Jangan Buat Selamba Kalau Demam Trimester Pertama Boleh Jejas Pembentukan Organ Bayi


Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman. Tambahan lagi pada masa kini, terlalu banyak jangkitan baru. Oleh itu, paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.
Demam boleh menjadi salah satu simptom yang menunjukkan ibu hamil mengalami jangkitan kuman. Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia okay ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.

Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda  perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan.
Artikel Menarik: [Nak Mengandung Anak Pertama Mudah, Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak ‘Lekat’]
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa okay dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol. Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam. Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Artikel Menarik: [Makan Untuk Dua Orang, Hanya Alasan. Bayi Dalam Perut Tak Pernah Minta Macam-Macam]
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.

Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Artikel Menarik: [Tekanan Darah Tinggi Jangan Diabaikan. Ibu Boleh Sawan, Kandungan Pula Terbantut]
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi  kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.

Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan. Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
The post Jangan Buat Selamba Kalau Demam Trimester Pertama. Boleh Jejas Pembentukan Organ Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-buat-selamba-kalau-demam-trimester-pertama-boleh-jejas-pembentukan-organ-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tengok Semua Benda Pada Bayi Pentingnya Buat Detail Scan Ketika Hamil Trimester Kedua

Boleh Tengok Semua Benda Pada Bayi Pentingnya Buat Detail Scan Ketika Hamil Trimester Kedua

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 277 hits
Semasa hamil salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja adalah saat membuat imbasan untuk melihat keadaan bayi dalam perut Seronok sangat dapat lihat perkembangan si kecil sedikit demi sedikit sehingga dia membesar menjadi bayi semp...
Bayi Mula Makan Jangan Excited Bagi Semua Jenis Serentak Barulah Anak Tak Memilih

Bayi Mula Makan Jangan Excited Bagi Semua Jenis Serentak Barulah Anak Tak Memilih

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 361 hits
Bila bayi dah mula makan ada sebabnya kenapa ibu tak digalakkan perkenalkan pelbagai makanan serentak kepada bayi Sebenarnya proses bayi mula belajar makan bermaksud dia sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada pelbagai jenis rasa dan teks...
Bayi Demam Panas Tengah Malam Sebelum Ke Klinik Turunkan Suhu Dengan Cara Ni

Bayi Demam Panas Tengah Malam Sebelum Ke Klinik Turunkan Suhu Dengan Cara Ni

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 484 hits
Bayi demam panas Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila si anak mengalami demam panas Apatah lagi ia berlaku di tengah malam dan klinik pula sudah tutup Melihatkan wajah si anak yang selalu gembira kini jadi monyok dan tak lalu makan suda...
Shila Amzah Selamat Timang Bayi Pertama

Shila Amzah Selamat Timang Bayi Pertama

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 343 hits
Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan suami diatas kehadiran cahaya mata pertama mereka Cahaya mata lelaki yang dinamakan Seth Uwais Bin Haris The post appeared first on
Gabungan Punca Sebab Tanda Dan Tips Kaedah Serta Cara Merawat Demam Bayi

Gabungan Punca Sebab Tanda Dan Tips Kaedah Serta Cara Merawat Demam Bayi

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 340 hits
Berikut adalah gabungan puca sebab tanda tamda tips dan kaedah serta cara merawat demam bayi Ia digabungkan daripada beberapa blog dan laman web kesihatan Punca Sebab 1 Bayi Bintang Sebenarnya demam pada anak bukanlah suatu penyakit Demam b...
Jangan Rushing Nak Hamil Selepas Gugur Rehatkan Rahim Sepenuhnya Sebelum Bawa Bayi Semula

Jangan Rushing Nak Hamil Selepas Gugur Rehatkan Rahim Sepenuhnya Sebelum Bawa Bayi Semula

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 626 hits
Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh memandang ringan soal berpantang Sama seperti ibu yang melahirkan anda juga harus berpantang Penting untuk anda menjaga kesihatan di dalam pantang agar pulih seperti biasa Berapa Lama Harus Berpantan...
Jangan Percaya Tuala Wanita Boleh Dijadikan Topeng Muka Untuk Elak Jerebu

Jangan Percaya Tuala Wanita Boleh Dijadikan Topeng Muka Untuk Elak Jerebu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 536 hits
Banyak video hack dari luar negara yang sering kita tonton menjadi panduan di saat saat kecemasan untuk membantu menjalani kehidupan seharian Contohnya menggunakan baking soda untuk mencuci karat dan juga menggunakan barang terpakai untuk d...
Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit Jangan Banding Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat

Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit Jangan Banding Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 405 hits
Betul ke orang kata anak no 2 pelik Ada yang kata anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain Mereka juga dikatakan berbeza ...
White Noise Dari Telefon Pintar Tak Bahayakan Bayi Mak Ayah Jangan Ragu Ragu Nak Guna Bila Bayi Menangis

White Noise Dari Telefon Pintar Tak Bahayakan Bayi Mak Ayah Jangan Ragu Ragu Nak Guna Bila Bayi Menangis

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 283 hits
Bayi yang menangis tanpa henti biasanya diredakan dengan bantuan bunyi bunyian white noise Selain bunyi bunyian alam air terjun hujan ombak dan sebagainya white noise yang dipasang daripada telefon bimbit sebenanrnya banyak membantu bayi un...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game