Jangan Curi Please Sudah 3 Kali Tukar

KUANTAN: ‘Jangan curi please, sudah tiga kali tukar’ dan ‘Curi pokok free, naik kereta polis’.
Kecurian pokok hiasan sering berlaku di sekitar bandar ini dan setahun  kerugian dianggarkan mencecah RM50,000 mendorong Majlis Perbandaran  Kuantan (MPK) meletakkan tanda amaran tersebut.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal  berkata, lokasi paling kerap mengalami kecurian di Jalan  Kuantan-Pintasan dan Jalan Gambang.
Menurut beliau, pokok hiasan yang kerap dicuri ialah bougainvillea atau  bunga kertas yang ditanam bagi menghiasi taman-taman dan projek reka  bentuk landskap.
“Kekerapan kecurian tidak konsisten tetapi anggarannya jika 1,000 pokok hiasan ditanam, kira-kira 100 akan hilang.
“Pokok bunga itu akan hilang biasanya selepas tiga hingga empat bulan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Norkamawati berkata, harga pokok bunga antara RM20 dan RM30 sepokok menyebabkan ia menjadi sasaran pencuri.
Difahamkan, setiap tahun dianggarkan 3,000 hingga 5,000 pokok hiasan  dicuri di daerah ini yang berkeluasan 2,065 kilometer persegi  membabitkan lima mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Hulu Lepar,  Beserah dan Sungai Karang.
Mereka yang mencuri pokok hiasan boleh didakwa di bawah Undang-Undang  Kecil 2(3) Undang-undang Kecil Vandalisme (MPK) 1994 iaitu denda tidak  melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya  sekali.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia  Pahang (UMP), Dr. Fatmawati Latada berkata, isu kecurian pokok hiasan  tersebut tidak membabitkan faktor psikologi tetapi lebih kepada soal  etika.
“Sebagai contoh, terdapat sekumpulan masyarakat yang tiada wang atau  kerja, mereka nampak peluang pokok hiasan di depan mata lalu mencuri dan  menjualnya.
“Di sudut lain, ada pula pengusaha kedai bunga atau nurseri sanggup  beli pokok hiasan yang baik dengan harga murah daripada pencuri,”  katanya dengan memberitahu kejadian tidak akan berakhir selagi ada  tawaran dan permintaan daripada kedua-dua pihak. - Utusan Malaysia 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/jangan-curi-please-sudah-3-kali-tukar.html