Jangan Ditebang Pokok Besar Ini Suatu Masa Boleh Berteduh Kembali Di Bawahnya Dari Ribut Petir Tok Mat


ADAKAH UMNO bersedia terhadap sebarang kemungkinan bakal berlaku termasuk menghadapi pengharaman parti itu ekoran dakwaan menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?
Diajukan soalan itu dalam satu pertemuan di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur Isnin lalu, Timbalan Presiden UMNO, DATUK SERI MOHAMAD HASAN atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat mengajak orang Melayu menghayati
satu perkara ini – jasa dan sumbangan UMNO yang bukan sedikit dalam memakmurkan bumi Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia selama tempoh 73 tahun.
Ada pesanan disampaikan Tok Mat untuk renungan orang Melayu dan bukan Melayu dalam sembang setengah jam dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL.
BERLINDUNG DARI RIBUT PETIR
UMNO apa pun adalah sebatang pokok besar yang teduh melindungi orang Melayu selama lebih 70 tahun. Kalau tidak mahu berteduh di bawahnya, jangan ditebang. Biarlah pokok itu terus hidup. Kita tidak tahu di masa depan. Mana tahu suatu masa nanti orang Melayu perlu berlindung semula di bawah pokok besar ini dari hujan, panas dan ribut petir.
Pohon besar ini telah banyak melindungi kita dari hujan, panas. Dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, sedikit kalau tak banyak pun telah banyak membawa kebaikan kepada semua kaum khususnya orang Melayu. Jangan dibunuh pokok yang besar ini. Jangan dibubarkan UMNO ini.
MEREKA PUN DARI SEKOLAH LATIHAN UMNO
UMNO, parti yang telah lama wujud. Parti-parti Melayu yang ada sekarang dalam Pakatan Harapan, Putra dan Negara pun, semuanya bermula dari sekolah latihan UMNO. UMNO telah banyak mengeluarkan pemimpin waima dari dalam kerajaan.
UMNO mentadbir negara bersama rakan-rakan komponen Barisan Nasional telah banyak berjasa membangunkan negara. Tidak lain tidak bukan kerana kerajaan terdahulu ditunjangi UMNO merupakan kerajaan yang stabil. Kerajaan yang mantap akan menstabilkan ekonomi negara menerusi keyakinan pelabur luar.
Kepada orang Melayu, UMNO telah lama menjadi pohon berteduh dan akan sentiasa berfungsi sebagai pohon yang besar.
Jika ada suara hendak bubarkan UMNO, harap janganlah beremosi sangat. Bawalah pemikiran yang tenang, waras.
YAKIN BANGKIT SEMULA
Walaupun UMNO sudah kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, itu tidak bermakna parti tidak boleh bangkit lagi. Bahkan, kalau diambil iktibar dari kekalahan itu dan bermuhasabah diri, UMNO boleh bangkit semula dengan lebih kuat lagi.
 Pemuda, Wanita dan Puteri ada peranan masing-masing. Orang muda dalam UMNO perlu gerakkan usaha untuk menarik lebih ramai orang muda di luar sana untuk bersama-sama menyedarkan anak-anak Melayu akan politik semasa.
4 TAHUN TIDAK LAMA
Dalam politik, empat tahun bukan tempoh yang panjang. Kini setahun dua bulan sudah berlalu sejak PRU-14, 9 Mei tahun lalu. Maka jentera UMNO mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU-15.
Yang kita tidak tahu sama ada PRU-15 dipanggil cukup (mandat memerintah) lima tahun atau tempohnya lebih awal dari itu. Di Sarawak, kita ada rakan BN biarpun Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak bersama dengan BN tetapi GPS tidak pula menyertai PH.
KEGELISAHAN MELAYU
Orang Melayu berasa amat gelisah dengan keadaan politik semasa yang mereka merasakan kepentingan orang Melayu dan agama Islam itu sudah mula dipersoalkan. Kebimbangan itu semakin dirasai dalam empat, lima bulan kebelakangan ini.
Kebanyakan orang tidak kira Melayu dan bukan Melayu berasa tidak selesa dengan kerajaan sekarang disebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi. Kos sara hidup terus mencengkam rakyat. Kuasa beli berkurangan disebabkan harga komoditi asas jatuh. Peniaga-peniaga tidak mendapat keuntungan akibat kurang kuasa beli rakyat.
ALHAMDULILLAH KERJASAMA UMNO-PAS
Alhamdulillah! Orang Melayu telah dapat melihat hasil muktamar Tahunan Pas minggu lepas (21 hingga 23 Jun di Kuantan). Saya ucapkan terima kasih kepada kepemimpinan Pas khususnya Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seluruh jentera Pas kerana telah sebulat suara membahaskan usul tersebut dan bersetuju menerima agenda penyatuan ummah.
Yang penting sekarang soal penyatuan ummah kerana selepas ini UMNO-Pas akan bersama-sama membentuk piagam penyatuan ummah ini. Ada jawatankuasa pelaksana peringkat negeri dan Parlimen. Penyatuan ummah ini tidak termaktub kepada orang UMNO dan Pas semata-mata tetapi melibatkan keseluruhan orang Melayu untuk bersatu demi kelangsungan Melayu dan Islam.
Pada 10 Julai ini (Rabu depan), ada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu, UMNO dan Pas. Saya (Mohamad) akan mengetuai jawatankuasa dari UMNO dan Timbalan Presiden Pas , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menerajui jawatankuasa dari Pas untuk mengemas kini dan meneliti draf Piagam Penyatuan Ummah yang telah siap disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal kedua-dua parti. Apabila draf ini dipersetujui, maka kedua-dua parti akan memilih tarikh untuk pelancaran. Lokasi majlis sama ada dilakukan di tempat terbuka atau tertutup seperti stadium atau PWTC.
Kerjasama UMNO-Pas ini suatu peristiwa bersejarah yang mana dua parti Melayu terbesar tanah air menandatangani piagam untuk bekerjasama demi penyatuan ummah.
Utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/05/jangan-ditebang-pokok-besar-ini-suatu-masa-boleh-berteduh-kembali-di-bawahnya-dari-ribut-petir-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Zahid Kembali Pimpin Umno Tangkis Usaha Lagakan Pemimpin

Tok Mat Zahid Kembali Pimpin Umno Tangkis Usaha Lagakan Pemimpin

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 521 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan SEPANG Keputusan Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali meneruskan tugasnya sebagai presiden Umno dapat menangkis persepsi negatif dimainkan sesetengah pihak yang berhasat melaga lagakan pemimpin dalam parti k...
Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 368 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa beliau kembali aktif memimpin UMNO Katanya sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana UMNO perlu di...
Pru15 Mungkin Tahun Depan Tok Mat Jangka Kerajaan Ph Setengah Penggal Saja

Pru15 Mungkin Tahun Depan Tok Mat Jangka Kerajaan Ph Setengah Penggal Saja

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 477 hits
The ReporterTimbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menjangkakan Pilihan Raya Umum ke 15 akan diadakan pada Mei 2020 jauh lebih awal berbanding tempoh lima tahun selepas PRU14 Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata jangkaan itu dib...
Tok Mat Ingatkan Ahli Perlunya Kesatuan Untuk Umno Terus Bangkit

Tok Mat Ingatkan Ahli Perlunya Kesatuan Untuk Umno Terus Bangkit

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 343 hits
SEPANG 30 Jun Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan ahli parti agar terus bersatu padu dan meninggalkan perkara serta faktor lain yang menyebabkan parti boleh berpecah belah Pada masa yang sama beliau turut menyeru ag...
Tok Mat Membaca Fikiran Mahathir Atau Tok Mat Mendapat Maklumat Dari Mahathir

Tok Mat Membaca Fikiran Mahathir Atau Tok Mat Mendapat Maklumat Dari Mahathir

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 361 hits
PRU tahun hadapan Apakah SEBAB yang sama Zahid tergesa gesa menamatkan percutian Berbeza dengan Kj Hakikatnya apakah komponen PH tidak boleh membaca fikiran Mahathir atau tidak dimaklumkan oleh MAHATHIR Mereka sengaja dibiarkan untuk terus ...
Kerajaan Ph Gagal Tadbir Urus Negara Dengan Baik Tok Mat

Kerajaan Ph Gagal Tadbir Urus Negara Dengan Baik Tok Mat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 271 hits
Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menguruskan negara makin terserlah setelah melihat kepada apa yang berlaku hari ini Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pelbagai perkara pelik dan kadangkala kecelaruan dasar dasar yang...
Tiada Tindakan Lanjut Untuk Kes Pangsapuri Tok Mat Di London

Tiada Tindakan Lanjut Untuk Kes Pangsapuri Tok Mat Di London

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara mengekalkan status tiada tindakan lanjut terhadap kes pembelian pangsapuri mewah bernilai RM10 juta membabitkan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Lie...
Tok Mat Pelik Macam Mana Nak Pulang Dana 1mdb Bila Akaun Umno Dah Kena Beku

Tok Mat Pelik Macam Mana Nak Pulang Dana 1mdb Bila Akaun Umno Dah Kena Beku

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 343 hits
Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas presiden Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan kewajaran Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir yang meminta Umno memulangkan semula dana yang katanya diterima dari 1MDB Pertama sekali pemfailan ol...
Jabatan Peguam Kekal Tiada Pendakwaan Terhadap Tok Mat

Jabatan Peguam Kekal Tiada Pendakwaan Terhadap Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 288 hits
Jabatan Peguam Negara mengekalkan keputusan tiada tindakan pendakwaan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kes penggubahan wang RM10 juta melalui pengurup wang ke London Menerusi jawapan bertulis M...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemakanan Ibu Gdm Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih

Imuniti Anak Lemah Kurang Bersenam Antara Penyebabnya

Kegunaan Servis Lori Roro Dan Lori Pembuangan Sampah Di Kl

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi