Jangan Biar Sabah Jadi Seperti Lembah Klang


Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor (dua dari kanan) memerhatikan seorang pekerja industri mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin di Kota Kinabalu bulan lepas (Gambar Jabatan Ketua Menteri)


KOTA KINABALU: Beberapa pakar kesihatan Sabah menyeru agar kadar vaksinasi bagi negeri itu dipertingkat bagi mengelakkannya berada dalam situasi sama seperti dihadapi Lembah Klang berhubung jangkitan Covid-19 baharu.

Dua pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, menggiatkan program vaksinasi menjadi kunci kepada penurunan jumlah kes yang mencapai tahap tertinggi sebanyak 1,383 semalam.

Dr Kew Seih Teck, pakar perunding pediatrik di Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan UMS juga berkata, Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital negeri perlu menempatkan lebih banyak katil, terutamanya Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu.

Kew, yang juga pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sabah, berkata, ruang terbuka seperti koridor hospital dilaporkan telah ditukar menjadi wad Covid-19.

Dr Kew Seih Teck. Katanya, QEH telah berubah menjadi hospital Covid-19 susulan lonjakan jangkitan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma hanya menerima pesakit Covid-19 yang kritikal.

“Kami berharap dan berdoa agar kami tidak menjadi seperti Lembah Klang,” katanya kepada FMT.

“Kuncinya adalah vaksinasi. Setakat ini, itu satu-satunya bukti bahawa ia dapat mencegah jangkitan termasuk varian Delta atau sekurang-kurangnya, (penyakit) tidak menjadi parah.

“Kami tidak mahu mencapai tahap kami sudah tiada katil ICU untuk merawat pesakit kritikal,” katanya.

Pada 5 Ogos, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih 1,000 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital setiap hari di Lembah Klang.

Katanya, kemasukan ke hospital di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat 33% berbanding hanya dua minggu lalu sekali gus menambah beban kepada sistem kesihatan awam.

Semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun juga berkata, jumlah kes Covid-19 baharu di negeri berkenaan akan terus meningkat melainkan kadar vaksinasi dipertingkat.

Semalam, jumlah jangkitan baharu meningkat kepada 1,383. Rekod tertinggi sebelumnya adalah 1,379 pada Ahad dan 1,291 kes pada Jumaat, jangkitan harian baharu telah mencapai tahap tertinggi tiga kali dalam tempoh hanya lima hari.

Setakat Isnin, 1,126,645 individu, atau 40.8% daripada populasi dewasa di Sabah telah menerima dos pertama, tetapi hanya 485,880, atau 17.6% daripada populasi menerima dos kedua.

Masidi berkata, kerajaan terus meningkatkan kapasiti vaksinasi Jabatan Kesihatan, namun bekalan vaksin mesti ada dan mencukupi pada setiap masa.

Pakar perubatan kesihatan awam kanan UMS, Dr Yusof Ibrahim, yang juga ketua Unit Kesihatan Awam berkata, liputan vaksinasi di Sabah masih antara yang terendah, namun langkah kerajaan negeri untuk menggiatkan vaksinasi disambut baik.

“Jika kita dapat capai 80% pada Oktober kes akan turun. Kita juga sedang berdepan (penularan) varian Delta, yang lebih mudah dan cepat menular.

“Kami semua bekerja keras untuk mencapai sasaran ini. UMS kini dibuka kepada umum dan (perkhidmatan) kami meliputi 3,000 orang setiap hari. Kami juga mempunyai pasukan bergerak untuk mencapai kawasan luar bandar,” katanya.

Kew juga menyambut baik berita bahawa cabang pelaburan kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Group akan membeli 250,000 dos vaksin Sinovac tetapi turut berkata, lebih banyak vaksin diperlukan.

“Kerajaan negeri perlu lebih proaktif dan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperoleh lebih banyak bekalan vaksin, bukan hanya menunggu kerajaan persekutuan.

“Saya percaya jika kita ada iltizam, kita boleh dapat sokongan kewangan. September lalu, cawangan MMA Sabah melancarkan kempen mengumpul dana Covid-19 dan dalam masa tiga bulan, kami berjaya mengumpulkan lebih RM2 juta dalam bentuk wang tunai dan peralatan untuk disumbangkan kepada hospital di Sabah.

“(Kerajaan) negeri sepatutnya boleh buat lebih baik,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/jangan-biar-sabah-jadi-seperti-lembah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pos Malaysia Akan Tamat Kontrak 262 Ejen Pos Rider Di Lembah Klang

Pos Malaysia Akan Tamat Kontrak 262 Ejen Pos Rider Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 12 Ogos Pos Malaysia Berhad akan menjalankan fasa dua pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider yang melibatkan 262 ejen di Lembah Klang pada 1 September ini Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pa...
Pemulihan Lembah Klang Penting Untuk Sektor Peruncitan

Pemulihan Lembah Klang Penting Untuk Sektor Peruncitan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 220 hits
Pemulihan Lembah Klang penting untuk sektor peruncitanSource https malaysiagazette com 2021 08 10 pemulihan lembah klang penting untuk sektor peruncitan respond PemulihanLembahKlang penting untuk sektor peruncitan
Penduduk Lembah Klang Boleh Walk In Di 9 Ppv Terpilih Mulai 2 Ogos Ini

Penduduk Lembah Klang Boleh Walk In Di 9 Ppv Terpilih Mulai 2 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 269 hits
Individu mendapat janji temu tidak dibenarkan walk in dan tidak dibenarkan membatalkan janji temu diberikan bagi tujuan walk in PETALING JAYA Sembilan pusat pemberian vaksin di Lembah Klang dibuka untuk penerima walk in bermula 2 Ogos ini k...
Selesaikan Isu Covid 19 Jangan Sibuk Nak Tukar Kerajaan Kata Tkm Sabah

Selesaikan Isu Covid 19 Jangan Sibuk Nak Tukar Kerajaan Kata Tkm Sabah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 389 hits
Selesaikan isu Covid 19 jangan sibuk nak tukar kerajaan kata TKM Sabah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Aug
Popular Atau Tidak Jangan Malu Nak Berniaga Seperti Ini Azlee Senario

Popular Atau Tidak Jangan Malu Nak Berniaga Seperti Ini Azlee Senario

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 237 hits
GAMBAR tular Azlee Senario berniaga buah buahan Alhamdulillah sambutan pengunjung selepas gambar saya berniaga tular amat menggalakkan Tapak niaga di Saujana Utama ini pun turut jadi popular Secara tak langsung ia dapat bantu rakan rakan la...
Jangan Jadikan Nyawa Rakyat Seperti Tikus Makmal

Jangan Jadikan Nyawa Rakyat Seperti Tikus Makmal

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 214 hits
Usah jadikan rakyat Malaysia ini tikus makmal mengikut selera politik dan pengeluar vaksin Mempergunakan covid utk memperolehi keuntungan adalah suatu perkara yg sangat jijik Ya kini Malaysia sedang giatkan pemberian vaksin membendung penul...
24 Jam Dengar Lagu Anak Sampai Ibu Dah Naik Hafal Jangan Biar Anak Overdose

24 Jam Dengar Lagu Anak Sampai Ibu Dah Naik Hafal Jangan Biar Anak Overdose

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 331 hits
Anak saya menangis bila buka channel lain asyik nak dengar lagu kanak kanak sahaja Selalu sangat kita dengar rungutan mak ayah yang semacam ini Saban waktu 24 jam terpaksa mendengar anak memasang lagu kegemarannya di rumah Jamgan dibiarkan ...
Berhenti Layan Sabah Seperti Anak Tiri Azis Jamman

Berhenti Layan Sabah Seperti Anak Tiri Azis Jamman

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 402 hits
Sabah ibarat anak tiri dalam proses vaksinasi YB Sepanggar Mesyuarat Khas Parlimen Kadar vaksinasi rendah KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mempercepatkan penghantaran dan proses vaksinasi di negeri Sabah dan berhenti melayan warga negeri itu se...
1 291 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Hari Ini

1 291 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 436 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah sekali lagi mencatatkan kes baharu tertinggi COVID 19 hari ini dengan sejumlah 1 291 kes Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun b...
The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Aisha Retno Tak Adil Chord

Brisia Jodie Kisah Baru Orang Lama Chord

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because