Jangan Cemar Dewan Saya Dengan Perangai Buruk Sultan Johor
‘Jangan Cemar Dewan Saya Dengan Perangai Buruk’ – Sultan Johor
ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar tidak mencemarkan kemuliaan Dewan dengan perangai buruk masing-masing.
Baginda bertitah, Dewan Negeri adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat serta negeri Johor.
“Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah dewan yang mulia bukannya dewan sangkar beruk.
“Ingat pesanan saya Tuan Speaker.
“Jalankan kerja baik-baik dan suka juga saya ingatkan, yang saya tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sampai menganggu-gugat negeri dan kerajaan saya,” titah baginda
Sultan Ibrahim turut bertitah menasihatkan semua ADUN supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi Johor.
Sumber Facebook officialsultanibrahim
“Ahli-Ahli Dewan tidak perlu berbahas atau membawa usul yang tidak berkenaan. Awak semua jangan pentingkan diri sendiri.
“Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak COVID-19.
“Ini bukannya masa untuk berbalah, tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat, tetapi lihatlah cermin muka sendiri,” tambah baginda lagi.
Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Titah baginda, jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaannya sekarang, baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan Johor
“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat.
“Apabila wabak COVID-19 telah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih Ahli Dewan yang baharu.
“Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah Sultan.
‘Jangan Cemar Dewan Saya Dengan Perangai Buruk’ – Sultan Johor
Baca Artikel Menarik :
MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Mat Maslan bidas ROS, ‘Caretaker’ tidak dimaklumkan
Zahid Hamidi calon PM?
The post ‘Jangan Cemar Dewan Saya Dengan Perangai Buruk’ – Sultan Johor appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/12/jangan-cemar-dewan-saya-dengan-perangai-buruk-sultan-johor/