Isu Gaji Penjawat Awam Kelantan Kenapa Marah Saya Tidak Najib



Pada 24 Oktober 2018

Kisah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya sehingga memerlukan suntikan dana daripada Putrajaya bukan perkara baru, sebaliknya berlarutan sejak zaman Datuk Seri Najib Razak mentadbir.Namun, apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng membangkitkan perkara itu sepertimana Najib, beliau diserang bertalu-talu oleh pemimpin PAS.“Sebaliknya bila saya sebagai Menteri Kewangan buat kenyataan yang sama, barisan kepimpinan PAS memainkan sentimen yang begitu mengapi-apikan dan membuat fitnah jahat bahawa saya berdendam dengan PAS sedangkan saya hanya menyatakan hakikat bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dari segi urusan ekonomi kerana tidak mampu membayar gaji/emolumen kepada ahli pentadbiran Kerajaan.“Persoalannya ialah mengapa tidak ada reaksi sebegitu kuat dan keras oleh barisan kepimpinan PAS ketika Najib mendedahkan kepada umum pada 28 Januari 2018 bahawa kerajaan Kelantan terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan.Pada 2016 – ketika Barisan Nasional (BN) masih mentadbir – menurut Guan Eng, Kelantan menerima dana berjumlah RM398 juta daripada Kerajaan Persekutuan sepertimana negeri-negeri lain.“Termasuk di dalam pemberian RM398 juta kepada Negeri Kelantan ini ialah pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji/emolumen ahli pentadbiran kerajaan negeri Kelantan,” ujarnya.Malah, katanya lagi, Putrajaya juga telah meminjamkan RM100 juta dana tambahan sebagai pendahuluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri.Namun, katanya, sehingga 31 Disember 2017, kerajaan negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta.Tambah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, pada Jun tahun ini, Putrajaya yang ditadbir Pakatan Harapan sekali lagi meluluskan permohonan pinjaman oleh kerajaan negeri Kelantan bagi membantu membayar gaji penjawat awam mereka.“Saya ingin tekankan bahawa pengurusan ekonomi dan pentadbiran kewangan perlu dijalankan berdasarkan fakta dan angka bukannya sentimen dan fitnah jahat.“Sukar untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur atau membangunkan semula sebuah negeri yang gagal sekiranya membelakangkan fakta dan angka.“Pada masa yang sama, saya tertarik dengan reaksi keras daripada barisan kepimpinan PAS terhadap kenyataan saya, berbanding terhadap kenyataan Datuk Seri Najib yang membuat kenyataan yang serupa sebelum ini.“Adakah ini kerana saya adalah sasaran ‘lembut’ yang membolehkan barisan kepimpinan PAS mainkan sentiment yang merbahaya sehingga boleh menggunakan fitnah jahat tanpa segan silu?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/10/isu-gaji-penjawat-awam-kelantan-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Tak Marah Bila Najib Kata Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji Guan Eng

Kenapa Tak Marah Bila Najib Kata Kelantan Tak Mampu Bayar Gaji Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 471 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng kesal dengan reaksi berat sebelah oleh pemimpin PAS Kelantan terhadap kenyataan beliau mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri itu di Parlimen semalam Jelas beliau hakikat ini bukanlah perkara...
Semakan Gaji Elaun Penjawat Awam Akan Dibuat Secara Berhati Hati

Semakan Gaji Elaun Penjawat Awam Akan Dibuat Secara Berhati Hati

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 535 hits
Imej via Google ImageKUALA LUMPUR Kira kira 76 peratus atau 866 270 daripada 1 1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia menerima gaji kurang RM5 000 sebulan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong Katany...
Bukti Kerajaan Pas Tak Kelantan Mampu Bayar Gaji Kakitangan Awam Negeri

Bukti Kerajaan Pas Tak Kelantan Mampu Bayar Gaji Kakitangan Awam Negeri

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1049 hits
Termasuk di dalam pemberian RM398 juta kepada Kelantan ini ialah pemberian defisit sebanyak RM59 9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya termasuk gaji emolumen ahli pentadbiran kerajaan ne...
Patutlah Cina Tak Mahu Menteri Gaji 76 Penjawat Awam Kurang Rm5 000

Patutlah Cina Tak Mahu Menteri Gaji 76 Penjawat Awam Kurang Rm5 000

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 444 hits
KUALA LUMPUR Gaji bagi 76 daripada 1 1 juta penjawat awam dan polis kurang daripada RM5 000 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong Data Jabatan Akauntan Negara menunjukkan 866 270 daripada 1 146 222 orang yang sedang b...
Kelantan Mampu Bayar Gaji Kata Najib

Kelantan Mampu Bayar Gaji Kata Najib

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi fakta yang jelas mengenai kemampuan Kerajaan Kelantan untuk membayar gaji kepada kakitangannya Sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu memberi...
Duit Bayar Gaji Lebih Dari Cukup Mb Kelantan

Duit Bayar Gaji Lebih Dari Cukup Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 493 hits
BAYAR gaji sudah cukup dengan jumlah RM300 juta kerana pendapatan daripada hasil tanah dan kayu sudah melebihi RM300 juta bermakna soal gaji tidak berbangkit untuk memohon pinjaman pendahuluan tegas Menteri Kelantan Datuk Ahmad Yakob Sehubu...
Najib Beri Keterangan Lagi Di Sprm Berhubung Isu 1mdb

Najib Beri Keterangan Lagi Di Sprm Berhubung Isu 1mdb

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 483 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dipanggil sekali lagi bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Menurut sumber Najib dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

Litecoin Berkemungkinan Untuk Terus Melemah Jumaat 17 Oktober 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri