Jangan Guna Duit Rakyat Tampal Muka Ahli Politik Di Pek Bantuan


PETALING JAYA: Dua kumpulan pengguna dan persatuan sukarela mengecam perbuatan meletak logo parti dan potrait ahli politik di atas pakej bantuan kepada rakyat terkesan.

Mereka berpandangan, tindakan politik murahan itu dibuat semata-mata mahu mendapat kredit walaupun bantuan berkenaan sebahagiannya dibayar pembayar cukai.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, N Marimuthu berkata, perbuatan memalukan itu turut memaparkan ahli politik yang berkuasa “tidak berhubungan” untuk memahami penderitaan rakyat ketika ini.

Tinjauan beliau mendapati, beberapa gambar terpampang yang dicetak di atas plastik berisi bantuan memerlukan kos RM5 sekeping dan sepatutnya nilai wang berkenaan disalur untuk membeli sebuku roti tambahan untuk diagihkan.

“Kadang-kala saya tertanya-tanya apa yang berlegar di minda ahli politik sebegini.

“Saya melihat barisan panjang untuk mendapatkan bantuan makanan dan saya melihat keperitan rakyat Malaysia di wajah mereka. Adakah anda menganggap rakyat ceria melihat muka Ahli Berhormat mereka.

“Ini adalah bentuk kempen menggunakan nasib rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan selepas hilang pendapatan. Mereka diberi peruntukan menggunakan duit pembayar cukai dan tidak malu menggunakan wang itu untuk berkempen,” katanya.

Marimuthu juga menggesa Putrajaya menghentikan amalan seumpama itu berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata demikian susulan paparan di sosial media menunjukkan pengedaran bantuan makanan, yang antara lain turut memaparkan imej ahli politik ditampal di plastik bantuan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader, berkata tindakan ahli politik itu mengejutkan kerana kesanggupan mereka memperlihat “politik murahan” ketika berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.

“Rakyat tidak mahu melihat senyuman dibuat-buat menteri dan Ahli Parlimen di pek bantuan. Adalah tidak masuk akal mereka berbuat demikian selepas begitu banyak rakyat meninggal dunia setiap hari,” katanya.

Katanya, beliau menggambarkan perbuatan itu secara moralnya adalah salah kerana menggunakan dana awam yang sepatutnya digunakan untuk bantuan.

“Kerajaan perlu mengarahkan Ahli Parlimen menghentikan amalan mendapatkan kredit menggunakan wang rakyat untuk membantu rakyat. Ahli politik perlu menitikberat kesopanan dan moral dalam apa jua tindakan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama Kembara Kitchen Wiiliam Cheah, berkata tindakan menampal imej ahli politik dalam bantuan kepada rakyat adalah satu bentuk pembaziran sumber.

Katanya, sambil menggagarkan pelekat berkenaan dengan nilai kos antara 10 hingga 50 sen, nilai itu boleh digunakan untuk membeli lebih banyak telur ayam.

Kembara Kitchen yang syarikat sosial mengumpulkan sukarela menjadi antara pertubuhan paling pantas menyalurkan bantuan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac, tahun lalu.

Cheah berkata, berbanding mendapat publisiti untuk diri sendiri, wakil rakyat dilantik sepatutnya membantu melaksanakan koordinasi usaha membantu rakyat memerlukan.

Katanya, bank makanan tumbuh bagaikan cendawan sejak bermulanya kempen bendera putih. - freemalaysiatoday


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/jangan-guna-duit-rakyat-tampal-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Tidak Guna Khidmat Nikah Sindiket

Ahli Politik Tidak Guna Khidmat Nikah Sindiket

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 320 hits
Ahli politik tidak guna khidmat nikah sindiket Kota Bharu Ahli politik Kelantan bergelar Datuk yang melangsungkan pernikahan dengan isteri ketiga secara dalam talian tidak menggunakan khidmat sindiket perkahwinan di sempadan Sebaliknya Naib...
Ahli Politik Yang Bermasalah Jangan Buat Kecoh

Ahli Politik Yang Bermasalah Jangan Buat Kecoh

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 336 hits
BONGKAR TAHNIAH POLIS BUAT PENYIASATAN PADA SYARIKAT TOP GLOVE 9180 cOvid kes setengah di Lembah kelang Tutup semua kilang haram di lembah kelang mengapa di negeri P H ramai covid wakil rakyat di negeri itu mengapa bisu Apa rahsia covid mel...
Jangan Berpolitik Rakyat Sedang Susah

Jangan Berpolitik Rakyat Sedang Susah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 261 hits
Jangan berpolitik rakyat sedang susah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan isu politik yang membelenggu negara baru baru ini tidak seharusnya menjadi keutamaan ketika ini sebaliknya kebajikan rakyat mesti dibe...
Peja Bidas Wakil Rakyat Main Politik Bantu Rakyat Adalah Keutamaan

Peja Bidas Wakil Rakyat Main Politik Bantu Rakyat Adalah Keutamaan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 419 hits
Peja bidas wakil rakyat main politik bantu rakyat adalah keutamaan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam sesuatu kawasan disaran supaya mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat Ahl...
Hiburan Menangis Hiba Zara Zya Kesal Dituduh Songlap Duit Bantuan Kebajikan

Hiburan Menangis Hiba Zara Zya Kesal Dituduh Songlap Duit Bantuan Kebajikan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 269 hits
Pelakon Zara Zya menerusi laman Instagram ada meluahkan rasa terkilan apabila ada individu mendakwa dirinya telah memanipulasi dan menyalahgunakan duit bantuan yang disalurkan oleh orang ramai kepadanya BACA AdvertisementMalah ujar Zara lag...
Biar Mb Selut Tak Iktiraf Kerja Rakyat Nak Bagi Dan Bukan Duit Mak Bapak Dia

Biar Mb Selut Tak Iktiraf Kerja Rakyat Nak Bagi Dan Bukan Duit Mak Bapak Dia

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 282 hits
ZUBAIDI SUDINMisi Mencari Bendera Putih Yayasan Aman Untuk makluman teman teman di lapangan Yayasan Aman team melancarkan kempen MISI Mencari Bendera Putih di negeri Kedah Kempen ini akan bermula esok hari dgn kerjasama beberapa team NGO la...
Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 374 hits
Pejabat PM berkata peruntukan itu akan mula disalurkan hari ini KUALA LUMPUR Peruntukan RM300 000 bagi program Bantuan Bakul Makanan kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi m...
Selagi Ada Penjilat Penjilat Ahli Politik

Selagi Ada Penjilat Penjilat Ahli Politik

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 269 hits
Malaysiakini Melihat situasi semasa pandemik Covid 19 pelakon terkenal Amerul Affendi berpendapat apa yang berlaku berpunca daripada penjilat penjilat politik Katanya dengan adanya golongan terbabit pihak yang berkenaan tidak akan sedar dir...
Rais Jangan Over Langkaui Bidang Kuasa Dewan Rakyat

Rais Jangan Over Langkaui Bidang Kuasa Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 249 hits
Rais jangan over langkaui bidang kuasa Dewan Rakyat Yang Dipertua Dewan Negara tiada kuasa ke atas Dewan Rakyat dan perjalanan sidangnya kata Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin Hanipa mengulas Rais yang dilaporkan berkata peraturan mesyuara...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi