Kalau Bayi Hisap Jari Biarkan Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan


Bila nampak bayi sendiri mula menghisap jari maka ramailah ibu bapa risau dan tertanya-tanya, “Tak cukup susu ke anak aku? Nak hisap puting ke?”. Lebih-lebih lagi bila si kecil menghisap jari dengan bersungguh-sungguh.

HISAP JARI BUKAN TANDA SAHIH ANAK PERLUKAN PUTING ATAU TAK CUKUP SUSU
Mana ada seorang bayi manusia pun yang tak hisap jari, betul tak?
Maka, makna di sebalik ‘hisap jari’ itu kadang-kala buat ibubapa keliru lebih-lebih lagi bila anak kelihatan ‘syok’ sangat hisap jari. Bersungguh-sungguh sampai berbunyi dan ada kalanya meleleh-leleh air liur
Saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool’ atau alat bantu tenang yang canggih. Kenapa ‘canggih’?:
Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi kini telah mempunyai 1 kemahiran menenangkan diri sendiri yang dia boleh buat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.
Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya. Ha, canggih kan?
So, siapa kata hisap jari tak elok?
Ini satu bentuk pencapaian bayi yang perlu di raikan tau!
Ramai bayi akan kelihatan mula cuba-cuba minat nak hisap jari bermula usia 2 bulan: Hisap semua jari, hisap ‘penumbuk’ dan hisap tepi penumbuk tangan. Ini semua BELUM MAHIR. Baru cuba-cuba nak mahirkan diri saja.
‘Mahir’ itu ialah bila anak telah mampu HISAP IBU JARI dengan mantap dan stabil (tak terlepas). Ini selalunya terjadi menjelang 3-5 bulan usia bayi. Sebab itu, hisap jari dalam English termanya ‘thumb sucking’. Bukan ‘finger/s sucking’ or ‘fist sucking’.

Ada beza ke hisap ibu jari VS hisap jari VS hisap penumbuk ni? Oh ada. Hisap IBU JARI beri kepuasan sebenar manakala hisap jari dan penumbuk tak begitu memuaskan maka tak begitu capai maksud ‘menghisap untuk merasa tenang’, secara amnya. Kenapa? Kerana untuk hisap itu beri kepuasan, puting (atau benda yang dihisap seperti jari) perlu di tekan dan di picit ke atas lelangit secara beritma (rhythmical pulsations) oleh permukaan lidah bayi lebih kurang mekanisma tekanan beritma hisapan botol atau penyusuan dari puting ibu atau puting tiruan.
OK, soalnya, kenapa selalunya di usia 2 bulan baru bayi minat nak hisap jari ?

Kerana, di usia 8 minggu (+/-), semua bayi manusia mengalami satu perkembangan mental yang di namakan: Dunia Corak & Bentuk
Maka, anda dapat lihat kadang-kala bayi merenung kertas dinding atau lukisan dinding rumah. Atau menikmati jalur cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya. Selalunya,bayi ‘saintis’ yang gemar berkelakuan begini.
Bayi juga lebih fokus bila memandang muka anda. Jika angin moodnya baik (cukup tidur), bayi nampak berminat nak berborak dan mampu senyum dan berbunyi ‘uh’ ‘ah’ sebagai respon. ‘Uh’ , ‘Ah’ dan bunyi pendek lain yang dapat di hasilkan dari peti suara manusia juga adalah sejenis corak. Bayi ‘sosial’ akan banyak berkelakuan begini.
Corak & bentuk bukan pada penglihatan dan sensasi luar sahaja. Tetapi juga dalam badan bayi. Maka bayi akan mula suka bermain jari serta mula cuba-cuba hisap jari kerana bukan sahaja bayi mula nampak antara jarinya ada 5 ruas (ruang antara jari), tetapi bayi ‘merasai’ pergerakan di antara tulang dan tendon nya. Lalu, bayi mahu meneroka corak gerakan dan koordinasi otot. Selalunya, bayi ‘atlet’ gemar berkelakuan begini.
***Ha…amacam? Menarik tak fakta sebenar di sebalik hisap jari?
Jika anak menghisap dengan SANTAI dan GEMBIRA tentulah ia sekadar mereka mahu bermain dan bereksperimen dengan jari mereka sahaja. Hisap jari begini bukan bermaksud mereka perlu berputing atau lapar!
Amat malang bila sebahagian ibu merasakan ia tanda tak cukup susu. Lebih malang, jika ‘nasihat kurang tepat’ itu datang dari ‘penasihat bahagian penyusuan ibu’. Ia menyebabkan ibu panik dan meningkatkan risiko ibu mula berfikir untuk mencampur susu formula HANYA KERANA SALAH FAHAM SIGNAL hisap jari anak.
Itu baru hisap jari tangan. Jika nanti anak dah kuat untuk angkat kakinya dan hisap jari kakinya pula, nak kena tambah susu apa pula??
Esok-esok bila anak jadi lebih gian menghisap ‘segala benda’ akibat gatal gusi nak tumbuh gigi, itu sebab tak cukup susu jugak ke???
Parahhhhh….
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
The post Kalau Bayi Hisap Jari, Biarkan. Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-bayi-hisap-jari-biarkan-itu-satu-pencapaian-yang-perlu-diraikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senyuman Pertama Bayi Satu Pencapaian Besar Penting Untuk Perkembangan

Senyuman Pertama Bayi Satu Pencapaian Besar Penting Untuk Perkembangan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 227 hits
Segala tekanan atau masalah kewangan tidak cukup tidur semua ini akan hilang apabila ibu bapa melihat senyuman pertama bayi Apa lagi yang boleh melawan kepenatan anda berbanding senyuman istimewa daripada bayi anda Senyum pertama bayi juga ...
Lihat Karakter Seseorang Dari Bentuk Jari Kakinya Yang Mana Satu Jari Kaki Anda

Lihat Karakter Seseorang Dari Bentuk Jari Kakinya Yang Mana Satu Jari Kaki Anda

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 506 hits
Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling sempurna dan unik Setiap bahagian tubuh manusia mempunyai keistimewaan serta fungsi masing masing Menurut sesetengah petua orang orang tua yang berpengalaman bentuk anggota tubuh badan man...
Jari Kaki Bayi 2 Bulan Nyaris Dibuang Akibat Terbelit Rambut Gugur Ibunya Selama 14jam

Jari Kaki Bayi 2 Bulan Nyaris Dibuang Akibat Terbelit Rambut Gugur Ibunya Selama 14jam

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 458 hits
Alex Upton menghadapi dilema yang biasa dihadapi oleh mana mana ibu bapa apabila dia tidak dapat memikirkan mengapa bayinya tidak berhenti menangis pada pagi minggu lepas Ibu Britain ini akhirnya menemui puncanya yang dikatakan hampir menye...
Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 359 hits
Anak makin besar perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa Macam macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya Nak cubit nak marah nak pukul semua ada dalam waktu itu Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan...
Terbelit Dengan Rambut Bersepah Atas Lantai Bayi Nyaris Kehilangan Jari Kaki

Terbelit Dengan Rambut Bersepah Atas Lantai Bayi Nyaris Kehilangan Jari Kaki

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 497 hits
Bayi 10 bulan hampir kehilangan jari kakinya selepas mendapati rambut terbelit di beberapa jari kakinya selama 12 14 jam sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir Alex Upton ibu kepada bayi berkenaan tertanya tanya apakah punca sebena...
Merealisasikan Makan Dan Minum Itu Sebagai Satu Ibadah 9457

Merealisasikan Makan Dan Minum Itu Sebagai Satu Ibadah 9457

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 366 hits
EMPAT NIAT YANG MENJADIKAN MAKAN MAKAN KITA BERNILAI IBADAHAl Allamah Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah mengatakan Makan bisa menjadi ibadah dengan beberapa berikut Pertama bila diniatkan untuk menjalankan perintah Allah Sebab Al...
Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 462 hits
Pada waktu ibu sudah dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan doktor atau juru rawat akan meminta para ibu untuk mencatat jumlah serta masa gerakan bayi Jangan ambil remeh soal ini kerana ia dapat membantu para ibu untuk mengenal pasti...
Tular Foto Perkahwinan Unik Terbongkar Status Lelaki Itu Rupanya Suami Orang

Tular Foto Perkahwinan Unik Terbongkar Status Lelaki Itu Rupanya Suami Orang

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 372 hits
Semalam telah tular beberapa foto perkahwinan yang diambil berlatarbelakang air b4njir yang melanda sempadan selatan Thailand Semua foto yang diambil oleh jurugambar perkahwinan tersebut tular sehingga ke Malaysia kerana keunikannya diambil...
Calar Kereta Dalam Pameran Untuk Paksa Bapa Beli Kenderaan Itu Untuknya

Calar Kereta Dalam Pameran Untuk Paksa Bapa Beli Kenderaan Itu Untuknya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 391 hits
Apa kerja pula ni Macam manalah agaknya dia boleh fikir cara ni boleh berhasil erk haha Kalau korang nak tahu baru baru ni dalam satu pameran kereta di Shangrao kelihatan seorang lelaki telah menggores pintu belakang kereta pameran dan ia m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt