Pengampunan Dan Pengurangan Hukuman Kes Najib Tidak Sedikit Pun Pmx Layak Terima Ucapan Terima Kasih




Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Umno kerana amat prihatin dengan nasib bekas Presiden mereka yang juga bekas PM, Dato Seri Najib Tun Razak yang kini merengkok di dalam penjara selama 12 tahun mulai 23 Ogos 2022 atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Saya melihat kepimpinan Umno di bawah Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu konsisten sekali menangani isu ini dengan penuh berhemah dan tertib sekali ibarat 'menarik rambut dari tepong".  Zahid sedar harapan terlalu tinggi di kalangan ahli-ahli Umno untuk melihat bekas Presiden mereka itu dibebaskan melalui poses Pengampunan Diraja.  Namun demikian, Zahid juga sedar bahawa Umno kini berada di dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Anwar Ibrahim yang dikenali amat teguh berpegang dengan prinsip keadilan serta memelihara integriti sistem kehakiman dan perundangan.  Justeru itu, pendekatan harus bijak agar Kerajaan Perpaduan tidak dilihat tercemar dengan langkah-langkah sumbang.


Fakta menunjukkan, Umno mengalami beberapa episod sedih di dalam isu Najib Razak ini.  Episod sedih bermula ketika di era kepimpinan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2018 di mana bekas PM ke 6 dan bekas Presiden Umno  itu diheret ke mahkamah atas dakwaan yang disebutkan di atas.  


Episod sedih seterusnya berlaku pada era kepimpinan Muhyidin di bawah Kerajaan Perikatan Nasional yang Umno pun turut berada membentuk kerajaan tersebut tetapi perbicaraan di peringkat mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan menyaksikan Najib gagal mempertahankan dirinya.  Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu menyatakan mereka tidak mencampuri urusan mahkamah.  


Paling menyedihkan lagi, pada Ogos 2022 masih lagi di era Kerajaan Perikatan Nasional tetapi di bawah Naib Presiden Umno sendiri Dato Seri Ismail Sabri, nasib Najib masih gagal dipertahankan setelah melalui proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di mana Najib dikekalkan bersalah dan  dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Muhyidin selaku Pengerusi Perikatan Nasional berkata, beliau lega dengan keputusan mahkamah tersebut.  Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, nasib baik waktu ini Ismail Sabri jadi PM, bukan Muhyidin.  Jika Muhyidin waktu itu jadi PM, ahli-ahli Umno akan marah kepada PM.  Maksudnya, ahli-ahli Umno tidak marah kepada PM, Ismail Sabri di atas pemenjaraan Najib. 


Setelah melalui episod-episod kesedihan dan malang Umno di era kerajaan PN, ahli-ahli Umno mengharapkan ada sedikit cahaya buat  bekas Presiden mereka di era Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan PMX.  Sayugia diingatkan, Anwar Ibrahim mahu diangkat menjadi PM oleh Pakatan Harapan sejak sekian lama bukan untuk membebaskan semua pesalah di dalam penjara, tetapi beliau diharapkan dapat menegakkan keadilan serta memelihara institusi kehakiman dan perundangan.  


Tahukah anda, Petisyen Pengampunan Najib ini sebenarnya telah mula dikemukakan pada 02 September 2022 iaitu ketika era Kerajaan Perikatan Nasional di mana Umno masih berada di dalam kerajaan tersebut dan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri adalah PM waktu itu.  Selepas itu apa yang berlaku?  Kita tidak mendengar apa-apa berita dan perkembangannya sehinggalah PRU15.  


Apabila Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM ke 10 dan membentuk Kerajaan Perpaduan, isu Pengampunan Najib ini diangkat semula meskipun kelazimannya seseorang yang ingin memohon pengampunan akan menjalani sebahagian dari hukumannya terlebih dahulu.  Namun, bagi PMX sekiranya seseorang pesalah itu berhak untuk memohon pengampunan mengikut Perlembagaan maka ianya wajar diberikan hak mereka bukan berdasarkan kelaziman atau kebiasaan.  


Saya tidak pasti apakah tindakan PMX menyegerakan proses Lembaga Pengampunan itu suatu perkara yang baik dan melegakan buat Umno.  Saya juga tidak pasti apakah keputusan Lembaga Pengampunan yang diPengerusikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong yang telah mengurangkan 50% jumlah penjara dan denda itu suatu berita yang baik atau tidak kepada ahli-ahli Umno terutamanya waris Najib itu sendiri.  Agong mempunyai kuasa mutlak di dalam membuat keputusan setelah menimbangkan berbagai aspek dan tidak wajar kita untuk bersangka buruk terhadap keputusan itu.  Pandangan pro dan kontra terhadap keputusan tersebut juga pernah berlaku sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan penuh oleh Agong ketika itu.  


Saya percaya, Mesyuarat MKT Umno baru-baru ini menyedari semua ini dan mereka berhak untuk mengambil pendirian untuk terus berusaha membebaskan Najib melalui Pengampunan sekali lagi untuk dipertimbangkan oleh Agong yang baru.  Ini juga ditegaskan oleh PMX bahawa Najib berhak mengemukakannya bukan kerana namanya Najib tetapi ianya adalah tentang hak dan keadilan.  


Saya amat terkilan kerana PMX dijadikan sasaran oleh beberapa pihak yang sememangnya sentiasa mencari bahan untuk menyerang batang tubuh insan ini.  Cuba kita fikirkan, lojik atau tidak;


Najib dituduh di mahkamah di zaman Mahathir.
Najib dijatuhkan hukuman penjara dizaman Muhyidin.  
Najib masuk penjara dizaman Ismail Sabri.
Najib diberi pengurangan 50% jumlah pemenjaraan dan denda dizaman Anwar Ibrahim.  Di era Anwar PM, yang memulakan Lembaga Pengampunan bersidang awal dari kelazimannya dan menghasilkan keputusan yang dimuktamadkan oleh Agong.  Namun, Anwar Ibrahim terus menjadi sasaran serangan mereka.


Allahu Akbar.  Seandainya ini berlaku terhadap Anwar Ibrahim sewaktu beliau dipenjarakan beberapa kali dan diberi hak seperti ini, saya sebagai penyokongnya pasti bersujud syukur kepada Allah.   Tetapi ianya tidak berlaku kepada beliau.  Anwar terus merengkok lama di dalam penjara sehinggalah seawal tahun 2018 Agong ketika itu merasakan Anwar telah dianiayai dan membebaskannya. 


Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur.


WFAUZDIN NS






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/pengampunan-dan-pengurangan-hukuman-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduankini Apakah Pengurangan Hukuman Najib Keputusan Agong

Panduankini Apakah Pengurangan Hukuman Najib Keputusan Agong

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 231 hits
Kenyataan satu muka surat Lembaga Pengampunan berhubung hukuman penjara Najib Razak telah mencetuskan perbezaan pendapat di kalangan orang ramai Ramai kecewa dengan keputusan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun serta pen...
Pengampunan Najib Hukuman Penjara Dikurangkan Kepada 6 Tahun Media Singapura

Pengampunan Najib Hukuman Penjara Dikurangkan Kepada 6 Tahun Media Singapura

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 250 hits
AgensiKuala Lumpur Hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya semalam kata sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kep...
Keputusan Pengurangan Hukuman Najib Pm Anwar Mahu Kritikan Kecaman Dihentikan

Keputusan Pengurangan Hukuman Najib Pm Anwar Mahu Kritikan Kecaman Dihentikan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 277 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Februari 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini 8212 Bernama PUTRAJAYA Perdan...
Pm Anwar Ibrahim Mahu Kritikan Dan Kecaman Terhadap Keputusan Pengurangan Hukuman Najib Razak Dihentikan

Pm Anwar Ibrahim Mahu Kritikan Dan Kecaman Terhadap Keputusan Pengurangan Hukuman Najib Razak Dihentikan

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 119 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya semua kritikan dan kecaman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihentikan Anwar turut menggesa agar k...
Terima Kasih Warga Kkm Dari Pmx

Terima Kasih Warga Kkm Dari Pmx

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 223 hits
Saya menyeru kepada warga Kementerian Kewangan tatkala perjumpaan bulanan pada pagi ini agar giat meneruskan amanah bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kebajikan rakyat Dalam bibit awal pentadbiran Kerajaan MADANI ini kita menjunjung ...
Pmx Jelaskan Isu Pengampunan Terhadap Najib

Pmx Jelaskan Isu Pengampunan Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 224 hits
Sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini saya singkap kembali keputusan Lembaga Pengampunan ke atas mantan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak Saya ambil maklum dan faham bahawa keputusan Lembaga Pe...
Pengurangan Hukuman Ke Atas Najib Hak Agong William Leong

Pengurangan Hukuman Ke Atas Najib Hak Agong William Leong

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 140 hits
Oleh Abdullah Zaid Pengurangan hukuman penjara dan denda ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan hak Yang di Pertuan Agong Menurut Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen kuasa pengampunan termaktub di bawah Perkara 42 Per...
Rentasan 1542 Isu Pengampunan Najib Ini Amaran Terakhir Pmx Buat Pemi

Rentasan 1542 Isu Pengampunan Najib Ini Amaran Terakhir Pmx Buat Pemi

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 156 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1542 1 ANTARA IHSAN BELAS IHSAN DAN MERCU KEIHSANAN 2 MUDAH DIBICARAKAN TAPI TIDAK MUDAH DIAMALKAN 3 TOLONGLAH JANGAN KUAT SANGAT MENJILAT
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat