Jangan Hina Perlekeh Kelantan Najib Tegur Kerajaan Ph


Najib Razak kecewa dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak berlaku adil dengan kerajaan negeri Kelantan. – Foto The Malay Mail
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kurang senang dengan serangan tanpa henti daripada menteri DAP terhadap kerajaan Kelantan sejak minggu lalu.
Najib berkata, serangan terbaru dibuat ahli parlimen Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bahawa hutang kerajaan Kelantan ialah RM1.4 bilion pada tahun 2016.
“Apakah keperluan dan matlamat untuk menghina termasuk tindakan kerajaan pusat untuk mendedahkan surat-surat sulit dari kerajaan Kelantan kepada kerajaan pusat?
“Baru-baru ini, Menteri Kewangan sudahpun mengesahkan bahawa penurunan hutang Pulau Pinang sebanyak 90 peratus ialah jasa kerajaan pusat pada masa itu. Selain bantuan tunai yang lain, kerajaan pusat juga telah memberi geran sebanyak RM1.3 bilion kepadanya bagi menaikkan kapasiti empangan Mengkuang.
“Adakan kerajaan BN memperlekeh dan bertanya mengapa negeri yang kaya tidak dapat menampung keperluan air sendiri?” soal Najib dalam hantaran ke Facebook.
Maka, kata beliau, apa keperluan kerajaan pusat PH menghina Kelantan yang kadangkala memerlukan pertolongan – terutamanya selepas banjir yang teruk akhir tahun 2014?
“Ya, tidak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin pada ketika ini tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah PM ke-4 yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satupun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna di negeri itu.
“Kerana faktor ini, sumber pendapatan dan pembangunan kerajaan Negeri adalah terbantut,” katanya.
Katanya, pada akhir tahun 2007 iaitu sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang ialah negeri kedua terkaya di Malaysia dengan nilai Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK) Per Kapita untuk Pulau Pinang sudahpun RM31,039 iaitu 4.5 kali ganda berbanding RM6,943 untuk Kelantan.
“Ini bermaksud harga tanah di Pulau Pinang jauh lebih bernilai berbanding Kelantan dan DAP mampu memilih jalan mudah untuk menjual tanah kerajaan seperti satu penjualan seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara sahaja pada tahun 2012 dan memperolehi RM1.07 bilion.
“Beribu-ribu hektar tanah dan hak tanah kerajaan Pulau Pinang telah dijual ataupun ditukar sejak DAP mengambil alih,” katanya.
Negeri Kelantan, katanya, tidak mempunyai jalan mudah yang sama dan semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetul dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL, pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh PH) ataupun penebatan banjir.
Lanjutan itu, katanya, Kelantan dapat mengurangkan defisit setiap tahun dan KDNK mereka naik 95.8 peratusdari 2008 kepada RM13,593 pada akhir tahun 2017 berbanding kenaikan 60.6 peratus untuk Pulau Pinang pada tempoh yang sama – bermaksud perkembangan ekonomi Kelantan pada tempoh itu lebih tinggi berbanding Pulau Pinang.
“Rakyat Pulau Pinang ialah Rakyat Malaysia. Rakyat Kelantan juga Rakyat Malaysia. Negeri yang kurang pembangunan patut dibantu dengan lebih banyak oleh kerajaan pusat – bukan dihina dan diperlekehkan dengan berterusan,” katanya.
MESTI BACA: Altantuya: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK TONTON: Video Najib kena ‘grill’ Mary Ann Jolley wartawan Al-Jazeera
DIKEMASKINI: Akhirnya Najib mengaku cuma agak derma RM2.6 bilion
KLIK BACA: Penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Arab Saudi nafi kerajaan mereka bagi derma 2.6 bilion kepada Najib
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Jangan hina perlekeh Kelantan, Najib tegur kerajaan PH appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189768/jangan-hina-perlekeh-kelantan-najib-tegur-kerajaan-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takiyuddin Kerajaan Bn Dulu Pun Beri Pinjaman Tak Pernah Hina Kelantan Seperti Guan Eng

Takiyuddin Kerajaan Bn Dulu Pun Beri Pinjaman Tak Pernah Hina Kelantan Seperti Guan Eng

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 408 hits
Ahli Parlimen pembangkang mendesak Menteri Kewangan Lim Guan Eng menarik balik kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak ada duit untuk membayar gaji kakitangan awam Kerajaan BN dulu pun beri pinjaman tak pernah menghina keraja...
Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

Kerajaan Jangan Asyik Salahkan Pentadbiran Dahulu Bn Najib

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kerajaan berhenti daripada terus mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu sebaliknya memberi fokus untuk menyelamatkan ekonomi negara Najib berkata demikian mener...
Subsidi Setiap Hari Kerajaan Hina Rakyat Kata Najib

Subsidi Setiap Hari Kerajaan Hina Rakyat Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 326 hits
October 31 2018 10 24 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri hari ini membidas kerajaan kerana berterusan menghina rakyat kali ini kerana subsidi Datuk Seri Najib Razak tidak berpuas hati dengan kenyataan yang membayangkan subsidi akan dihen...
Najib Bertegas Derma Rm2 6 Bilion Daripada Kerajaan Arab Saudi

Najib Bertegas Derma Rm2 6 Bilion Daripada Kerajaan Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 243 hits
Najib bertegas derma RM2 6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Oct 20
Kerajaan Negeri Sembilan Cabut Gelar Datuk Seri Milik Najib Razak Dan Istrinya

Kerajaan Negeri Sembilan Cabut Gelar Datuk Seri Milik Najib Razak Dan Istrinya

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 439 hits
Pencabutan gelar itu diputuskan setelah digelar pertemuan khusus penganugerahan penghargaan dan medali di Negeri Sembilan
Saya Baru Luluskan Bantuan Untuk Kerajaan Negeri Kelantan Guan Eng

Saya Baru Luluskan Bantuan Untuk Kerajaan Negeri Kelantan Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 385 hits
Pada 24 Oktober 2018Walaupun pemimpin PAS sering menyerang pemimpin Pakatan Harapan kerajaan Persekutuan yang diterajui gabungan itu masih tetap menyalurkan dana kepada kerajaan negeri yang ditadbir parti Islam itu Menurut Menteri Kewangan ...
Najib Osa 1mdb Najib Juga Mintak Ipic Jangan Sembunyi Sebalik Osa

Najib Osa 1mdb Najib Juga Mintak Ipic Jangan Sembunyi Sebalik Osa

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 416 hits
Kalau dulu bila tanya soal 1MDB ibarat cuba meletakkan pisau ditengkuk Tidak cukup dengan itu pentadbiran panglima bugis OSA segala berkaitan 1MDB Malah setiap ahli parlimen BN kecut telur untuk bertanya pasal 1MDB Siapa menyoal akan senasi...
Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar

Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 263 hits
Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar Menteri kewangan hari ini menunjukkan bukti kerajaan Kelantan memohon pinjaman pendahuluan RM97 juta Jun lalu untuk menampung aliran tunai kerajaan negeri akibat perbelanjaan luar jangka Tetapi Lim Guan E...
Isu Gaji Penjawat Awam Kelantan Kenapa Marah Saya Tidak Najib

Isu Gaji Penjawat Awam Kelantan Kenapa Marah Saya Tidak Najib

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 349 hits
Pada 24 Oktober 2018Kisah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya sehingga memerlukan suntikan dana daripada Putrajaya bukan perkara baru sebaliknya berlarutan sejak zaman Datuk Seri Najib Raza...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad