5 Tips Travel Penting Untuk Lebih Jimat Dan Berbaloi
By : Kam Maria Abdul Mutalib
Hi Assalamualaikum, terima kasih kerana melawat blog kami. Kami doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Salah satu hobi kami suami isteri dan anak-anak adalah melancong.
Alhamdulillah, Allah beri rezeki kepada kami sekeluarga untuk melancong ke banyak negara.
Ada yang trip percuma yang fully sponsored, ada yang kami guna travel agent, dan ada juga yang kami plan sendiri.
Kalini saya nak share 5 TIPS TRAVEL yang kami rasa sangat penting berdasarkan pengalaman kami.
1. RANCANG WAKTU PERCUTIAN YANG TERBAIK
Masa zaman anak-anak belum sekolah dulu, kami selalu pilih bercuti dalam negara pada WEEKDAYS & BUKAN CUTI SEKOLAH utuk mengelakkan kesesakan.
Syukur kami suami isteri bekerja sendiri dari rumah. So memang boleh bercuti bila-bila masa saja.
Tapi sejak anak dah sekolah dan dah masuk asrama, memang takde pilihan lain, terpaksa juga pilih waktu cuti sekolah.
So setiap awal tahun kami dah kena rancang percutian untuk setahun.
Lagipun, kalau beli tiket flight atau pakej percutian lebih awal kita akan dapat lebih banyak diskaun.
2. JANGAN TUKAR WANG DI AIRPORT ATAU HOTEL LUAR NEGARA
Pastikan kita tukar wang siap-siap sebelum ke airport. Sebab rate di airport lebih mahal!
Dan sebelum tukar wang tu, kita boleh lah survey rate di beberapa premis berdekatan terlebih dahulu.
Ada tempat murah dan ada tempat mahal. So kalau survery dulu bolehlah jimat sikit kan.
Jangan pula dah sampai hotel di luar negara baru nak tukar, situ pun mahal juga.
Kalau wang yang kita bawa tak cukup sebab terlajak shopping, then barulah kami guna CREDIT CARD semasa pembelian.
Oh ya, ELAKKAN GUNA DEBIT CARD di luar negara sebab ada kes debit card kena clone.
Kalau credit card yang kena clone, kita masih boleh buat report cepat-cepat, bank akan cancel transaction tu dan kita tak perlu bayar.
Tapi kalau debit card kena clone, kemungkinan besar memang tak dapat balik dah duit yang hilang.
3. TEMPAH HOTEL GUNA BOOKING.COM
Saya suka guna Booking.Com untuk tempah hotel sebab website ni sangat user-friendly, mudah nak tengok comparison harga setiap hotel dan jumlah harga.
Website tu juga cukup dengan semua info tentang hotel yang kita nak pilih tu, User Rating dan location pun mudah nak check.
Kalau kita dah booking banyak kali, ada juga diskaun untuk members.
Lagi banyak kita booking, lagi banyak diskaun kita boleh dapat.
Pastikan kita book awal-awal untuk mengelakkan hotel yang kita nak tu penuh.
4. TAK PERLU BELI CENDERAMATA YANG BANYAK
Berdasarkan pengalaman sendiri lah kan, masa bercuti tu selalu rasa nak beli souvenir banyak-banyak sebab rasa cantik dan comel.
Tapi bila balik, rasa membazir dan semak pulak nak simpan hihi.
So sekarang ni kami hanya beli 1-2 souvenir saja di setiap tempat.
Biasanya kami akan beli fridge magnet saja sebab kami memang ada magnet board khas untuk letak souvenirs dari semua negara yang kami dah lawati.
5. BELI TAKAFUL TRAVEL
Pastikan kita beli Takaful Travel sebagai persediaan in case berlaku perkara tak diingini di luar negara.
Kami biasa beli Etiqa Tripcare 360 Takaful. Harga nya berbaloi, tak mahal sangat dan boleh pilih ikut budget kita.
Oh ya, bila dah beli tiket flight je, terus beli Takaful Travel ni sebab in case ada delay flight nanti, kita boleh claim kerugian pada takaful ni.
Anda boleh study lebih lanjut, search saja di Google : Etiqa Tripcare 360 Takaful
Inilah 5 tips yang boleh saya share berdasarkan pengalaman sendiri.
Semoga bermanfaat.
Jika anda berminat nak dapatkan mana-mana PRODUK SHAKLEE, atau berminat memulakan BISNES SHAKLEE, jom contact saya sekarang
MASTER MARIA : 019-259 2731
#ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #BlogMegaShaklee
BY:MASTERS MARIA FIRDAUSFounder of MFMS EMPIRE(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-KONSULTASI PERCUMA,HARGA PRODUK TERBAIK DANPELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)Click to WHATSAPPFACEBOOK : Kam Maria Abdul MutalibINSTAGRAM : Kam Maria Abdul MutalibTIK TOK : Kam Maria Abdul MutalibYOUTUBE CHANNEL : Maria FirdausEMAIL :
[email protected]DOWNLOAD EBOOK PERCUMA!!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2023/07/5-tips-travel-penting-untuk-lebih-jimat-dan-berbaloi.html