Jangan Engkar Perintah Allah





Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 07/04/2020
( 1 - 30 )


1. Apabila dikatakan istilah PAS sudah berubah daripada Parti Islam Se Malaysia
kepada Parti Amalan Sesat ( PAS ), ramai ahli mereka berasa marah.

2. Apabila dikatakan mereka ini tak ubah seperti SEEKOR SESUMPAH yang boleh bertukar warna badan mengikut keadaan dan keperluan, ramai juga yang tidak setuju.

3. Tanpa disedari oleh ramai ahlinya, prinsip dan dasar parti yang diperjuangkan sejak dilahirkan dalam tahun 1951 iaitu 69 tahun lamanya perlahan - lahan telah mula terhakis.

4. Bagi menentukan mereka terus berkuasa, Hadi dan pemimpin - pemimpin PAS yang lain lazimnya membuat berbagai fatwa mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

5. Keadaan sebegini pernah saya lalui semasa mengikuti Kumpulan Al - Arqam pimpinan Ashaari Muhammad ( Alfatihah ) di suatu ketika dahulu.

6. Jika Ashaari mendakwa selalu mendapat arahan dari Rasullullah melalui mimpinya, ahli - ahli PAS pula begitu yakin Hadi ialah seorang ulama besar, perwaris Nabi yang begitu maksum, justeru tanpa menggunakan akal yang Allah SWT beri, mereka akan terus percaya dan akur ( walak ) tanpa berfikir panjang.

7. Rasulullah TIDAK PERNAH memaki hamun dengan menggunakan bahasa kesat seperti 'barua' dan 'anjing' terhadap sesiapa yang tidak sehaluan dengan Baginda.

8. Ulama Perwaris Nabi SEPATUTNYA mengikut jejak langkah atau contoh baik yang ditunjukkan Baginda, BUKAN mengikuti perangai Abu Lahab.

9. Peristiwa Batu Pahat TELAH MEMAKSA ramai pemimpin - pemimpin PAS yang sama - sama berkorban dan ramai yang keluar masuk penjara MENINGGALKAN PAS dan akhirnya menubuhkan parti baru, AMANAH.

10. TANPA sedikit pun mengambil kira pengorbanan mereka, oleh kerana MEMPUNYAI PANDANGAN AGAK BERBEZA, Hadi menyerang mereka sebagai 'barua' dan 'anjing' UMNO; serangan Hadi masih berterusan dengan menuduh AMANAH adalah boneka DAP dan PKR.

11. Bencinya Hadi terhadap UMNO sehingga sanggup mengkafirkannya dan menggangap MCA dan MIC sebagai seketul daging babi yang dicampurkan dalam hidangan bagi orang Islam.

12. Ekoran AMANAT HADI di Kampung Banggol Peradong , Kuala Terengganu 39 tahun lalu iaitu pada 7hb April 1981 , satu lagi peristiwa hitam telah berlaku.

13. Pada 19hb November 1985 seorang pengikut fanatik Hadi, Ibrahim Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 14 pengikutnya dan 4 orang anggota polis telah terkorban dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Memali.

14. Perjuangan PAS bagi menegakan negara Islam dengan Perlembagaan dan undang - undang Allah sudah pun TIDAK KEDENGARAN lagi.

15. Apa yang umum lihat pemimpin - pemimpin atasan PAS sekarang lebih berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga dari menentukan perjuangan asal parti berhasil.

16. Ramai juga ahli - ahli PAS berpendapat jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz ( Alfatihah ) masih hidup sebagai Mursyidul Am parti itu, PAS mungkin tak jadi seperti 'orang mabuk' akibat minum beer Heineken atau Carlsberg atau ‘mabuk todi’ seperti yang berlaku sekarang ini.

17. Jika berada di taman bunga atau di kilang minyak wangi, bau - bauan wangi akan melekat di badan kita, sebaliknya jika berada di tempat buang sampah atau najis, pasti badan kita akan berbau busuk.

18. PAS yang sebelum ini TERLALU BENCIKAN UMNO /BN sebagai pengamal rasuah tegar kini sudah boleh berkongsi bantal dan selimut di dalam satu kelambu.

19. Tak tahu pula sama ada mereka mempunyai mimpi yang sama atau sebaliknya dan 'pernikahan' mereka ini berkekalan sehingga ke anak cucu atau tidak, sama-samalah kita lihat nanti.

20. Sama ada masuk melalui pintu belakang, melalui tingkap atau istilah Hadi masuk melalui tebuk atap, itu tidak menjadi isu ; yang penting ialah KUASA.

21. 'Matlamat Menghalalkan Cara' atau dalam bahasa Inggeris 'The Ends Justifies The Means’ sudah jadi pegangan Pas sekarang ini.

22. Sejak Hadi sebagai Presidennya, lidah PAS tak ubah seperti biawak dan perangai yang ditunjukkan tak ubah seperti seekor SESUMPAH yang secara sekelip mata boleh berubah warna mengikut keadaan dan keperluan.

23. Kini ALLAH SWT sedang menguji sejauh mana Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) itu akan menentukan Perlembagaan negara dan undang - undang Islam seperti yang diperjuangkan selama ini dilaksanakan.

24. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen termasuk 3 orang Menteri, namun jika PAS tarik diri atau sokongan mereka, maka Kerajaan pimpinan Muhyiddin AKAN jatuh; PAS TAHU DAN MUHYIDDIN PUN SEDAR keadaan ini maka beliau HARUS hormat dan akur tuntutan PAS.

25. Selain dari doa Covid19 yang diulang tayang oleh stesen TV setiap hari, adalah elok juga jika Muhyiddin berdoa agar PAS tidak tarik 'hand break' atau sokongan kepada beliau.

26. Inilah peluang PAS melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH SWT seperti yang yang mereka tuntut selama ini; yang ada hanya beberapa ketul daging babi didalam Kabinet sekarang yang tak boleh menjejas kedudukan Muhyiddin ; JANGAN BERI ALASAN DENGAN MENYALAHKAN DAP LAGI.

27. Mulai sekarang PAS BOLEH DAN MESTI METUNTUT kesemua kilang dan kedai menjual arak ditutup, kedai jual tiket judi seperti 4 Ekor, Magnum dan lain - lain TERMASUK kasino Genting diberi notis tutup operasi, semua pramugari kapalterbang seperti yang disuarakan oleh Siti Zailah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat mesti mengikut cara Islam dan RUU 355 TIDAK boleh ditangguhkan lagi, apatah lagi Menteri Undang - Undang dan Hal Ehwal Parlimen ialah Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.

28. PISAU KINI DI TANGAN ANDA!!

29. Jika pemimpin - pemimpin PAS masih berdolak dalik dengan berbagai alasan bagi melewat - lewat atau tidak mahu melaksanakan HUKUM ALLAH SWT ini, tunggulah hukumannya pada Pilihanraya Umum ke15 akan datang.

30. JIKA ALLAH SWT BOLEH MENGGONCANG DUNIA DENGAN CORONAVIRUS ATAU COVID19, KUMAN YANG TAK BOLEH DILIHAT, ALLAH SWT JUGA BOLEH MENGHAPUSKAN PAS JIKA MEREKA ENGKAR MELAKSANAKAN PERINTAH NYA.

Wassalam
Terima Kasih.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/jangan-engkar-perintah-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Muhasabah Diri Kerana Allah Jangan X 10172

Buat Muhasabah Diri Kerana Allah Jangan X 10172

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 310 hits
Sesekali tersilap juga Kenapa tersilap Adalaa kan tersalah pandang terlepas pandang Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham semasa mengumumkan kematian ke 67 itu berkata pelajar berkenaan mempunyai latar belakang penyakit tiroid Kes...
Muslimin Muslimat Mukminin Mukminat Kalian Hebat Kerana Allah Jangan Benarkan Sedih Bermukim Di Hati 10161

Muslimin Muslimat Mukminin Mukminat Kalian Hebat Kerana Allah Jangan Benarkan Sedih Bermukim Di Hati 10161

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 326 hits
Allah menjamin kesejahteraan Mukmin Tiada Tempat Bagi Kesedihan Di Hati Mukmin Idealnya seorang Mukmin selalu sadar bahwa ia tidak sendirian dalam mengatur kehidupannya Disana ada Dzat Allah yang Maha Kasih yang memiliki Kuasa untuk menentu...
Polis Askar Boleh Tembak Mati Penduduk Melawan Perintah Berkurung

Polis Askar Boleh Tembak Mati Penduduk Melawan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 264 hits
Kebanyakan negara di seluruh dunia telah melaksanana perintah berkurung dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah melakukan pendekatan untuk membenarkan pihak polis untuk melepaskan tembakan sekiranya ada penduduk yang menimbulkan kekacau...
Perintah Berkurung 24 Jam Di Mekah Madinah

Perintah Berkurung 24 Jam Di Mekah Madinah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 316 hits
Malaysiakini Arab Saudi mengenakan perintah berkurung 24 jam pada hari Khamis di kota suci umat Islam di Mekah dan Madinah sebagai memperketat langkah memerangi wabak Covid 19 lapor media antarabangsa Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Abdul A...
Benarkah Thailand Umum Perintah Berkurung Mulai Esok

Benarkah Thailand Umum Perintah Berkurung Mulai Esok

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 222 hits
Khabarnya esok Thailand kenakan perintah berkurung antara jam 10 malam hingga 4 pagi Perintah berkurung bertujuan mengekang penularan COVID 19 secara lebih tegas Semasa perintah berkurung beberapa pengecualian diberikan umpamanya bagi pengh...
Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Aktiviti Minggu 2

Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Aktiviti Minggu 2

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 368 hits
Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19 Aktiviti Minggu 2 Kebanyakan perkara dah dapat diuruskan dengan lebih baik berbanding seminggu pertama Internet dah dapat dimanage OK sikit la walau ada ketika slow Kerja kerja analitik kebanyakannya sem...
Remaja Ditembak Mati Ketika Bermain Di Balkoni 20 Minit Selepas Perintah Berkurung Dilaksanakan

Remaja Ditembak Mati Ketika Bermain Di Balkoni 20 Minit Selepas Perintah Berkurung Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 384 hits
Polis menembak mati seorang remaja lelaki berusia 13 tahun kerana bermain di balkoni rumahnya 20 minit selepas Kerajaan Kenya menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam Yasin Moyo ditembak di bahagian perut di rumah keluarganya di ...
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 343 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 PKP Fasa Kedua Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar
Dilanda Banjir Besar Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Penduduk Batu 9 Cheras Tanggung Kerugian

Dilanda Banjir Besar Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2020 Penduduk Batu 9 Cheras Tanggung Kerugian

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 328 hits
Bak kata pepatah sudah jatuh di timpa tangga pada hari ke 14 Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia penduduk Batu 9 Cheras dilanda musibah apabila berlakunya banjir besar pada 31 Mac 2020 Kebanyakan penduduk di Kampung Sungai ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong