Jangan Gadai Nilai Agama Saifuddin Seru Tapis Lebih Teliti Artis Luar


freemalaysiatoday.comBernama 22 Jul 2023, 9:40pm

Menteri dalam negeri berkata apa dikatakan ‘baik dan bebas’ di negara luar tidak semestinya diterima di negara ini.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perlakuan ditunjukkan The 1975 bentuk ‘kehancuran nilai’ yang sama sekali tiada tempat di Malaysia.
BALING: Menteri dalam negeri seru penapisan lebih teliti selain pemprofilan latar belakang perlu dilaksana terhadap penghibur luar sebelum dibenarkan membuat persembahan di negara ini.

Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun kerajaan mengamalkan pendekatan mesra menerima mana-mana penghibur atau artis melakukan persembahan, namun ia tidak boleh sesekali menggadaikan “sistem nilai, budaya, dan pertimbangan agama”.

“Dari sudut tanggungjawab penganjur, ambil pengajaran daripada peristiwa ini sebab sesuatu yang dikatakan baik dan bebas di negara luar tidak semestinya baik dan bebas di negara kita.

“Jadi, tanggungjawab penganjur harus menilai sesuatu latar belakang sesebuah persembahan supaya bersesuaian dengan amalan budaya dan sensitiviti setempat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bicara ilmu pada Program Malaysia Madani-Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di Kuala Ketil.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi kurang sopan dalam konsertnya di Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.

Saifuddin berkata, walaupun hiburan sesuatu yang biasa di negara ini, perlakuan ditunjukkan kumpulan terbabit merupakan satu bentuk kehancuran nilai yang sama sekali tidak ada tempat di Malaysia.

Mengulas mengenai kata-kata vokalis kumpulan itu yang menyentuh mengenai undang-undang negara ini berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Saifuddin berkata, penghibur dari luar negara mempunyai tanggungjawab belajar dan mengetahui mengenai undang-undang negara lain.

“Peringatan kita adalah biarlah episod ini menjadi pengajaran semua. Saya tonton klip video itu yang dikirim kepada saya bertalu-talu, tak ada satu ayat yang dia sempurnakan melainkan dengan maki hamun dan mencarut. Kemudian secara terang-terangan menogok arak di khalayak dan melakukan perbuatan biadap yang langsung bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan.

“Saya fikir mereka boleh menyampaikan atau menyuarakan mereka punya kekecewaan terhadap beberapa peraturan yang dianggap menyekat kebebasan dan sebagainya, tapi biar mereka tahu negara ini ada kedaulatan undang-undangnya,” katanya yang turut menambah tidak ada mana-mana agama dalam negara ini dapat menerima perbuatan itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/jangan-gadai-nilai-agama-saifuddin-seru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukar Melayu Bersatu Ikut Parti Dr M Seru Pn Lebih Terbuka

Sukar Melayu Bersatu Ikut Parti Dr M Seru Pn Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 161 hits
Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir Mohamad di kediamannya semalam Turut kelihatan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas timbalan presiden Pejuang Marzuki Yahya PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad menyeru Per...
Jangan Lebih Sudu Berbanding Kuahnya

Jangan Lebih Sudu Berbanding Kuahnya

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 220 hits
JANGAN LEBIH SUDU BERBANDING KUAHNYA Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Hihi ADA KUAH LEBIH boleh hirup Tapi kalau lebih SUDU kurang kuah nanti jadinya bising Bukan cuma bising lebih menyedihkan men...
Sarawak Tidak Benarkan Artis Luar Bertentangan Pendirian Dengan Malaysia Beraksi

Sarawak Tidak Benarkan Artis Luar Bertentangan Pendirian Dengan Malaysia Beraksi

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 189 hits
SARAWAK menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian kerajaan persekutuan terhadap golongan lesbian gay biseksual dan transgender Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah ...
Jangan Pilih Parti Tunggang Agama

Jangan Pilih Parti Tunggang Agama

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 211 hits
NO WORRY Tak sokong Pa pun TETAP Islam Pa bukan agama sekadar jenama sebuah parti yang menunggang agama
Sempena 30 Tahun Al Ikhsan Sports Tawar Hadiah Bernilai Lebih Rm200 000

Sempena 30 Tahun Al Ikhsan Sports Tawar Hadiah Bernilai Lebih Rm200 000

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTahniah diucapkan kepada Al Ikhsan Sports atas sambutan ulangtahun ke 30 Al Ikhsan Sports selama 30 tahun menjadi tempat utama bagi rakyat Malaysia mendapatkan barangan sukan berkualiti dengan harga yang c...
Top Youtuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023

Top Youtuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 306 hits
Top YouTuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023 4 95m Aug 6 2016 4 6m Nov 5 2012 4m Oct 17 2013 3 88m Jun 22 2015 3 53m Sep 29 2006 2 87m Jun 19 2011 2 74m May 13 2013 2 52m Feb 6 2014 1 85m Jul 1 2015 1 76m Sep 13 2015...
5 Tips Travel Penting Untuk Lebih Jimat Dan Berbaloi

5 Tips Travel Penting Untuk Lebih Jimat Dan Berbaloi

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 462 hits
By Kam Maria Abdul MutalibHi Assalamualaikum terima kasih kerana melawat blog kami Kami doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah Salah satu hobi kami suami isteri dan anak anak adalah melancong Alhamdulillah Allah beri rezeki kepada ka...
Ibu Ini Guna Mission Board Anak Lebih Mudah Dengar Kata Tertunggu Tunggu Misi Seterusnya

Ibu Ini Guna Mission Board Anak Lebih Mudah Dengar Kata Tertunggu Tunggu Misi Seterusnya

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 200 hits
Usaha mendidik anak anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih lebih lagi bila anak sudah pandai membuat keputusan sendiri Dilema ibu ayah dalam nak mendisiplinkan anak anak memang besar kadang kadang ada yang buntu dengan sikap ana...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi