Jangan Hanya Minta Kerajaan Turunkan Harga Baranga Kita Juga Perlu Kawal Diri Berjimat Nordiah


'Jangan hanya minta kerajaan turunkan harga baranga, kita (rakyat) juga perlu kawal diri & berjimat' - Nordiah


Foto sekadar hiasan sahaja | RASA

Di kala ramai yang merungut harga barang naik dan menuduh kerajaan seolah-olah melepaskan tangan dalam usaha meringankan bebanan rakyat, seorang warga emas pula berfikiran sebaliknya. 

Nordiah, 62, dari Seksyen 23 Shah Alam berkata, rakyat tidak sepatutnya bergantung kepada kerajaan, sebaliknya mengawal diri dari berbelanja melebihi keperluan atau tidak perlu. 


"Jangan hanya minta kerajaan menurunkan harga barang, tetapi kita sebagai pengguna juga perlu kawal diri dan nafsu membeli," katanya. 


Nordiah mengakui, dia juga terkesan tetapi cuba mencari jalan untuk mengawal dan menguruskan perbelanjaannya. 


"Kalau dulu makan ayam, kini mungkin kena kurangkan. Jika dulu makan ikan tenggiri, sekarang boleh cari alternatif makan ikan lain. Sama juga seperti cili, guna ikut keperluan kerana setiap biji cili itu berharga. 


"Penjimatan seharusnya bermula daripada diri kita sendiri, contohnya dengan kurangkan pembelian perabot misalnya atau bercuti saja dalam negara," katanya. 


Seorang juruteknik berusia 40 tahun pula berpendapat, sebagai ketua keluarga dia perlu berjimat cermat dalam berbelanja dan mendahulukan keperluan berbanding kehendak. 


Mohammed Firdaus Zakaria berkata, dalam masa sama dia juga dapat menyimpan wang untuk persediaan menghadapi perkara yang tidak dijangkakan. 


"Jujurnya sangat terkesan dengan kenaikan harga barang kini terutama barangan lusuh, namun bukan sampai tidak dapat makan langsung. 


"Cuma, saya sebagai ketua keluarga perlu mendahulukan pendapatan bulanan dengan membeli makanan dan keperluan anak-anak. 


"Salah satu caranya adalah dengan kurangkan pembelian seperti pakaian dan tangguhkan dahulu kehendak membeli barangan bukan keperluan," katanya. 


Bagi Mazliza Mali, 33, dia memilih untuk memasak dan makan di rumah untuk langkah berjimat cermat. 


"Kebanyakan orang kini memang terkesan dengan kenaikan harga barang, sama juga seperti saya yang baru berkahwin dan tinggal menyewa.


"Adalah lebih baik jika kita cuba mengurangkan makan di luar dan beli barang keperluan serta masak di rumah. Saya sendiri masak setiap hari walaupun hidangan yang ringkas.


"Memandangkan harga kenaikan harga barang basah agak ketara, saya dan suami cuma kawal perbelanjaan dengan berbelanja sekali saja dalam dua minggu," katanya.


Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/07/jangan-hanya-minta-kerajaan-turunkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tak Mahu Peniaga Merajuk Pengguna Teraniaya Kerajaan Wartakan Harga Maksimum Minyak Masak Dalam Botol

Kita Tak Mahu Peniaga Merajuk Pengguna Teraniaya Kerajaan Wartakan Harga Maksimum Minyak Masak Dalam Botol

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 210 hits
Kita tak mahu peniaga merajuk pengguna teraniaya Kerajaan wartakan harga maksimum minyak masak dalam botolFoto Selangor KiniPewartaan harga maksimum minyak masak tulen dalam botol akan dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan pihak in...
Harga Barang Sudah Stabil Peniaga Makanan Diminta Turunkan Harga Jualan Menteri

Harga Barang Sudah Stabil Peniaga Makanan Diminta Turunkan Harga Jualan Menteri

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 212 hits
Peniaga khususnya penjual makanan digesa supaya menurunkan harga jualan dan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga berikutan kenaikan harga yang bersifat sementara Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata ...
Jangan Perjudikan Kedaulatan Negara Untuk Populariti Diri

Jangan Perjudikan Kedaulatan Negara Untuk Populariti Diri

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 251 hits
Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff 12 Julai lalu sedikit kegemparan berlaku apabila akhbar Financial Times yang berpangkalan di London melaporkan bahawa aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu yang menunt...
Ngo Dan Rakyat Gesa Kerajaan Kawal Selia Industri Vape Yang Semakin Berleluasa

Ngo Dan Rakyat Gesa Kerajaan Kawal Selia Industri Vape Yang Semakin Berleluasa

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 373 hits
Kesan buruk pada kesihatan akibat merokok atau vape bukanlah perkara baru Walaupun banyak pendedahan telah diberikan kepada masyarakat mengenai keburukan vape serta rokok namun tak semua perokok dapat mengambil iktibar daripada kesannya Tre...
Selepas Disembur Netizen Kerajaan Setuju Tetapkan Harga Minyak Masak Botol Rm34 70 Di Sabah Sarawak

Selepas Disembur Netizen Kerajaan Setuju Tetapkan Harga Minyak Masak Botol Rm34 70 Di Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 302 hits
Selepas disembur netizen kerajaan setuju tetapkan harga minyak masak botol RM34 70 di Sabah SarawakFoto Hiasan SahajaHarga siling minyak sawit botol lima kilogram untuk Sabah Sarawak dan Labuan ditetapkan RM34 70 sama seperti di Semenanjung...
Ktt Y20 Anak Muda Dorong Pemerintah Turunkan Harga Akses Internet

Ktt Y20 Anak Muda Dorong Pemerintah Turunkan Harga Akses Internet

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 238 hits
Co Chair Y20 Indonesia Budy Sugandi mengatakan kemajuan teknologi digital menghadirkan kesempatan sekaligus tantangan bagi anak muda
Hiburan Cakaplah Apa Apa Kita Masih Chill Neelofa Nasihat Pihak Batu Api Jangan Penatkan Diri Timbulkan Isu Inai

Hiburan Cakaplah Apa Apa Kita Masih Chill Neelofa Nasihat Pihak Batu Api Jangan Penatkan Diri Timbulkan Isu Inai

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 413 hits
Biarpun menerima banyak komen negatif mengenai produk inai keluaran miliknya iaitu Nunha usahawan serta selebriti Neelofa bertegas bahawa dirinya mempercayai pada rezeki Katanya kepada pihak Media Hiburan Inai Nunha tidak bersaing dengan ma...
Kerajaan Kaji Penetapan Harga Siling Ayam Selepas 31 Ogos

Kerajaan Kaji Penetapan Harga Siling Ayam Selepas 31 Ogos

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 203 hits
Kerajaan kaji penetapan harga siling ayam selepas 31 Ogos Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7 01PM
Lebih Baik Mca Turunkan 50 Harga Rumah Pr1ma

Lebih Baik Mca Turunkan 50 Harga Rumah Pr1ma

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 457 hits
Lebih baik MCA turunkan 50 harga rumah PR1MAPosted By on August 03 2022Janji yang dikeluarkan MCA Selangor konon mahu menurunkan harga rumah mampu milik di negeri itu andainya menang pilihan raya akan datang sepatutnya dibuktikan oleh merek...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana