Jangan Kata Malay Pemalas 10206



Kita emo, egois, enggan memaafkan, mudah terasa, mudah tersinggung, mudah marah... ertinya takwa dan iman kita perlukan baja tambahan lagi dan lagi dan lagi dan... In Syaa Allalh.

Makanya perkukuhkanlah hati untuk terus menerus mendekat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā)

Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.

Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.

Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina olih Trump untuk menyekat pelarian Mexico daripada membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Sepanyol mengalami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian² Sepanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai masjid² di negara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan di negara² yg pernah mengharamkan laungan azan kini sibuk membuka semula masjid² dgn laungan azannya.

Tidak siapa akan mempercayai doktor² perubatan yg merawati pesakit² menemui ajal sedangkan pesakit² mereka beransur pulih.

Tidak siapa akan mempercayai doktor² perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula² daripada sumber² asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.

Tiada siapa akan mempercayai akhbar² dan jernal² utama di negara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith² Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, walaupun alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.

Tiada siapa akan mempercayai yg ayat² suci Al Quran dibaca di White House dan penghuni²nya mendengar bacaannya dgn bagitu khusuk setelah bertahun-tahun mereka mengutuk Islam sebagai agama pengganas.

Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dalam ketakutan seperti tikus² dalam gereja.

Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa² di atas.

Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.

Kredit n beserta doa: Penulis asal makalah di atas. 

Jangan senang-senang kata Malay Pemalas. Sejarah membuktikan... termasuklah Malay yang Amanah kena tibai dengan Malay yang serupa antaranya batu api atau talam dua muka. Ingat DARAH BANGSAWAN bukan lesen untuk alam kubur terang benderang dan mewangi. 

Kisah di bawah antara watak Allahyarham yang hebat semasa hayatnya - sebab yakin Melayu dan Islam terabai waktu itu. Al Fatihah. 

Siapa kenal pelakon kacak era 50 an dulu? Allahyarham Mustapha Maarof . Ini adalah ayah beliau yang dibunuh oleh gangster gangster  yang didalangi PKM komunis.  Pemilik Bank Melayu pertama yang menggoncang ekonomi Tanah Melayu ketika itu yang dikuasai oleh British dan kongsi kongsi gelap pendatang Cina.

Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, pejuang ekonomi Melayu... Allahyarham tak sanggup melihat orang Melayu berhutang dengan ceti, maka ditubuhnya Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama dengan menjual tanah tanah milik keluarga beliau untuk mendapatkan modal permulaan

Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa Melayu tanpa orang Melayu dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Pemikiran jauh dan tindakan Maarof yang juga seorang Lawyer  itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking milik kaum cina yang hanya memberi pinjaman kepada kaum cina tetapi tidak kepada kaum Melayu. Kaum melayu dikenakan bunga yang amat tinggi apabila terpaksa meminjam dari ceti dan kongsi-kongsi gelap. 

Dia diugut dan disuruh menutup bank beliau oleh kongsi gelap, tetapi beliau tidak tunduk. Akibatnya beliau diugut dan kongsi-kongsi gelap ini telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta. 

Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong. 

Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.

Betapa dengkinya mereka sejak puluhan tahun yang lalu.... kita adalah Bangsa Hebat. Mereka sebenarnya gentar kepada kita lebih-lebih lagi bila kita bersatu.

Luaskan kuasa #BMF
Kredit n beserta doa: Penulis asal makalah di atas. 

👌jgn kata Malay pemalas. Malay yg hebat pun kena bunuh. Paling malang jika Malay khianat bangsa sendiri. Apa pun tepuk dada tanya takwa n iman. Aamiin

Nurse, kiblat arah mana?Kriss Merah  6.4.20 
"Maaf pakcik, saya bukan Muslim"
Perbualan itu menarik telinga aku. Automatik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku. Memang la diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai kopiah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan.
"Err kejap saya check kan"
Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang.

"Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini"

"Ooooo patutlah".

Itu cara awal kami berkenalan semalam. Semalam aku teman abang ipar yang dimasukkan kedalam wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua ini ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi aku duduk ialah ditengah antara dua katil, katil kanan ada abang ipar aku, katil kiri ada pakcik tua nie.
Bila keluarga pakcik nie pulang tiba-tiba pakcik nie tepuk tangan aku.
"Sudah witir?"
"Witir? Err belum.. Belum lagi"

Malu sebenarnya kena tanya macam tu. Witir adalah solat sunat yang sangat jarang aku nak buat selain bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun nasiblah dapat buat kalau pergi berjemaah.. Kalau sorang? Faham-fahamlah..
Muka pakcik nie cemas, dia bagitahu dia belum buat witir lagi, terus dia gegas ke toilet.Aku ingat dia nak solat atas katil, rupanya dia nak solat atas lantai, aku offer dia kerusi aku untuk dia solat duduk, dia kata;
" tak apa, saya mampu berdiri"
Selesai witir yang agak panjang bagi aku termasuk dengan bacaan selepas solat dia berbaring kat katil.
"Kamu tahu, Nabi tidak akan tidur pada malam hari melainkan setelah membaca As Sajadah, Tabaroka (Mulk), Rahman dan Yaasin"
Dalam hati aku bebel, betul ke? Ada dalil ke? Memandai je kot?
Terasa nak bahas tapi mengenang jam masuk pukul 1 pagi dan pakcik ini sendiri sangat uzur maka aku diamkan. Cuma aku kagum dan terkejut rupanya dia baca (melalui hafalan) 4 surah nie tadi lepas witir.Sakit-sakit pun rajin lagi.Tiba-tiba dia tanya aku soalan yang selalu aku terima dan selalu juga aku pedih untuk jawab.
"Kamu sudah keluar berapa hari?"
Ini 'kod' kepada jemaah Tabligh. Sebuah jemaah yang aku kagum.
"Err saya tak pernah... Saya ikut ghash yang petang-petang tu dulu dengan ta'alim bila free, itupun lama dulu"
Dia agak hairan. Dulu pun bila aku jawab gitu orang yang bertanya hairan. Mungkin kerana wajah aku (janggut panjang) automatik membuatkan mereka menyangka aku anggota jemaah mereka.
Aku ingat dia nak cakap yang dia terkejut atau luahkan kekecewaan, sebaliknya dia ikrom pada aku (memuliakan). Dia tak tanya apa sebab aku tak libatkan diri. Tapi dia ceritakan kisah dia.
Dia pesakit jantung, ada 3 lubang pada jantungnya dan ada juga masalah jantung yang lain. Dia cuma dapat berjalan 10 langkah bersama tongkat dan perlu berhenti rehat. Tak boleh jalan laju dan terus menerus. Keuzuran itu begitu ketara sejak akhir ni sehingga dia cuma dapat solat berjemaah pada fardhu jumaat semata-mata. Itupun setelah puas dilambai minta tumpang.

Namun sebelum uzur sebegini kaki beliau dianugerahkan hampir ke seluruh pelusuk negara, mengajak umat pada iman, malah menyampaikan dakwah di beberapa negara lain melalui jalan Tabligh.

Tujuan dia cerita untuk merangsang aku, kalau dia yang sakit pun boleh buat, maka aku yang sihat kena usaha bagi boleh.
Kemudian dia tanya aku satu lagi soalan berat.

"Ada tahajud?"

"Err kurang, kurang sangat"

"Umur berapa?"

"Saya 22"

"Ada cinta? (Dia senyum).

"Eh taklah muda lagi (aku malu)

"Tahajudlah.. Umur saya 83, Allah beri izin saya tahajud tanpa tinggal walau satu malam dimana pun semenjak tahun '73. Hampir 40 tahun"

Aku kaget. Biar betul. Aku duduk ngan siapa nie???? Aku dah mula rasa malu.

"Kita dibeban dengan fikir tahajud itu susah, kerana itu kita tidak mampu, niat perlu betul, niat yang betul maka kita akan bangun untuk tahajud walau letih macam mana dan tidur pukul berapa, Allah akan bantu, namun jika masih tertidur sampai subuh, niat tadi tetap Allah kira, tidak akan dipersiakan"

Dia menceritakan bagaimana dia kerap digenggam oleh 'sesuatu' yang mengejutkan dia untuk bangun tahajud, teringat cerita Arwah Tokguru Nik Aziz yang dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik untuk qiamullail.

Kuncinya pada niat. Nak atau taknak. Itu pada pilihan kita. Allah akan bantu.
Aku malu sangat. Tiba-tiba ada pakcik dari katil agak jauh terbangun tidur dan nampak macam alami kesusahan, nurse tak ada pulak kat situ, aku gegas ke pakcik tu. Jam sudah pukul 2.00 pagi.

Bila aku balik ke tempat duduk. Pakcik tua ini sudah tidur. Tenang wajah dia.

Aku bergerak ke surau tingkat atas. Tidur disana.

Setelah sekian lama sebak sungguh aku tahajud. Mungkin Allah nak pesan kat aku melalui lidah pakcik tua ni.

10 minit sebelum subuh. Dengar bunyi tongkat yang agak kuat menuju ke ruang solat. Alangkah terkejutnya aku bila tengok pakcik tua tu masuk kedalam surau.

Jauh jugaklah nak berjalan ke sini dari wad tadi dan dia dalam keadaan sakit. Rupanya dia datang sebab dia teringat awal perbualan tadi aku sebut aku solat kat tingkat atas. Allah luluhnya hati tengok pakcik nie punya semangat.

Ramai datang untuk subuh, cuma sebab aku yang 'special' dalam bab pakaian (hiasan luaran) maka akulah yang kena azan dan akulah juga kena jadi imam.

Aku tak ingat bila last aku azan, lagu azan pun aku taram tibai ikut suka hati, melalut adab azan aku langgar sana sini.

Dan suara aku waktu pagi memang unik. Sebab 4 nada suara bercantum, kejap garau, kejap lembik, kejap slow dan paling kerap putus nafas.

Waktu jadi imam pun bacaan melalut, adab imam untuk solat subuh ialah membaca ayat agak panjang dan berunsur motivasi syurga-neraka/hari pembalasan (ini yang aku belajar). Maka berterabur nada baca dengan waqaf ibtida' kelaut campur nafas tak cukup.

Ayat pun macam tak confident sebab dah terlalu selalu baca qulhuwallah dengan an nas (atau mana-mana yang pendek)

Habis solat aku dengan malu bergerak ke tingkat bawah, kembali ke wad.

Serentak pulak pak cik tua nie jalan sekali, aku malu dengan bacaan dan suara aku. Tapi dia pandang aku sambil jalan dan cakap (tak boleh diberitahu disini-sangat peribadi).

Bergenang airmata. Sambil jalan aku tengok dia terhenti-henti. Kejap paut kat dinding ambik nafas. Ada sekali dia terjerit "Allah" dengan penuh lemah. Pasti kerana sakit.

Sedih sangat. Kembali ke katil, dia berzikir. Sedangkan aku perlu beredar pulang ke rumah untuk rehat. Aku tak sampai hati nak ganggu dia. Aku cuba tunggu tapi lama sangat. Dia berdoa, kejap dia nangis, kejap dia relaks, kejap dia pekup muka kejap dia angkat tinggi.

Akhirnya aku pesan kat abang ipar untuk sampaikan salam pada dia.

Nama dia aku tak tau, cuma aku tau dia duduk Pantai Dalam.

Kenapa aku tulis sebegini panjang dan kau baca dengan penuh sabar sedangkan orang lain cuma scroll down laju-laju?

Kerana aku harap, perkongsian ini memberikan jariah buat pakcik tua ini, supaya kita belajar sesuatu dan beroleh sedikit kesedaran.

Terima kasih pakcik. Terima kasih Allah sebab temukan kami.

Kredit info via Mohd Firdaus Razak

Admin : Umur ini tertentu, dimasa sebelum umur mencecah 40 tahun, persiapkanlah ilmu dan mantapkanlah pegangan amal , diumur 40 tahun itulah kita mencari kesempurnaan untuk persiap bekal ke akhirat 

Sumber:
Nurse, kiblat arah mana? - Kriss Merah

8 Januari 1916, kegagalan memalukan tentera bersekutu menceroboh empayar Uthmaniyyah  Kriss Merah  9.1.18 
8 Januari 1916. Hari ini dalam sejarah Uthmaniyyah, pasukan bersekutu telah sepenuhnya berundur dari pantai Semenanjung Gallipoli, yang berakhir dengan usaha pencerobohan Empayar Uthmaniyyah. Kempen Gallipoli menghasilkan 250,000 korban Sekutu dan sangat merosakkan perintah ketenteraan Allied. Winston Churchill meletak jawatan sebagai Lord First of Admiralty dan diturunkan ke kedudukan dalam Kabinet sebagai hasil langsung kegagalan.

Sumber:
8 Januari 1916, kegagalan memalukan tentera bersekutu menceroboh empayar Uthmaniyyah - Kriss Merah

 Herdikan Imam Hammad asbab jadikan Siwabih ulama tersohor ilmu bahasa Arab 

 Tiga (3) ulama Nusantara yang suaranya "menggegarkan" Masjidil Haram 

 Serangan Lenggong 1982, bukti bertapa berhati binatang pengganas Komunis 

 Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang warak dan tegas laksana syariat Islam 

Menjejak Tamadun Melayu Champa yang hilang

Sultan Dipatuan Kudarat pembela Islam di Selatan Filipina

3 Perkara Dicintai Abu Darda' Tetapi Dibenci Manusia Lain

 Syaitan menggelupur apabila surah al Baqarah dibaca didalam rumah 

Pekerja Melayu Islam berdakwah kepada majikannya tauke Cina Kriss Merah  5.1.19 
Gambar HiasanDakwah Bil Hikmah.

Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam. 
Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100. Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali. Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan

Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media. 
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia. 
Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya. 
Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"
"Doa." Balas saya. 
"Doa apa?" Tanya dia. 
"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya. 
"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis. 
"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi. Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah. Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia. 
Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya. 
Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya

Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan. Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak." "Percaya bagaimana?" Tanya saya. "Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia. 
Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja

"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."
Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan. 
Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni

Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam

kredit : Encik RahsiaPekerja Melayu Islam berdakwah kepada majikannya tauke Cina - Kriss Merah


Ahli zikir dan ahli syukur  Kriss Merah  8.11.18 
AHLI DZIKIR DAN SYUKURRasulullah صلى الله عليه وسلم pernah memberi wasiat kepada sahabat Muadz رضى الله عنه, “ Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat : ‘Allahumma a’innii ‘ala dzikrika wa syukrika, wa husni ‘ibaadatika.’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu).” (HR. An Nasa’i dan Ahmad).
Barangsiapa yang merindukan menjadi seorang ahli dzikir, maka kita tahu bahwa dzikir adalah amalan yang tiada bandingannya. Ahli dzikir adalah orang yang paling sering diingat oleh Allah سبحانه وتعالی. Allah سبحانه وتعالی. berfirman, “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.” (QS. Al Baqarah [2] : 152)Dan, barangsiapa yang ingin menjadi ahli syukur, maka kita tahu bahwa syukur adalah pembuka nikmat Allah سبحانه وتعالی. Jauh lebih hebat bersyukur daripada berkeinginan. Bersyukur akan mendatangkan jaminan Allah berupa berbagai macam nikmat, sedangkan berkeinginan tidak mendatangkan apa-apa selain bagaikan rasa haus yang tiada berkesudahan.
Ahli zikir dan ahli syukur - Kriss Merah


Siapa orang yang faqih  Kriss Merah  28.3.17
Imam Asy-Syafi’e رحمة الله تعالى dalam Diwan (kumpulan syairnya) berkata: “Orang yang faqih adalah yang beramal dengan perbuatan. Bukan dinamakan faqih jika hanya fasih dengan lisan dan perkataan. Dan yang disebut pemimpin adalah yang memimpin dengan kelembutan. Bukan dinamakan pemimpin hanya dengan banyaknya pengikut dan bawahan. Demikian juga yang disebut kaya adalah orang yang dermawan. Bukan dinamakan kaya hanya dengan sekadar banyaknya harta simpanan.”Siapa orang yang faqih - Kriss Merah

Nak hidup atas dunia, fikir.. nak hidup di akhirat, zikir
Rasulullah SAW menangis terlihat azab neraka ke atas kaum wanita
lKisah Kiyai Salleh Selendang Merah memerangi Komunis
10 bentuk kekejaman Komunis ke atas etnik Melayu Champa
Aminuddin Baki Bapa Pendidikan Malaysia yang juga ahli PAS seumur hidup
Kilang percetakan al Quran kedua terbesar selepas Madinah di Putrajaya 

Jihad ekonomi di zaman Rasulullah dalam menghadapi musuh Islam  Kriss Merah  26.8.19
\
Gambar sekadar hiasan.

1. RASULULLAH pernah mengenakan tekanan ekonomi terhadap Quraysh yang menzalimi Islam. Ketika Quraysh mendustakan Rasulullah dan memerangi Islam, Baginda berdoa kepada Allah supaya Quraysh diuji dengan kekeringan sumber dan tekanan ekonomi. Baginda Nabi berdoa:


اللهم أعني عليهم بسبع كسبع يوسف . فأصابتهم سنة حصدت كل شيء حتى كانوا يأكلون الميتة
“Ya Allah, bantulah daku dengan menimpakan sesuatu ke atas Quraysh seperti kemarau tujuh tahun yang menimpa kaum Nabi Yusuf. Maka Quraysh ditimpa tahun kemarau sehingga mereka terpaksa memakan bangkai.” (HR al-Bukhari).

2. Keadaan kemarau dan ekonomi yang meruncing ini benar-benar memberikan tekanan kepada Quraysh sehingga Abu Sufyan datang memohon kepada Rasulullah agar mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat Qurasyh. Kata Abu Sufyan:


أي محمد، إن قومك قد هلكوا، فادع الله أن يكشف عنهم فدعا
“Wahai Muhammad, sesungguhnya kaummu sedang binasa. Maka doa kepada Allah agar diangkat musibah ini, lalu Rasulullah mendoakan mereka.

3. Selain itu, seorang sahabat Nabi bernama Thumamah ibn Uthal al-Hanafi turut pernah mengenakan boikot ekonomi terhadap Quraysh. Ketika beliau datang untuk menunaikan Umrah ke Mekah, Quraysh mendakwa Thumamah telah terkena sihir Muhammad. Thumamah yang juga ketua kaumnya bersumpah akan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Quraysh. Kata Thumamah:


لا والله لا تأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن في ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم
“Demi Allah, tidak akan ada satu biji gandum pun daripada al-Yamamah yang akan dieksport ke Mekah sehinggalah kami mendapat keizinan Rasulullah.” (HR al-Bukhari)

4. Tekanan dan kepungan ekonomi juga pernah dikenakan ke atas Yahudi Bani al-Nadhir yang telah melanggar perjanjian dengan Rasulullah. Beberapa insiden ini menunjukkan tindakan tegas Rasulullah dan sahabat terhadap kaum yang memusuhi Islam.

5. Kuasa membeli adalah ditangan anda. Majoriti pengguna adalah Muslim. Sekiranya sesuatu kaum jelas menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, maka jihad ekonomi adalah salah satu daripada jalan menghadapinya.

6. Dalam masa yang sama, Muslim juga seharusnya membantu produk Muslim yang lain dalam membina kekuatan ekonomi buat kaum Muslimin itu sendiri.

Ikuti Page Kempen Sokong Produk Muslim untuk mengetahui lanjut tentang produk serta kempen ini. Beli produk Muslim sahaja!

Sumber : Ismaweb.net
Admin : Umat ini akan kembali bermaruah pabila kita mahu berdiri diatas kaki sendiri
Jihad ekonomi di zaman Rasulullah dalam menghadapi musuh Islam - Kriss Merah


Hilang agama kerana 4 perkara ini   Kriss Merah  29.8.18 
Kata Hikmah Syeikh Abdul Qadir Al Jailani رضى الله عنه"Saudaraku, janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang apabila diberi nasihat, tidak mahu menerima, dan jika mendengar nasihat tidak mahu mengamalkannya. Ketahuilah, bahawa agamamu akan hilang disebabkan empat perkara :
1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui

2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui

3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, sehingga tetap bodoh

4. Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
Hilang agama kerana 4 perkara ini - Kriss Merah


Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/04/jangan-kata-malay-pemalas-10206.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tediaa Pkp Undang Undang Terpakai Kepada Semua Jangan Fikir Anda Istimewa Kata Tun M

Tediaa Pkp Undang Undang Terpakai Kepada Semua Jangan Fikir Anda Istimewa Kata Tun M

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 434 hits
PKP Undang undang terpakai kepada semua jangan fikir anda istimewa kata Tun M Tun Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Foto The Star JANGAN fikir anda istimewa...
Jangan Sampai Orang Kata Mufti Cap Ayam

Jangan Sampai Orang Kata Mufti Cap Ayam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 327 hits
MALAYSIA DATELINE Kenyataan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad memberi penjelasan berhubung kebenaran kilang arak...
Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 275 hits
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia mengingatkan bahawa mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan tidak wajar dilayan seperti penjenayah Dalam satu kenyataan hari ini NGO itu menyifatkan tindakan polis menangkap individu yang melang...
Jangan Anggap Mereka Istimewa Kebal Undang Undang Kata Tun M

Jangan Anggap Mereka Istimewa Kebal Undang Undang Kata Tun M

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 387 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin kerajaan supaya menunjukkan teladan baik dengan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Mahathir menegaskan bergelar pemimpin kerajaan...
Jamuan Dengan Timbalan Menteri Bukan Kenduri Kata Exco Perak

Jamuan Dengan Timbalan Menteri Bukan Kenduri Kata Exco Perak

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 431 hits
EXCO Perak Razman Zakaria mengakui kesilapan menjamu Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali dalam satu majlis bersama kumpulan petugas di sebuah maahad tahfiz seliaannya di Perak Pada masa sama beliau juga kesal kerana jamuan makan be...
Putar Belit Harakahdaily Berkata Yang Anwar Tidak Kata

Putar Belit Harakahdaily Berkata Yang Anwar Tidak Kata

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 300 hits
Bukan sekali Harakahdaily menyiarkan berita karut dan bukan sekali dua media lebai ini memadam beritanya Bahkan media ini nampaknya lebih teruk dari Utusan Membaca tajuk Perakuan Buat Muhyidin Iktiraf Kerajaan Sah yang disiarkan oleh Haraka...
Maaf Sahaja Tak Cukup Kata Pimpinan Ph

Maaf Sahaja Tak Cukup Kata Pimpinan Ph

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 274 hits
By 19 April 2020KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin Pakatan Harapan menegaskan permohonan maaf daripada Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan tidak mencukupi Menurut bekas Timbalan Menteri Indus...
Andai Kata Mahathir Tangani Covid 19

Andai Kata Mahathir Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 287 hits
Diterbitkan Hari ini 8 09 pmULASAN Ramai pihak memuji cara Malaysia mengendalikan Covid 19 Hari ini jumlah kes yang dilaporkan adalah yang terendah sejak PKP diperkenalkan Semalam jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia adalah 69 Ia memang s...
Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Lelaki Gagal Bakar Pejabat Kerana Asyik Tergelincir

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Website Terbaik Untuk Buat Semakan Dan Permohonan

Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Syria Gaza S Pura Batu Putih Putih Mata Tun M

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

No Plans To Repatriate Malaysian Students In Syria Says Foreign Minister

10 New Trains For Ets To Meet High Demand Deputy Minister

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System