Jangan Buat Main Bila Kerap Terjaga Alert Nasihat Pakar Ni


Kerap Terjaga sehingga menganggu rutin tidur, sebenarnya tanpa kita sedar ia  ia merupakan merupakan penyakit gangguan tidur yang dikenali sebagai Insomnia.
Ia merupakan satu gangguan yang akan menyebabkan seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur, sukar tidur lena, kerap terjaga atau mudah terjaga walaupun mempunyai masa yang mencukupi untuk tidur.
Menurut Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Michelle Chong Hui Yi, insomnia merupakan satu isu yang tidak harus diketepikan malah perlu ditangani kerana ia akan memberi impak negatif, khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Selain tidak dapat memberi tumpuan dalam kehidupan seharian, insomnia juga akan menjejaskan perasaan dan emosi, menimbulkan perasaan gelisah malah boleh menyebabkan individu yang berdepan dengan masalah tersebut menghidapi penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan strok.
“Mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk memastikan seseorang individu dapat merehatkan badan dan minda.  Tidak cukup tidur atau rehat mungkin menyebabkan individu mengalami keletihan pada waktu siang, mudah naik darah, murung dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam aktiviti harian,” katanya.
Berdasarkan DSM-5 (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima), insomnia diklasifikasikan sebagai gangguan tidur-bangun dan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu berdepan dengan masalah insomnia, perlu ada satu aduan utama berkaitan ketidakpuasan terhadap kualiti atau kuantiti tidur bersama sekurang-kurangnya satu daripada gejala berikut:
Kesukaran untuk tidur dan kekal tidur Terjaga pada awal pagi dan tidak berupaya untuk tidur semula Mengalami masalah sukar tidur sekurang-kurangnya tiga malam setiap minggu untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan walaupun mempunyai peluang atau masa yang mencukupi untuk tidur Gangguan tidur yang tidak berpunca daripada masalah gangguan tidur lain seperti narkolepsi, isu pernafasan dan sebagainya serta tidak dikaitkan dengan kesan fisiologi seperti penyalahgunaan dadah dan ubat Masalah gangguan mental seperti kemurungan, kegelisahan atau kekeliruan
Mengulas lanjut, insomnia boleh menjadi isu jangka masa pendek atau masalah kronik. Ia boleh berlaku dalam kalangan individu yang terdiri daripada peringkat usia berbeza seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa berdasarkan faktor-faktor tertentu. Namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa dan kebiasaannya disebabkan perubahan dalam corak tidur serta pengambilan ubat.
“Dari segi jantina pula, golongan wanita lebih mudah mengalami masalah gangguan tidur, ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormon, mengandung, menopaus dan faktor-faktor lain,” ujarnya.
Insomnia boleh dibahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
Insomnia Jangka Masa Pendek – Atau insomnia akut, selalunya disebabkan tekanan, penyakit atau faktor persekitaran. Kebiasaannya, situasi tersebut akan berterusan kira-kira tiga bulan dan mungkin akan berkembang ke peringkat insomnia kronik sekiranya berlarutan. Insomnia Kronik – Merupakan masalah jangka panjang, yang berlaku sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama lebih daripada tiga bulan. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain, isu psikologi atau faktor gaya hidup. Onset Insomnia – Kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan kebiasaannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk tidur. Maintenance Insomnia – Terjaga pada tengah malam dan mengalami kesukaran untuk tidur kembali. Comorbid Insomnia – Berlaku bersama keadaan perubatan atau faktor berkaitan psikiatri yang lain, seperti kemurungan, kegelisahan atau sakit kronik.  Faktor yang menyumbang kepada masalah gangguan tidur berbeza bagi setiap individu, antaranya:
 
Tekanan emosi, tekanan hidup dan tekanan jangka masa panjang kerana ia mencetuskan reaksi yang melepaskan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang meningkatkan tahap kewaspadaan Pengambilan kafein atau alkohol berlebihan Waktu tidur yang tidak tetap Penggunakan peranti elektronik secara berlebihan kerana cahaya biru menyekat pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur
Insomnia boleh diubati menerusi pendekatan bukan farmakologi seperti Terapi Kognitif-Tingkah Laku untuk Insomnia (CBT-I), iaitu rawatan bagi mengubah pemikiran serta tingkah laku yang menyumbang kepada masalah insomnia. Kaedah tersebut didapati berkesan dari segi meningkatkan kualiti dan jangka masa tidur.
“Individu yang menghadapi masalah insomnia boleh mendapat nasihat perubatan daripada doktor dan doktor akan merujuk mereka kepada pakar, seperti pakar psikologi atau psikiatri, sekiranya perlu.
“Selain itu, dicadangkan ubah gaya hidup seperti mengamalkan tabiat tidur sihat, bersenam secara kerap bagi membebaskan hormon endorphin dan meningkatkan kesihatan mental, pada masa yang sama mengamalkan aktiviti atau hobi yang boleh mengurangkan stres,” jelas beliau.
Beliau juga berkongsi beberapa petua untuk meningkatkan kualiti hidup, antaranya:
Amalkan jadual tidur dan bangun yang tetap. Sediakan rutin tidur santai dengan menjalankan aktiviti untuk menenangkan fikiran sebelum tidur seperti membaca, mandi air suam atau meditasi. Pastikan bilik tidur yang kondusif untuk tidur seperti gelap, sunyi dan mempunyai suhu yang selesa. Elak penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan komputer sebelum tidur. Elak pengambilan makanan berat, kafein dan alkohol apabila hampir waktu tidur. Kerap bersenam namun elak senaman lasak apabila hampir waktu tidur. Praktik teknik mengurangkan stres seperti meditasi dan yoga. Kurangkan tidur siang, sekiranya perlu, pastikan hanya tidur antara 20 hingga 30 minit dan elak tidur siang pada lewat petang. Sekiranya seseorang individu masih mengalami masalah gangguan tidur selepas mengamalkan petua berkenaan, beliau menasihati mereka supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan atau pakar-pakar lain yang berkaitan.
“Individu yang mengalami isu gangguan tidur perlu bersabar kerana menambah baik tabiat tidur dan mengatasi masalah insomnia mungkin mengambil masa.
“Bersabar dengan diri anda dan terus amalkan tabit tidur sihat dan berkualiti demi kesejahteraan hidup secara menyeluruh,” katanya.
Terima kasih: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway
The post Jangan Buat Main Bila Kerap Terjaga, Alert Nasihat Pakar Ni appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-buat-main-bila-kerap-terjaga-alert-nasihat-pakar-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tertipu Dengan Ampunan Allah Nasihat Ibnul Qayyim Bagi Pendosa

Jangan Tertipu Dengan Ampunan Allah Nasihat Ibnul Qayyim Bagi Pendosa

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 194 hits
Ibnul Qayyim dalam kitab Ad Daa wa Ad Dawaa mengingatkan agar tidak terjebak dalam anggapan bahwa dosa dosa akan terhapus hanya dengan amalan lahiriah seperti istighfar atau puasa sunnah tanpa disertai taubat yang tulus meninggalkan dosa da...
Nama Terpalit Lepas Menantu Fail Cerai Terhadap Anaknya Kazar Kongsi Nasihat Jangan Sedih Dan Merungut

Nama Terpalit Lepas Menantu Fail Cerai Terhadap Anaknya Kazar Kongsi Nasihat Jangan Sedih Dan Merungut

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 99 hits
Namanya sedikit sebanyak terpalit selepas menantunya pengarah Syamsul Yusof dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah terhadap anak perempuannya Ira Kazar pada Isnin Pelakon 8216 otai 8217 Kazar Saisi bagaimanapun tenang mendengar khabar...
Pakar Kanak Kanak Kongsi Cara Potty Train Tanpa Buat Anak Stress Jangan Paksa

Pakar Kanak Kanak Kongsi Cara Potty Train Tanpa Buat Anak Stress Jangan Paksa

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 164 hits
Potty training adalah salah satu perkembangan sosial kanak kanak yang berlaku secara perlahan lahan Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak kanak itu sendiri Namun ia perlu dibantu dengan sokongan dan u...
Pendarahan Di Awal Trimester Hamil Jangan Cemas Ini Bakal Ibu Perlu Tahu

Pendarahan Di Awal Trimester Hamil Jangan Cemas Ini Bakal Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 99 hits
Jangan cemas bila berlakunya pendarahan ketika awal hamil Ia boleh berlaku terutama di awal trimester kehamilan Pun begitu anda perlu tahu apa sebab dan puncanya berlaku pendarahan secara tiba tiba Pendarahan di awal kehamilan keadaan norma...
Video Momen Kocak Tajam Bintang Emon Sindir Ruu Pilkada Kalau Belum Umur 30 Jangan Ya Dek Ya

Video Momen Kocak Tajam Bintang Emon Sindir Ruu Pilkada Kalau Belum Umur 30 Jangan Ya Dek Ya

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 115 hits
Bintang lantang berorasi mengajak pendemo melawan keputusan DPR Arie Kriting terlihat penuh semangat mengepalkan tangan
Hiburan Salina Saibi Dedah Mesej Dengan Syamsul Yusof Dia Kata Jangan Risau Dia Okay Masih Sayangkan Keluarga

Hiburan Salina Saibi Dedah Mesej Dengan Syamsul Yusof Dia Kata Jangan Risau Dia Okay Masih Sayangkan Keluarga

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 101 hits
Rakan selebriti yang rapat dengan Syamsul Yusof Salina Saibi mendedahkan pengarah itu ada memaklumkan kepadanya bahawa dia berada dalam keadaan baik Bersahabat lama sejak filem Bohsia kata aktres berusia 42 tahun itu mereka jarang berjumpa ...
Mak Ayah Patut Risau Anak Tak Mahu Main Messy Play Mulakan Dengan Aktiviti Ni

Mak Ayah Patut Risau Anak Tak Mahu Main Messy Play Mulakan Dengan Aktiviti Ni

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 100 hits
Fitrah anak anak sememangnya suka bermain Namun mak ayah perlu risau jika anak anak memilih jenis permainan yang mereka suka terutamanya bila melibatkan permainan kotoran atau messy play Menurut perkongsian Dr Redza Zainol akak dibimbangi m...
Budak 14 Tahun Rebah Maut Ketika Main Bola Sepak

Budak 14 Tahun Rebah Maut Ketika Main Bola Sepak

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 131 hits
AZMI NORDINKAJANG Seorang kanak kanak lelaki berusia 14 tahun maut ketika beraksi pada perlawanan bola sepak di sebuah padang di Semenyih di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata semakan mend...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025