Jangan Jadikan Hari Raya Untuk Menilai Orang Lain


 



Assalamualaikum. Apa dah jadi dengan kita? Hari raya dijadikan hari untuk menghakimi dan mengadili orang lain.

Yang beri duit raya sedikit, kita kata dia kedekut. Sedangkan infaq dan sedekah orang tu kita tak tahu. Kita boleh bersyukur, tapi pilih untuk mengeji.

Yang ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak dalam English, kita pandang sinis. Kata mak ayahnya dulu English pun fail sedangkan itu memang bahasa komunikasi mak ayah dengan anaknya di rumah. Itu bentuk latihan bagi anak-anak mereka. Siapalah kita nak tentukan? Kita boleh biarkan mak ayah didik anaknya sendiri dengan cara mereka, tapi kita pilih untuk sentap.

Yang bawa pulang kereta besar dan mahal dikatakan mahu menunjuk-nunjuk. Jika tidak dicanangkan itu kereta sewa, dihebohkan dengan hutang 9 tahun. Parking sana dikatakan berlagak. Parking sini dikatakan bermegah. Sedangkan itu memang kenderaan dia, dibeli untuk keluarga mereka, atas hasil titik peluh mereka mencari rezeki. Kita boleh tumpang gembira, tapi kita pilih untuk kotorkan pandangan dengan hati yang busuk.

Yang nampak kilauan-kilauan emas di jari dan tangan dikatakan menunjuk kekayaan. Sedangkan itu ialah perhiasan dan aset yang terkumpul atas penat lelah menyimpan dan mencari rezeki. Waktu mereka susah dan kelam, kita pejam mata. Waktu bersinar, kita rasa mata kita buta sebab terlalu menyinar. 

Kadang-kadang, tak perlu emas banyak pun kita dah rasa tak senang duduk. Itu tandanya masalah hati. Kita boleh pilih untuk seronok tengok hasil usaha orang lain, tapi kita pilih untuk sakit hati.

Yang upload gambar keluarga mereka bergembira di hari raya pun kita panas hati. Letak caption bahagia itu simpan untuk diri sendiri, penyakit ain dan sebagainya. Memori manis keluarga orang lain tapi kita yang nak masamkan dengan hati yang busuk. Penyakit ain itu datangnya dari hati sendiri. Tapi tak sedar diri, sibuk ingatkan orang lain. Kita boleh seronok tengok orang gembira tapi kita pilih derita.

Pokok pangkalnya diri kita, tapi semua orang kita salahkan. Hari kejayaan yang sepatutnya diraikan, dipenuhi dengan bisikan-bisikan busuk dalam hati dan akhirnya ke media sosial.

Tak perlu jadi kalkulator untuk rezeki orang lain. Tak perlu jadi ahli nujum untuk menilik masa depan orang. Tak perlu jadi ahli sejarah untuk mengungkit segala kelemahan lalu.

Tenanglah. Bergembiralah di atas kegembiraan orang lain. Percayalah yang kita tak tahu apa orang lain lalui. Berhentilah mengadili dan menghakimi. Raikan hari raya dengan hati yang ikhlas. Bukan senang nak bersua muka. Setahun belum tentu sekali.

Semoga dapat mendetikkan sesuatu.

#BroOhsem
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/05/jangan-jadikan-hari-raya-untuk-menilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 452 hits
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing masing Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak mer...
Hiburan Lain Dari Yang Lain Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Lain Dari Yang Lain Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 252 hits
Beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut dan selalunya kita dapat lihat di Malaysia tradisi yang selalu dilakukan adalah balik kampung memakai baju raya membuat lemang serta lauk pauk raya memberi duit raya dan pelbagai lagi Namun ...
Man Bai And Amylea Azizan Collaborate With Aurelius Healthcare For New Mash Up Kau Ilhamku Di Hari Raya

Man Bai And Amylea Azizan Collaborate With Aurelius Healthcare For New Mash Up Kau Ilhamku Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 326 hits
Iconic Malaysian singer Man Bai has teamed up with Aurelius Healthcare to perform an exclusive song Kau Ilhamku di Hari Raya This unique mash up was produced by talented producer and singer songwriter Amylea Azizan who was inspired to combi...
Lari Timing Ini Meme Tarikh Hari Raya 2022 Jatuh Pada 2 Mei Awal Sehari Dari Jangkaan

Lari Timing Ini Meme Tarikh Hari Raya 2022 Jatuh Pada 2 Mei Awal Sehari Dari Jangkaan

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 344 hits
Tarikh Raya Puasa Seluruh Malaysia Jatuh pada 2 Mei 2022 Esok Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad Bagi...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 436 hits
Dah 2 Tahun Raya Cancelled Eh taklah cancel tapi Raya Tertangguh sebab PKP tak dibenarkan merentas negeri Akhirnya masuk fasa endemik dapatlah kita berpeluang rasa suasana raya sebenar walaupun masih lagi hidup dengan COVID 19 Hari Raya Aid...
Hiburan Cuti Panjang Raya Ni Jom Book Tiket Ke Genting Skyworlds Tempat Tarikan Lain Dengan Klook

Hiburan Cuti Panjang Raya Ni Jom Book Tiket Ke Genting Skyworlds Tempat Tarikan Lain Dengan Klook

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 261 hits
Aku bosanlah raya ni jom gi jalan jauh sikit Mengaku cepat siapa macam ni raya pertama dengan kedua je berkumpul dan ziarah ahli keluarga Lepas tu mulalah macam cacing kepanasan nak beraktiviti AdvertisementNo worries kami faham sangat pera...
Pandu Lalu Sebut Selamat Hari Raya Dapat Baucar Mcdonald Percuma

Pandu Lalu Sebut Selamat Hari Raya Dapat Baucar Mcdonald Percuma

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 366 hits
Ucap Selamat Hari Raya dapat Mekdi PERCUMA Meriahkan Aidilfitri dan gayakan Raya anda untuk dapatkan baucar Mekdi PERCUMA dari 30 April 4 Mei ini di pandu lalu McDonald s Setiap hari sepanjang 5 hari ini 100 baucar makanan akan diberikan di...
10 Lokasi Bazar Aidilfitri 2022 Sekitar Lembah Klang Untuk Beli Kelengkapan Hari Raya

10 Lokasi Bazar Aidilfitri 2022 Sekitar Lembah Klang Untuk Beli Kelengkapan Hari Raya

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 415 hits
Selain bazar ramadan pengoperasian Bazar Aidilfitri juga menjadi pilihan orang ramai berbelanja mencari kelengkapan menyambut perayaan hari raya Aidilfitri Pelbagai barangan keperluan untuk persiapan menyambut hari raya di Bazar Aidilfitri ...
Singapore To Celebrate Hari Raya On Tuesday

Singapore To Celebrate Hari Raya On Tuesday

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 291 hits
Hari Raya will be celebrated tomorrow in Malaysia Indonesia and Brunei while Singapore will celebrate it on Tuesday SINGAPORE Hari Raya Aidilfitri will be celebrated on Tuesday in Singapore while Brunei and Indonesia will celebrate it on Mo...
Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank

Apa Beza Polis Dengan Vat 69


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital