Sayangkan Bayi Peluk Cium Selalu Tak Perlu Mainan Banyak Dia Tak Reti Main Pun


Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak-anak. Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu, kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka. Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak-anak, ibu ayah sanggup berbuat apa sahaja!
Artikel Menarik: [Pelukan Ibu Boleh Berikan Ketenangan & Kurangkan Hormon Stres. Keraplah Peluk Anak]
Salah satu cara adalah dengan memenuhi kehendak anak. Kadang-kadang anak tak minta pun, kita yang akan beli. Contohnya mainan. Sampai penuh bakul kita belikan untuk mereka. Sebenarnya, mainan yang banyak bukan saja akan menyebabkan rumah bersepah, tetapi daya fokus anak juga terganggu.
Memetik perkongsian Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist melalui laman Facebooknya, membelikan mainan yang banyak atau berjenama untuk anak bukanlah cara menunjukkan kasih sayang kepada mereka. Ikuti penerangan beliau ini:
“KASIH SAYANG” BAGI SEORANG BAYI Cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka. Kita cakap “I love you” pun masa ini anak tak faham pun maknanya. Jadi macam mana nak “beritahu” anak yang kita sayang mereka?
Tak susah pun, mudah sahaja nak menambat hati anak bawah 2 tahun disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud “I love You”, kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.
Caranya: 1. Masa berkualiti. Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di Facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe

Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan “trust” suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.
Artikel Menarik: [Anak Lelaki & Perempuan Biar rapat Dengan Mak Ayah. Barulah Besar Jadi Orang]
Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama “Carta Suara” dalam hati anak
2. Pelukan dan sentuhan. Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama “makanan” minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.

Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak.
3. Urutan. Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari “bina badan” untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.

NAK ANAK CEPAT JALAN, URUT. BUKAN DIBERI ‘WALKER’ Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan
Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!
Artikel Menarik: [Pendiam & Susah Berkawan? Sifat Yang Biasanya Ada Pada Anak Kreatif]
Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu
Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.

Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun.
Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.
Selamat “menunjukkan” kasih sayang!
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun tentang bagaimana caranya menunjukkan kasih sayang kepada mereka tanpa memanjakan dengan mainan atau kemewahan yang lain. Hanya keberadaan ibu ayah di sisi anak-anak sambil melakukan aktiviti berkualiti bersama sudah cukup untuk merangsang tumbesaran mereka secara sihat.
 
The post Sayangkan Bayi, Peluk Cium Selalu. Tak Perlu Mainan Banyak, Dia Tak Reti Main Pun! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sayangkan-bayi-peluk-cium-selalu-tak-perlu-mainan-banyak-dia-tak-reti-main-pun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 486 hits
Pada waktu ibu sudah dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan doktor atau juru rawat akan meminta para ibu untuk mencatat jumlah serta masa gerakan bayi Jangan ambil remeh soal ini kerana ia dapat membantu para ibu untuk mengenal pasti...
Saya Teringin Nak Mak Depan Saya Nak Peluk Dia Nak Cium Dia Ebit Lew

Saya Teringin Nak Mak Depan Saya Nak Peluk Dia Nak Cium Dia Ebit Lew

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 414 hits
Sayangilah ibu dan ayah kita selagi hayat mereka masih ada tiada yang lebih bermakna selain daripada sayang anak kepada mereka Seperti luahan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew ketika memberi cermaah di majlisnya mengundang sebak kepada penonto...
6 Momen Menggemaskan Peluk Cium Bertubi Tubi Betrand Peto Dan Sarwendah

6 Momen Menggemaskan Peluk Cium Bertubi Tubi Betrand Peto Dan Sarwendah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 669 hits
Hubungan Sarwendah dan Betrand Peto terlihat begitu dekat Meski bukan ibu kandung Sarwendah seperti tak membedakan kasih sayangnya ke Betrand
Jangan Suka Suka Cium Bayi Doktor Beri Amaran Kerana Virus Rsv Meningkat

Jangan Suka Suka Cium Bayi Doktor Beri Amaran Kerana Virus Rsv Meningkat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 373 hits
Jangan suka suka ya cium bayi orang lain memang nampak cute dan geram bila tengok bayi kan Kenapa tak boleh cium Ini penjelasan dari doktor kanak kanak Gejala selesema sekarang ini makin menjadi jadi lebih lebih lagi bila dah masuk musim hu...
Ibu Terleka Main Telefon Nyawa Bayi Melayang Digilis Treler

Ibu Terleka Main Telefon Nyawa Bayi Melayang Digilis Treler

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 386 hits
SEORANG bayi lapan bulan yang sedang belajar bertatih maut digilis sebuah treler apabila walker yang dinaikinya menggelongsor ke tengah jalan di Soi Suksawat 84 Thailand Pemandu treler berkenaan kemudiannya menghentikan lori tersebut sebelu...
Bayi Tak Selesa Sebab Cuaca Panas Perlukah Dimandikan Selalu

Bayi Tak Selesa Sebab Cuaca Panas Perlukah Dimandikan Selalu

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 467 hits
Semasa cuaca panas bayi akan merasa kurang selesa dan sering berpeluh Jika selalu sangat berpeluh ia akan merengsakan kulit bayi dan bintik ruam akan mula naik Ketika inilah anak akan sentiasa meragam kerana ketidak selesaan serta rasa gata...
Anak Sanggup Cium Ketiak Shuib Untuk Dapatkan Mainan

Anak Sanggup Cium Ketiak Shuib Untuk Dapatkan Mainan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 547 hits
Korang tengok tak video shuibsepahtu baru baru di Instagram Haha Sis berdekah weh tengok anak beranak ni Macam macam perangai Mana taknya anak anak Shuib semuanya dah besar mestilah dah pandai minta mainan kan Eh boleh pula Shuib ni buat sy...
Malaikat Cabut Nyawa Dengan Penuh Kasih Sayang Kubur Peluk Erat Kita Seperti Ibu Menyusukan Bayi

Malaikat Cabut Nyawa Dengan Penuh Kasih Sayang Kubur Peluk Erat Kita Seperti Ibu Menyusukan Bayi

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 461 hits
Malaikat Cabut Nyawa Dengan Penuh Kasih Sayang Kubur Peluk Erat Kita Seperti Ibu Menyusukan Bayi Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam B...
Hebatnya Kuasa Peluk Cium Mak Ayah Ia Salah Satu Cara Nak Anak Jadi Pintar Punya Keperibadian Baik

Hebatnya Kuasa Peluk Cium Mak Ayah Ia Salah Satu Cara Nak Anak Jadi Pintar Punya Keperibadian Baik

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 382 hits
Nak membina keperibadian anak anak sememangnya perlu bermula dari awal usia Apabila mempunyai keperibadian yang baik perkembangan minda mereka juga akan lebih baik Dalam hal ini ibu dan ayah memainkan peranan dalam membentuk peribadi si kec...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking