Jangan Ingat Di Tanah Suci Mekah Madinah Tak Ada Scammer


The Reporter


Jenayah dan penipuan ada di mana-mana sahaja tanpa mengira umur, lokasi dan waktu. Suspek sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang atau barangan yang dimiliki. 
Bukan sahaja di tempat-tempat sunyi, di bandar-bandar atau negara-negara tertentu, aktiviti sebegini juga berlaku di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Pasti ada antara kita tidak percaya perkara sebegini berlaku. 
Seperti yang diceritakan oleh pemuda ini, scammer juga berlaku di sana. Dan si pelaku menggunakan dua teknik yang berbeza untuk mengaburi seseorang iaitu cara kasar dan cara halus

SALAM Semua. Hati-Hati dengan SCAMMER di AL-HARAMAIN. Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tak ada scammer, ada rupanya. Bezanya ada yang kena cara halus dan cara kasar saja

CARA KASAR
Cara pertama, sudah pastinya bagi kita diseluk atau ditorehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf atau Saie, cara depa buat ni memang kita pun tak perasan langsung. Ini memang berani dan pro. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mahu riban-riban dan handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara pertama ini, wanita adalah target utama)

Cara kedua, scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) untuk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "Pak, mau cium Hajarul Aswad?", kalau kita cakap mau, dia mintak siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1,000 Riyal pun ada. 
Kita cakap tak ada atau tak mahu, then dia blah lah. Tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit. So, hati-hati. 
Cara ketiga, hati-hati bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. Saya pernah tengok depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja. 
Then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal. Makcik tu pun terkiyal-kiyal dengan mamat tu. Hakikatnya saya tengok sendiri makcik tu bagi dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram. So makcik dapatlah balik baki duitnya 99 Riyal). Hati-hati dengan penjual yang duduk atas food-truck di Jabal Rahmah. 
Cara keempat, mak-mak Arab yang berjubah hitam yang dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam). Ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1,001 macam cerita siap dengan drama dan watak-watak pelakon sampingan lagi. So, awas jangan cepat melatah dan bermurah hati sangat. Sekali kita bagi, habis. Kita akan dikerumun oleh "mereka.”
Cara kelima, geng teksi pun sama. Awalnya kita dah deal harga dari Airport Jeddah ke hotel di Mekah 200 Riyal. Nanti bila sampai di Mekah, dia akan buat-buat pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat-buat cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan (padahal itulah game plan diorang) kalau nak secure baik ambil GRAB/UBER terus. 
CARA HALUS (Lebih kepada Psychology) 
Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah tak hairan sangat dengan kaki scam ini sebab dah tahu game depa. Saya layan (sebab nak tengok game depa). Saya didatangi oleh seorang lelaki Pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih). Dia tarik saya ke tepi dan bermulalah cerita sedihnya yang dia kena seluk, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua yang sedang baring) untuk menyakinkan kita dengan ceritanya. 
Dia mintak 500 Riyal untuk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tahu dia SCAM, saya cakap saya tak ada duit dan terus saya blah dengan nada cengei sikit la

Saya intai dia dan geng-geng dia mencari mangsa yang lain dari jauh. Yup, ternyata mangsa keduanya berjaya. Dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit dan terus blah. (Geng sindiket 4 ke 5 orang). Kalau sehari dia dah kaut 1,000 Riyal, kalau sebulan dah berapa

Saya perhati rata-rata mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah dan haji rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei, mungkin easy target kot atau kita ni memang suka bersedekah

KESAN PADA JEMAAHKita akan hilang focus untuk beribadat. Dok menyesal atas kealphaan kita.Membuatkan keluarga yang berada di Malaysia menjadi risau atas kejadian yang menimpa. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling.Murung
Inilah beberapa jenis Scammer yang ada di Tanah Suci Mekah & Madinah

Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia, berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau tajam. Kalau tersilap langkah, pasti ada yang nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab di sana bukannya semua Malaikat, 
Tapi ada sekelompok manusia yang sentiasa mengambil kesempatan. Orang-orang macam ni depa peduli apa, bukannya depa hairan di Tanah Haram ka, bukan Tanah Haram ka, janji masyuk

Jemaah juga DIINGATKAN kalau pergi MASJID , tak payah gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban. Bawa duit SR50 ke SR100 sudah. Duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ke atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ke). 
Saya pesan sebab kita bukannya tiap-tiap bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya dengan orang-orang macam ni pula, kesian pun ada. 
Jadinya pakat-pakat beringat. Bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia untuk dijauhi dari pekara-perkara macam ni. Andaikata terkena scam macam ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan tak ada rezeki kita lah tu. Tapi kalau amaunnya besar, terus buat laporan polis, ajak Mutawwif pergi buat report. 
Sementara musim haji ini, pesan-pesanlah kepada jemaah dan rakan taulan yang ada di Tanah Suci. #SekadarBeringat. 
* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci
Sumber: Azrul Zabani

July 16, 2019 at 07:18AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/07/jangan-ingat-di-tanah-suci-mekah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Buat Haji Hati Hati Scammer Berjubah Putih Di Tanah Suci

Yang Buat Haji Hati Hati Scammer Berjubah Putih Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 600 hits
Aku keluar dari hotel agak lewat sikit utntuk solat jumaat ruang solat di sebelah dalam sudah penuh Jadi aku hanya solat di kawasan dataran Masjid Nabawi Selesai solat jumaat jemaah berpusu pusu keluar Aku masih duduk di atas sejadah berzik...
7 879 Calhaj Embarkasi Solo Tiba Di Tanah Suci

7 879 Calhaj Embarkasi Solo Tiba Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 193 hits
Kasubag Humas Panitia Penyelenggara Ibadah Haji Embarkasi Solo Agus Widakdo mengatakan total jemaah calhaj yang wafat sebanyak 2 orang Sedangkan yang mengalami sakit sebanyak 4 orang 2 orang dirawat di RSUD Moewardi 2 orang menjalani observ...
Kisah Cinta Di Tanah Suci Kakek Mahmud Enggan Terpisah Dari Istri Walau Sekejap

Kisah Cinta Di Tanah Suci Kakek Mahmud Enggan Terpisah Dari Istri Walau Sekejap

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 228 hits
Kisah cinta kakek nenek asal Ambon Maluku ini sungguh menggugah haru Cinta Mahmud Sopamena yang berusia 87 tahun terlihat total terhadap istrinya Kalsum Litiloli yang berusia 75 Di Bandara Internasional Amir Muhammad bin Abdul Aziz Madinah ...
Berhati Hati Dengan Penipuan Di Mekah Madinah

Berhati Hati Dengan Penipuan Di Mekah Madinah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 602 hits
Original Content Buat jemaah yang bakal mengerjakan haji dan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah sila berhati hati dengan taktik penipuan di Mekah Madinah Jangan ingat di Tanah Haram tiada scammer Jangan anda ingat semua orang di sana ber...
Jangan Ejek Pesakit Mental

Jangan Ejek Pesakit Mental

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 534 hits
Oleh Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim Anda sedang sakit kaki kerana terseliuh dan langkah anda terbatas Tiba tiba seorang lelaki melintas di hadapan anda dengan SENGAJA mengajuk langkah anda yang terhencot hencot Selepas beberapa langkah me...
Jangan Ditebang Pokok Besar Ini Suatu Masa Boleh Berteduh Kembali Di Bawahnya Dari Ribut Petir Tok Mat

Jangan Ditebang Pokok Besar Ini Suatu Masa Boleh Berteduh Kembali Di Bawahnya Dari Ribut Petir Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 325 hits
ADAKAH UMNO bersedia terhadap sebarang kemungkinan bakal berlaku termasuk menghadapi pengharaman parti itu ekoran dakwaan menerima dana 1Malaysia Development Berhad Diajukan soalan itu dalam satu pertemuan di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpu...
Tony Fernandes Pemerintah Indonesia Jangan Terlalu Mengatur Harga Tiket Pesawat

Tony Fernandes Pemerintah Indonesia Jangan Terlalu Mengatur Harga Tiket Pesawat

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 294 hits
Persaingan maskapai termasuk mengenai penerapan harga tiket seharusnya menjadi strategi bisnis Masyarakat sebagai konsumen kemudian bebas memilih pesawat mana yang akan digunakan Dengan demikian persaingan sehat pun akan tercipta
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord