Azmin Bidas Orang Gila Kuasa Ketika Spekulasi Tukar K Jaan Sekali Lagi


Spekulasi bertiup kencang mengatakan Pakatan Harapan (PH) memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk mencabar kesahihan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, selepas kerajaan PH tumbang dalam krisis politik pada Februari lalu.

Bagaimanapun, menteri kanan Mohamed Azmin Ali, yang memainkan peranan penting dalam kejatuhan kerajaan sebelum ini, mendakwa tidak tahu menahu bahawa PH dan Warisan mempunyai sokongan 129 anggota parlimen.

Bercakap di Alor Star, Kedah hari ini, beliau berkata perhatian harus diberikan kepada rakyat dan bukannya mengheret negara dalam satu lagi krisis politik.

"Kita tidak patut diheret ke satu lagi krisis politik dan dijadikan mangsa hanya kerana seorang yang gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri," katanya pada sidang media.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan Azmin itu dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, PN tidak boleh dipersalahkan atas perubahan kerajaan apabila Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari lalu.

Katanya, titah Yang Di-pertuan Agong dalam perasmian pembukaan Parlimen baru-baru ini juga jelas menunjukkan krisis itu berpunca daripada peletakan jawatan Mahathir.

"Walaupun, Agong meminta Mahathir untuk kekal sebagai PM, Mahathir menegaskan mahu letak jawatan," tambahnya.

Susulan kekosongan jawatan perdana menteri, Azmin berkata Agong menjalankan tanggungjawab baginda selaras Perlembagaan Persekutuan untuk melantik pengganti.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjalankan tugasnya secara terbuka, telus dan jujur. Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang PM yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

"Baginda berpuas hati bahawa (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) memiliki majoriti," tambahnya.

Mengikut susuna kerusi di Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, Muhyiddin mempunyai 113 sokongan ahli parlimen iaitu kelebihan dua kerusi.

Dewan Rakyat memiliki seramai 222 anggota parlimen.

Bersatu kini berpecah kepada dua - satu kumpulan memihak kepada Muhyiddin, dan satu lagi berpihak kepada Mahathir yang masih bersama PH.

Mahathir merupakan pengerusi parti itu dan anaknya Mukhriz Mahathir adalah timbalan presiden.

Kerajaan PH tumbang selepas Azmin dan sembilan ahli parlimen dari PKR keluar daripada parti itu, manakala Muhyiddin menarik balik sokongan terhadap PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 2 Mac dengan menubuhkan kerajaan PN bersama BN dan PAS.

Gabungan itu turut disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Parti Sabah.

-- Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/azmin-bidas-orang-gila-kuasa-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Heret Negara Krisis Politik Hanya Kerana Seorang Yang Gila Kuasa Dan Mahu Menjadi Pm Kata Azmin

Jangan Heret Negara Krisis Politik Hanya Kerana Seorang Yang Gila Kuasa Dan Mahu Menjadi Pm Kata Azmin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 355 hits
Spekulasi bertiup kencang mengatakan Pakatan Harapan memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk mencabar kesahihan Kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat selepas kerajaan PH tumbang dalam krisis politik pada Februari lalu Bagaimana...
Konon Ph Tamak Kuasa Azmin Pengkhianat Jangan Berlagak Suci

Konon Ph Tamak Kuasa Azmin Pengkhianat Jangan Berlagak Suci

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 326 hits
Menteri Kanan Azmin Ali wajar mencermin muka sendiri sebelum menuduh pihak yang mahu mengambil semula Kerajaan Persekutuan sebagai tamak kuasa Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Syed Badli Shah Syed Osman berkata Azmin tidak perlu berlagak s...
Tiba Tiba Perampas Pula Gelar Mangsanya Gila Kuasa

Tiba Tiba Perampas Pula Gelar Mangsanya Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 359 hits
Anwar dalam kenyataannya mengecam PERIKATAN NASIONAL dalam tatacara mereka mengendalikan syura atau sistem demokrasi itu sendiri Kata Anwar terdapat orang yang tidak layak diangkat menjadi Ketua termasuk pihak yang terlibat dalam rasuah Bel...
Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

Bubar Dun Sultan Johor Beri Amaran Ada Pemimpin Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 471 hits
Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta titah Sultan Johor Foto Instagram officialsultanibrahimKemelut politik berlanjutan Sultan Johor beri amaran bubar DUNKL Sultan Joho...
Dikec4m Ketika P0sitif C0vid 19 Puteri Aishah Tr4uma Ini Permintaannya Jika Disuruh Berlakon Lagi

Dikec4m Ketika P0sitif C0vid 19 Puteri Aishah Tr4uma Ini Permintaannya Jika Disuruh Berlakon Lagi

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Pelakon yang pernah dijangk1ti C0vid 19 Puteri Aishah tr4uma untuk meneruskan penggambaran berikutan wab4k itu belum pulih sepenuhnya Dikec4m ketika p0sitif C0vid 19 Puteri Aishah tr4uma ini permintaannya jika disuruh berlakon ...
Pengutip Kotak Berusia 77 Tahun Maut Dilanggar Ketika Keluar Untuk Membeli Makanan Buat Suami

Pengutip Kotak Berusia 77 Tahun Maut Dilanggar Ketika Keluar Untuk Membeli Makanan Buat Suami

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 503 hits
Semalam seorang aunty berusia 77 tahun keluar ke rumah dengan niat untuk membeli sarapan buat dia dan suaminya Namun siapa sangka itu adalah kali terakhir dia keluar dan tidak lagi pulang Kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi kemarin terja...
Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 615 hits
Putrajaya 25 Mei Selangor merupakan negeri tertinggi cubaan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika hari raya semalam Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selangor Negeri Sembilan dan Pahang merup...
Kebanyakan Gambar Diambil Dari Dalam Kereta Jurugambar Ini Rakam Kesunyian Ibu Kota Ketika Pkp

Kebanyakan Gambar Diambil Dari Dalam Kereta Jurugambar Ini Rakam Kesunyian Ibu Kota Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 502 hits
Situasi COVID 19 dan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sejak pertengahan Mac lalu nyata mengubah pemandangan dan suasana dalam negara kita Antara yang paling terkesan sudah pastinya ibu kota Kuala Lumpur Bukan sahaja kedai kedai...
Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika Bcl Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri

Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika Bcl Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 530 hits
Bunga Citra Lestari atau BCL menyambut lebaran tahun ini tanpa kehadiran suaminya Ashraf Sinclair Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika BCL Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi