Jangan Lah Lagi Mohon Pengampunan Banduan Lain Yang Mencuri Menamat Kan Hukuman Dengan Jayanya




Menurut anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa, bapanya berasa kecewa apabila Lembaga Pengampunan hanya memberi pengurangan hukuman penjara dan denda, bukan pengampunan penuh.
Menerusi Instagramnya, anak perempuan Najib itu berkongsikan perasaan bapanya itu selepas balik dari Penjara Kajang.
Katanya, ketika lawatan itu, Najib memegang sehelai kertas ditangannya – keputusan Lembaga Pengampunan.
“Yana bertanya, “Ayah, macam mana?”
“Daddy jawab: “Kecewa, sangat sangat kecewa”
Dalam hal ini, biar saya kongsikan sedikit dapatan singkat saya di kalangan sebilangan kecil rakyat dua tiga hari kebelakangan ini iaitu sejak diumumkan keputusan Lembaga Pengampunan WP mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Sebagai jawapan mudah, di samping menyedari kuasa memberi pengampunan adalah hak serta budi bicara Yang di-Pertuan Agong ketika itu selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan WP, saya hanya berkata, ia dberikan kerana ada permohonan daripada Najib.
“Jika Najib tidak memohon pengampunan, maka tiadalah Lembaga Pengampunan perlu bermesyuarat dan membuat keputusan,” kata saya kepada mereka.
Macam banduan lain, misalnya yang bersalah kerana mencuri makanan atau keperluan untuk disuap ke mulut agar kekal bernafas, atas kesalahan itu mereka biasanya akan dihukum penjara selama beberapa tahun atau bulan.
Oleh kerana mereka itu miskin dan tidak tahu ada ruang untuk memohon pengampunan, maka mereka tidak membuat sebarang permohonan untuk diampunkan.
Mereka sebaliknya hanya reda saja berada di dalam di penjara sehingga sampai waktu untuk dibebaskan.
Kesimpulannya, di sebalik pengurangan hukuman keatas Najib yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan itu, rakyat bukan saja tidak gembira, malah jauh lebih kecewa daripada apa yang Najib rasai.
Ini kerana, rakyat sedar skandal 1MDB atau sabitan bersalah dalam kes SRC International yang Najib sudah didapati bersalah itu, ia bukanlah suatu cerita rekaan, fantasi atau fatamorgana.
Skandal itu adalah cerita nyata yang menggegarkan dunia sehingga beberapa filem dan buku diterbitkan kerananya, bahkan hutang 1MDB masih lagi ditanggung kerajaan.
Dengan itu, daripada segelintir kecil perasaan rakyat yang saya sempat berkomunikasi itu, hampir majoriti berasakan Najib tidak perlu diberi apa-apa pengurangan hukuman, jauh sekali pengampunan penuh.
Saya yakin majoriti rakyat lain juga berperasaan yang sama.
Jika ada badan-badan penyelidik yang sedia membuat “survey” lebih menyeluruh tentang perasaan rakyat daripada pelbagai kaum, usia, latarbelakang, pekerjaan dan sebagainya, saya yakin hasilnya pasti tidak jauh berbeza.
Dengan itu, kepada Nooryana Najwa, pesanlah kepada Najib – janganlah berasa terkalu kecewa kerana rakyat jauh lebih kecewa lagi.
Sebagai langkah ke hadapan, jika benar Najib memahami denyut nadi rakyat, adalah disarankan agar beliau tidak lagi cuba mengemukakan apa-apa permohonan berkaitan pengampunannya selepas ini.
Cukuplah sekali saja permohonan itu dilakukan sebelum ini dan sedarlah, rakyat amat tidak gembira kerana baru setahun lebih saja dihukum penjara daripada 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah, rayuan sudah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.
Tak payah lagi mohon pengampunan, sebaliknya berehatlah di Penjara Kajang sehingga 23 Ogos 2028 atau kalau tak dibayar denda RM50 juta yang sudah dikurangkan itu, tambahlah setahun lagi berehat sehingga 23 Ogos 2029. – ShahbudinHusin 04/02/2024.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/jangan-lah-lagi-mohon-pengampunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sanjung Bakal Banduan

Jangan Sanjung Bakal Banduan

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 127 hits
Banduan dan bekas banduan tak jadi masalah Sebab mungkin dia dah bertaubat Dan insaf Pintu taubat masih terbuka Yang jadi masalahnya kalau sanjung bakal banduan Sebab dia masih salah dan belum terhukum Taubat Entahlah Lebih pelik bila pemfi...
Jangan Jaga Tepi Kain Parti Lain Fahmi Fadzil Tegur Hassan Karim

Jangan Jaga Tepi Kain Parti Lain Fahmi Fadzil Tegur Hassan Karim

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 161 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim diberi teguran keras dagar tidak menjaga tepi kain parti lain Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Hassan perlu menghormati rakan daripada parti lain yang berada dalam kerajaan perpaduan Fahmi me...
Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

Shafee Abdullah Lembaga Pengampunan Cadang Najib Habiskan Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 264 hits
MalaysiakiniSurat yang mempunyai cap mohor yang di Pertuan Agong sebelum ini menunjukkan kemungkinan wujud perbezaan pendapat antara Seri Paduka dan Lembaga Pengampunan berkaitan hukuman Najib Razak Surat itu dibacakan oleh peguam Najib Sha...
Pengampunan Najib Hukuman Penjara Dikurangkan Kepada 6 Tahun Media Singapura

Pengampunan Najib Hukuman Penjara Dikurangkan Kepada 6 Tahun Media Singapura

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 275 hits
AgensiKuala Lumpur Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya semalam kata sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kep...
Pengampunan Najib Wan Rosdy Desak Tony Pua Buat Permohonan Maaf Jangan Terlalu Biadap

Pengampunan Najib Wan Rosdy Desak Tony Pua Buat Permohonan Maaf Jangan Terlalu Biadap

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 133 hits
KUANTAN Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendesak Tony Pua membuat permohonan maaf serta memadam semua hantaran atau berdepan tindakan undang undang susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan tempoh hukuman ...
Pengampunan Dan Pengurangan Hukuman Kes Najib Tidak Sedikit Pun Pmx Layak Terima Ucapan Terima Kasih

Pengampunan Dan Pengurangan Hukuman Kes Najib Tidak Sedikit Pun Pmx Layak Terima Ucapan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 253 hits
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Umno kerana amat prihatin dengan nasib bekas Presiden mereka yang juga bekas PM Dato Seri Najib Tun Razak yang kini merengkok di dalam penjara selama 12 tahun mulai 23 Ogos 2022 atas tuduhan k...
Muhyiddin Layak Jadi Pm Kenapa Nak Pilih Calon Lain

Muhyiddin Layak Jadi Pm Kenapa Nak Pilih Calon Lain

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 221 hits
Shamz Johan Zarrah Morden amp Nadjwatul HudaSetiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mempersoalkan dakwaan pihak luar yang menamakan pemimpin lain sebagai calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional selain daripada pengerusinya Muhyiddin Yassi...
Daim Mungkin Ada Aset Lain Perlu Disoal Siasat Sekali Lagi Sprm

Daim Mungkin Ada Aset Lain Perlu Disoal Siasat Sekali Lagi Sprm

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 187 hits
HarapandailyMantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mengkin akan dipanggil sekali lagi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana SPRM mengesyaki Daim masih mempunyai aset yang belum diisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Aza...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups