Jangan Bodoh Lebih Daripada Lembu
Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah akal. Anugerah akal menjadikan manusia sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini.
Namun, pada mana sama, manusia juga dibekalkan nafsu baik dan nafsu buruk. Jika nafsu buruk lebih menguasai diri manusia, maka kedudukan manusia akan jatuh lebih hina daripada binatang.
Sebab itu, kita dapat lihat sikap manusia yang lebih keji daripada haiwan. Umpama sikap manusia yang sanggup mendera anak sendiri. Sikap itu tentu sekali lebih hina berbanding haiwan. Ada haiwan yang sanggup bermati-matian mempertahankan anaknya jika ada haiwan lain mengganggu.
Begitu juga dalam aspek keselamatan. Ada manusia melakukan perbuatan yang nyata membahayakan keselamatan. Mereka bangga dapat melakukan perbuatan aksi berbahaya.
Pada mereka itu adalah satu kepuasan. Melakukan sesuatu yang orang lain tidak berani lakukan.
Haiwan tidak berani melakukan aksi yang mendatangkan bahaya. Jika apa yang dilakukan itu berbahaya, itu kerana haiwan tidak ada akal untuk mengetahui perbuatan itu mendatangkan bahaya.
Namun, terdapat haiwan yang tahu 'jaga diri' dan melakukan sesuatu untuk menjaga keselamatan. Kita sering mengungkapkan perkataan 'bodoh macam lembu' tetapi dalam banyak keadaan kita dapat lihat lembu 'tenang' dalam melakukan sesuatu tindakan terutama ketika berjalan dalam kumpulan.
Lembu berada dalam kelompok besar untuk menjaga keselamatan. Dalam kelompok akan ada lembu jantan menjadi ketua. Lembu lain akan ikut apa dilakukan oleh ketua.
Dalam apa jua aspek keselamatan, kita jangan jadi lebih bodoh daripada lembu. Lembu memang jenis haiwan bodoh. Jika manusia melakukan tindakan lebih bodoh daripada lembu, maka orang itu layak digelar makhluk paling bodoh di dunia.
Jagalah diri dan jangan melakukan tindakan bodoh dalam apa juga tindakan yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/fra.html