk Rayakan Raya Bersama Keluarga

Dari Legoland Ke Aeon 5 Tempat Menarik Untuk Rayakan Raya Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 158 hits
Hari Raya Aidilfitri adalah waktu untuk bersuka ria berkumpul dan mencipta kenangan yang tak terlupakan dengan orang tersayang Tahun ini Malaysia dipenuhi dengan pelbagai taman hiburan yang mesra keluarga menggabungkan suasana meraikan Raya...
Berbuka Puasa Dalam Perjalanan 4 Tempat Menarik Untuk Iftar Semasa Naik Bas

Berbuka Puasa Dalam Perjalanan 4 Tempat Menarik Untuk Iftar Semasa Naik Bas

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 109 hits
Ramadan merupakan waktu yang penuh reflection kebersamaan dan tradisi bermakna Namun bagi yang sedang merantau di bulan puasa ada cabaran tersendiri perjalanan panjang dalam cuaca panas kekurangan tenaga semasa berpuasa dan mencari tempat y...
Iftar Kl 2025 Meriah Dengan Pelbagai Pengisian Kerohanian Aktiviti Menarik Sempena Ramadan

Iftar Kl 2025 Meriah Dengan Pelbagai Pengisian Kerohanian Aktiviti Menarik Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 183 hits
IFTAR KL diadakan sebagai inisiatif mengimarahkan bulan Ramadan bagi tahun 2025 Berlangsung setiap hujung minggu pada 15 16 22 dan 23 Mac ini merupakan program anjuran Jabatan Kebudayaan Keseniaan Negara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan War...
Walaupun Ada Saat Menarik Dalam Snow White Penulisan Yang Tak Konsisten Jadi Masalah

Walaupun Ada Saat Menarik Dalam Snow White Penulisan Yang Tak Konsisten Jadi Masalah

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 144 hits
Ulasan Snow White 2 0 5 Penilaian Ulasan Pelakon Utama Rachel Zegler Gal Gadot Pengarah Marc Webb Sinopsis Ulasan Filem Snow White SNOW WHITE adalah kisah seorang puteri yang melawan Ratu jahat Snow White ialah anak kepada seorang Raja dan ...
Selera Tradisi Maidah Al Barakah Bufet Ramadhan Yang Menarik Di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu

Selera Tradisi Maidah Al Barakah Bufet Ramadhan Yang Menarik Di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 103 hits
Baru baru ini dapat jemputan preview Buffet Ramadhan Selera Tradisi di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu Ia juga dinamakan Iftar Maidah Al Barakah Alhamdulilah banyak sekali menu yang menarik dan sedap Banyak sekali yang istimewa di sini se...
Mazurinakarem Jumpa Sticker Dinding Menarik Seperti Ini Tekan Link Di Bio Untuk Temuan Lebih

Mazurinakarem Jumpa Sticker Dinding Menarik Seperti Ini Tekan Link Di Bio Untuk Temuan Lebih

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 101 hits
KALAU KORANG NAK CARI STICKER WALL MACAM NI BLH TEKAN LINK DI BIO SAYA OK KALAU KORANG NAK CARI STICKER WALL MACAM NI BLH TEKAN LINK DI BIO SAYA OK by The post appeared first on
Jaulah Ramadan Kpm 2025 Apa Yang Menarik

Jaulah Ramadan Kpm 2025 Apa Yang Menarik

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 129 hits
Pada Ahad lalu Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia YBrs Encik Zainal bin Abas telah merasmikan penganjuran Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan untuk tahun 2025 di negeri Terengganu Acara ini melibatkan beberapa institusi penting t...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum

Renew Domain Untuk 2 Tahun

Resipi Kuih Cara Gula Sedap Buat Guna 2 Cawan Tepung Je