Jangan Cepat Sangat Nak Tolong Anak Biar Dia Belajar Sendiri Berdiri Duduk Dan Melangkah


Pertama kali bergelar ibu dan bapa, sudah tentu wujud perasaan teruja dengan tahap perkembangan bayi. Antara proses yang paling ditunggu-tunggu adalah menyaksikan anak mula berjalan, kan?

Bila anak mula berjalan?
Apabila si manja sudah boleh mencapai sesuatu pastinya ia antara usaha untuk anak mula berdiri. Selepas si kecil sudah boleh berdiri dengan sendirinya, ia merupakan 1 tahap perkembangan yang paling dinantikan kebanyakan ibu bapa.
Sebelum anak mula berjalan, dia perlu mempunyai koordinasi dan kekuatan pada bahagian otot. Proses ini akan bertambah baik apabila dia mula belajar untuk duduk, meniarap dan merangkak.
Selepas anak mempunyai koordinasi dan kekuatan otot, mereka akan mula menarik sesuatu untuk membantu diri bangun atau berdiri. Kebiasaannya anak mula berdiri sambil memegang sesuatu sekitar usia 6 hingga 10 bulan.
Bermula daripada proses berdiri itu, si kecil akan mula menambahkan keyakinan serta keseimbangan dirinya. Rata-rata bayi akan mula membuat langkah pertamanya apabila menjelang usia setahun.
Pada usia 1 tahun 3 bulan, kebanyakan anak mula berjalan tanpa sebarang bantuan. Namun, jika anak anda mungkin memerlukan masa lebih lama daripada itu, usah bimbang. Ia adalah 1 keadaan normal.
Ini kerana ramai bayi yang tidak boleh berjalan tanpa bantuan sehingga berusia 1 tahun 5 bulan hingga 1 tahun 6 bulan. Dikatakan bayi yang lebih banyak mengesot akan lebih lambat berjalan berbanding bayi yang merangkak.
Tahap perkembangan sihat
Umumnya, ibu bapa akan bimbang apabila bayi lain yang seusia dengan anak mereka sudah boleh berjalan sedangkan si manja mereka masih merangkak lagi. Pastinya soalan yang biasa timbul adalah sama ada anak mempunyai masalah kesihatan yang serius?
Anak mula berjalan adalah 1 langkah penting dalam tahap perkembangan fizikal si kecil. Semestinya bayi yang semakin membesar tidak akan duduk diam dan berbaring di dalam buaian atau di atas katil semata-mata.
Mereka juga pastinya berasa rimas jika didukung sepanjang masa. Ini kerana mereka akan mula untuk mencuba bangun dan berdiri, bertatih, berjalan tanpa bantuan, berlari dan melompat dengan rasa penuh keyakinan diri.
Haaa…mesti ibu bapa tidak sabar menanti saat-saat itu, bukan?
Dalam keterujaan itu, diharapkan para ibu bapa sekalian dapat bersabar, ya? Jangan pula dipaksa si kecil berjalan sedangkan mereka belum bersedia lagi.
Lahir hingga usia 2 bulan
Selepas dilahirkan, si kecil akan mempunyai refleks untuk menendang apa sahaja permukaan yang disentuh kaki mereka. Ia bukanlah bermakna mereka cuba menggunakan kaki untuk berjalan tetapi ia cuma tindakan refleks sahaja dan akan hilang selepas 2 bulan.
Sebagai contoh, jika anda memegang si kecil dalam keadaan menegak di atas paha sambil menyokong kepalanya, pastinya anda berasakan seperti mereka cuba menggunakan kaki, bukan?
5 hingga 10 bulan
Ketika mencecah usia 5 bulan, jika anda memegang si kecil dan kakinya menyentuh paha anda, mereka akan terenjut-enjut turun dan naik. Ia adalah 1 aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan akan datang.
Sepanjang tempoh ini, otot kaki bayi anda akan berkembang ketika mereka belajar meniarap, duduk dan merangkak.
Menjelang usia antara 8 hingga 10 bulan, si kecil mula ‘memaksa’ dirinya untuk berdiri sambil berpaut atau berpegang pada perabot atau sebarang objek yang boleh menyokong dirinya.
Setelah beberapa minggu si kecil membiasakan diri dengan kemahiran ini, mereka akan mula bergerak secara tegak dengan berpaut pada objek. Ada kalanya, apabila berasa yakin, mereka mungkin akan melepaskan pegangan tersebut dan berdiri tanpa sokongan.
Bilakah anak mula berjalan?
Apabila si kecil mula melepaskan sebarang pegangan, anda boleh mencuba untuk membantunya berjalan dengan memegang tangannya. Pasti anak anda akan cuba untuk memulakan langkah untuk berjalan.
9 bulan hingga setahun
Ketika berusia 9 hingga 10 bulan, si kecil akan mula belajar untuk membengkokkan lututnya dan mengetahui cara untuk duduk selepas berdiri.
Haaa… Ini bukan 1 perkara yang mudah untuk bayi, okay?
Kebiasaannya, pada usia 11 bulan, anak anda mungkin sudah mempunyai kemahiran untuk berdiri sendiri, membongkok dan mencangkung. Dia akan mula berjalan sambil memegang tangan anda.

Namun percayalah, dalam tempoh beberapa minggu, si kecil boleh melakukannya tanpa sebarang bantuan! Walau bagaimanapun, ada sesetengah bayi masih berjalan berpaut untuk mendapatkan sokongan, jangan risau, ia adalah normal.
Ada juga bayi yang tidak berjalan sehingga mereka berusia 17 atau 18 bulan.
Biarkan anak mula berjalan secara semula jadi. Memang rasa teruja untuk melihat si kecil berjalan tetapi sebaiknya, biarkan ia berlaku secara semula jadi.

Jangan anda memaksa mereka untuk berjalan semata-mata kerana melihat bayi lain seusia mereka sudah boleh berjalan. Tahap perkembangan setiap bayi adalah berbeza, jadi bersabar ya wahai ibu bapa sekalian.
Biarkan si kecil untuk melalui proses meniarap, merangkak, berpaut sebelum mula bergerak dan berjalan bebas tanpa bantuan.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Cepat Sangat Nak Tolong Anak! Biar Dia Belajar Sendiri Berdiri, Duduk Dan Melangkah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-cepat-sangat-nak-tolong-anak-biar-dia-belajar-sendiri-berdiri-duduk-dan-melangkah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 364 hits
Perkembangan sosial kanak kanak bermula sejak bayi lagi Ia merupakan satu proses dimana mereka belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan budaya dan masyarakat setempat Apabila anak sudah mula pandai bercakap me...
Tekstur Makanan Bantu Anak Cakap Ajar Makan Sendiri Jangan Takut Rumah Bersepah

Tekstur Makanan Bantu Anak Cakap Ajar Makan Sendiri Jangan Takut Rumah Bersepah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 481 hits
Tekstur makanan bantu anak bercakap Ini yang ramai ibu tak tahu tetapi sebenarnya ia sangat membantu anak anak di peringkat awal Menurut Dietitian ibu kena ambil tahu hal ini untuk perkembangan anak secara konsisten dan tidak terlewat berba...
Paling Panjang 2 Patah Perkataan Pilih Nama Anak Biar Pendek Tapi Maksudnya Baik

Paling Panjang 2 Patah Perkataan Pilih Nama Anak Biar Pendek Tapi Maksudnya Baik

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 324 hits
Sebaik baik nama yang ingin diberikan kepada anak adalah yang ringkas tetapi mempunyai pengertian yang elok Tidak perlulah berjela panjang sekadar mahu sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang maksud Paling ditakuti kita tersalah pilih ...
Jangan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

Jangan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 238 hits
Anak ni ko nak dia bijak cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat Iaitu elakkan TENGKING anak Ada beza ye garang tengking marah tegas Baca niGarangSejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personalit...
Najib Kenapa Gelojoh Sangat Kes Penularan Dalaman Meningkat Sempat Ker Nak Prepare

Najib Kenapa Gelojoh Sangat Kes Penularan Dalaman Meningkat Sempat Ker Nak Prepare

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 934 hits
Hari ini negara kita rekodkan 69 kes Covid baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virus Covid yang masih merebak dalam masyarakat tempatan Angka yang...
Cara Merawat Laptop Yang Baru Beli Agar Awet Dan Nggak Cepat Rusak Jangan Cuma Pintar Ngelap

Cara Merawat Laptop Yang Baru Beli Agar Awet Dan Nggak Cepat Rusak Jangan Cuma Pintar Ngelap

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 318 hits
Performa dan keawetan laptop itu sesungguhnya tergantung siapa yang pakai dan gimana ngerawatnya
Undi Tak Prcaya Pada Pm Mana Macai Ph Takkan Nak Biar Aje

Undi Tak Prcaya Pada Pm Mana Macai Ph Takkan Nak Biar Aje

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 267 hits
Dewan Rakyat belum terima usul undi tak percaya terhadap PMDEWAN Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jab...
Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan Bakal Dapat Anak Lelaki

Ainul Mardhiah Nak Jadi Kakak Tak Lama Lagi Mama Ainul Sedang Hamil 7 Bulan Bakal Dapat Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 413 hits
Gelagat comel buah hati rakyat Malaysia Ainul Mardhiah memang sering kali menjadi tumpuan ramai Apa sahaja yang dimuat naik oleh mama atau walidnya di akaun Instagram milik mereka pasti akan mendapat reaksi yang dari warga maya Terkini di l...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik